CERMIN 13

40 4 0
                                    

"oh... one more thing.... atuk terlupa pula mengajar kau tentang sesuatu....", tutur atuk nara. "apa dia tuk?", soal edry ingin tahu. atuk nara bangun. dia memandang ke arah gumpalan awan kecil yang bergerak tidak jauh dari situ. "awan kecil datanglah padaku!...", seru atuk nara. tiba tiba muncul segumpal awan kecil di situ. awan itu berhenti betul betul di dekat kaki atuk nara. edry merasa sungguh terkejut di saat dia melihat awan kecil itu berada dekat dengan kaki orang tua tersebut. dia macam tidak percaya apa yang di lihatnya ketika itu. "kenapa mata kau terbeliak macam tu?", soal atuk nara sebaik saja dia melihat mata edry bulat bagaikan bola lisut pula. "maaf tuk... aku belum pernah tengok...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya atuk nara segera memotong perkataannya. "maksud kau, kau belum pernah tengok awan terbang macam ni ke?", potong atuk nara dengan pantas. "ya....", edry segera menganggukkan kepalanya. "sebenarnya awan terbang hanya datang pada orang yang biasa menggunakannya... sebaiknya kau cubalah berseru pada salah satu awan kecil kat sana tu dan cubalah kau menyeru awan tu agar ianya ke sini...", atuk nara bersuara pada edry. "apa?... atuk nak aku panggil awan tu ke sini?", soal edry ingin tahu. "yalah...", balas atuk nara sepatah. "macamana aku nak menyeru awan tu sedangkan aku tidak pandai berseru memanggilnya?...", soal edry ingin tahu. "kau cubalah cara yang atuk tunjukkan pada kau sebentar tadi... dalam waktu yang sama kau haruslah memandang tepat ke arah awan yang ingin kau seru tu supaya ianya mengikuti arahan kau...", tutur atuk nara. "oh baiklah....", balas edry perlahan lahan. dia mula memandang ke arah salah satu gumpalan awan kecil yang bergerak tidak jauh dari tempat dia berdiri. "awan kecil datanglah padaku...", seru edry tapi tiada apa pun yang berlaku. awan yang di pandangnya hanya berlalu pergi dari situ. "tak ada apa apa yang berlaku pun....", tutur edry sedikit kecewa. "paapp!...", kedengaran belakang tengkuknya di tampar oleh atuk nara dengan tangannya. "adduiii!... sakitlah tuk...", edry menyeringai kesakitan. "yang kau menyeru awan tu perlahan sangat tu, kenapa ar?..... kau tak nampakkah cara aku menyeru awan kecil ni tadi?", soal atuk nara dengan geram sekali. "nampak...", balas edry sepatah. "jadi apa yang kau nampak?", soal atuk nara sambil menjegilkan kedua biji matanya. "aku nampak kau menyerunya dengan suara yang lantang...", balas edry kebodohan.

"habis tu kenapa kau tak menyerunya dengan suara yang lantang, hah?", soal atuk nara cukup geram sekali. "oh... baiklah saya akan cuba menyerunya dengan suara yang lantang tuk...", balas edry cepat cepat. dia kembali memandang ke arah segumpal awan yang bergerak tidak jauh dari tempat dia berdiri. "awan kecil datanglah padaku!....", tutur edry dengan lantang sekali. tiba tiba saja awan putih itu bergerak menghala ke arahnya lalu berhenti tepat di kakinya. edry bagaikan tidak percaya bahawa awan itu mendengar arahannya. dia rasa macam orang yang ada magic pula. "apa lagi yang kau tercegat kat situ ar?... cepatlah naik ke atas awan terbang kau tu...", atuk nara memberikan arahannya sambil naik ke atas awan terbangnya. "apa?... aku... aku perlu naik ke atas awan kecil ni?", soal edry cukup terkejut. "yalah... kau naik saja ke atas awan kecil tu... awan tu akan bawa kau terbang ke mana saja yang kau nak pergi...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "eh... biar betul ni?... sebenarnya aku takutlah tuk... jikalau aku jatuh dari awan ni sudah tentu aku akan kehilangan nyawaku kelak...", tutur edry dengan perasaan yang tidak menentu. sebenarnya dia tidak berani naik ke atas awan putih tersebut. "jangan fikir yang bukan bukanlah... kau takkan jatuh dari atas awan kecil tu jikalau kau pandai mengimbangi tubuh kau di atas awan kecil tu...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius sekali. edry memandang awan yang masih ada dekat dengan kakinya itu. "cepatlah naik...", gesa atuk nara dengan tidak sabar lagi. mahu tidak mahu edry pun terpaksa naik di atas awan putih tersebut. "baiklah... atuk nak kau fokuskan perhatian kau ke arah mana yang ingin kau tujui... contohnya jikalau kau nak pergi ke rumah atuk kau mestilah tumpukan seluruh perhatian kau ke arah jalan pulang menuju ke rumah atuk... secara automatik awan terbang ini akan membawa kau terbang menuju ke destinasi yang di tuju... awan ni bergerak mengikut cara kau berfikir. jikalau fikiran kau tidak menentu awan ni pun akan bergerak dalam keadaan yang tidak menentu juga. jadi sebelum kau gunakan awan ni sebagai transport kau lebih baik kau tenangkan fikiran kau tu dulu. kemudian barulah kau berfikir ke mana hendak di tuju...", kata atuk nara perlahan lahan.

"biar atuk buat demonstrasi dulu bagaimana caranya menggunakan awan terbang ni...", kata atuk nara perlahan lahan. dia memejamkan kedua belah matanya buat beberapa ketika. kemudian dia membuka matanya. dia memandang lurus ke seberang sana. perlahan lahan awan terbang itu mula meluncur di udara. ianya berhenti betul betul di atas tanah yang bergerak nun jauh di seberang sana. perlahan lahan atuk nara memberikan isyarat kepada edry agar dia meluncur di awannya menuju ke tanah seberang itu. mahu tidak mahu edry memejamkan kedua belah matanya. dia cuba tenangkan fikirannya yang gundah gulana itu. sebenarnya dia tidak begitu yakin apakah dia mampu menerbangkan awan putih itu ke seberang atau pun tidak. fikirannya masih gundah gulana biar pun dia cuba untuk bertenang ketika itu. "cepatlah sikit!...", laung atuk nara dari tanah seberang. edry segera membuka matanya sambil merenung ke arah tanah bergerak di mana atuk nara sedang berdiri menunggunya. "you can do this edry... you can do this....", bisik edry dalam hatinya. secara tiba tiba awan terbang di kakinya terapung di udara. hampir saja edry terjatuh. nasib baik dia cepat cepat mengimbangi tubuh badannya. dia cuba menumpukan perhatiannya menuju ke arah tanah bergerak yang terletak tidak jauh dari situ tapi awan terbangnya jalan ke depan dan mundur kembali ke belakang. beberapa kali dia cuba keadaannya tetap sama. awan terbangnya meluncur ke depan kemudian mundur semula ke belakang. hampir hampir saja dia tidak dapat mengimbangi tubuh badannya di atas awan tersebut. "jangan hilang fokus.... kau harus fikir terus ke depan... jangan fikir nak mundur ke belakang lagi!...", laung atuk nara. mahu tidak mahu edry terpaksa menumpukan seluruh perhatiannya ke depan. barulah awan terbangnya meluncur laju ke depan. tidak lama kemudian dia sampai juga ke tanah seberang. edry menarik nafas lega sebaik saja kakinya mencecah di atas tanah itu. nasib baik dia selamat sampai di tanah tersebut kalau tidak sampai mungkin dia sudah jatuh ke dalam jurang gelap nun di bawah sana. "nampak gayanya kau perlu banyak berlatih menggunakan awan terbang ni... baiklah, mari ikut atuk terbang menuju ke tanah besar sana tu....", kata atuk nara sambil menunjukkan tanah besar yang di maskudkannya itu. edry merasa tidak keruan lagi. sejujurnya dia masih merasa gayat bila terbang di atas awan terbang itu tapi untuk tidak mengecewakan orang tua tersebut dia pun terpaksa terbang sekali lagi dengan menggunakan awan kecil itu


CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now