CERMIN 9

55 7 0
                                    

"bukankah saya cakap pada awak tempohari... kalau awak buat sesuatu perkara awak harus fokus dengan apa yang awak lakukan tapi di sebabkan awak kurang fokus ketika awak melompat di atas tanah tadi akibatnya kaki awak tergelincir dan awak jatuh dari atas tanah tu...", atuk nara bersuara dalam nada suara yang tegang sedikit. "maafkan saya tuk... tanah tu bergerak dengan pantas sebab itulah kaki saya tergelincir sebentar tadi...", edry terpaksa mencari alasan yang munasabah untuk membela dirinya. "bohong.... saya tahu awak hilang fokus tadi sebab semasa awak sedang melompat ke atas tanah tu saya dapat rasakan yang awak sedang berfikir akan sesuatu...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. edry terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki tua tersebut. memang betul dia tidak fokus ketika dia melompat ke atas tanah tersebut sebab otaknya ligat memikirkan nasib dua orang rakannya yang masih berada di dalam tahanan dewa cermin. sebenarnya dia tidak mahu perkara buruk terjadi kepada dua orang rakannya itu. "maaflah... fikiran saya terganggu tadi...", balas edry sambil tunduk memandang tanah. "sebenarnya apa yang awak fikirkan sehinggakan fikiran awak terganggu?", soal atuk nara ingin tahu. "saya fikirkan nasib dua orang rakan saya yang telah di tangkap oleh dewa cermin tu... saya bimbangkan keselamatan mereka...", tutur edry dengan jujur.

"saya tahulah awak bimbangkan keselamatan kawan kawan awak tu tapi tolonglah jangan sampai awak hilang fokus ketika awak berlatih... anyway, saya nak tanya awak satu soalan ni... awak betul betul nak selamatkan kawan kawan awak tu, kan?", soal atuk nara ingin tahu. "ya tuk... saya betul betul ingin selamatkan mereka....", balas edry dengan pantas. "jikalau awak ingin selamatkan mereka awak haruslah berlatih dengan bersungguh sungguh... tanpa latihan yang bersungguh sungguh awak tidak akan dapat menguasai sebarang ilmu yang akan saya perturunkan kepada awak kelak...", tutur atuk nara dengan wajah yang tegang. "oh... baiklah... lepas ni saya berjanji akan berlatih dengan bersungguh sungguh tuk...", janji edry. "betul ke awak berjanji akan berlatih bersungguh sungguh atau pun awak sengaja berjanji hanya untuk sejukkan hati saya yang tengah panas ni?...", soal atuk nara dengan kening kirinya terangkat ke atas. "saya cakap betul lah ni...", tutur edry. "kalau macam tu saya nak awak lompat ke atas tanah bergerak tu dengan sepantas yang boleh tapi kali ni saya nak awak fokuskan seluruh perhatian awak pada apa yang awak lakukan, faham?", soal atuk nara dengan wajah yang serius. "faham tuk...", balas edry. "kalau macam tu saya nak awak mulakan latihan awak sekarang juga...", atuk nara memberikan arahannya. edry pun melakukan apa yang di suruh oleh lelaki pari pari tersebut.

dia melompat ke satu tanah ke tanah yang lain dengan sepantas yang boleh. lama kelamaan dia mulai pantas melompat di atas tanah yang bergerak itu. atuk nara membiarkannya membiasakan diri melompat di atas tanah yang bergerak itu sehinggakan dia betul betul merasa berani dan tidak lagi merasa gayat apabila dia berada di atas tanah yang bergerak gerak itu. "good job edry... saya tengok awak dah mula pantas melompat di atas tanah yang bergerak tu... sekurang kurangnya awak sudah dapat mengatasi rasa gayat awak tu...", tutur atuk nara sambil menepuk bahu kiri pemuda tersebut. edry hanya tersenyum kambing pada lelaki pari pari tersebut. "apa apa pun atuk nak peringatkan pada awak bahawa latihan ini cuma untuk peringkat permulaan saja... latihan yang selanjutnya akan lebih mencabar lagi dari yang sebelumnya. jadi saya nak awak mempersiapkan diri awak untuk hari esok sebab hari esok merupakan hari pertama bagi latihan awak yang sebenarnya...", tutur atuk nara perlahan lahan. "oh baiklah tuk... jadi apa yang harus saya lakukan sekarang?", soal edry ingin tahu. "awak pergilah berehat dulu sebab pagi esok merupakan hari yang sibuk untuk awak...", tutur atuk nara padanya. tanpa banyak soal edry pun pulang ke rumah.

sampai di rumah dia di sambut oleh leona di muka pintu. "eh... awalnya korang balik hari ni...", tegur leona dengan senyum simpulnya. "atuk suruh balik so kami baliklah... anyway, atuk suruh aku berehat petang ni sebab esok merupakan hari pertama latihan yang sebenar di mulakan....", tutur edry dengan jujur. "oh baguslah kalau macam tu... kau mesti mempersiapkan diri untuk latihan pagi esok...", tutur leona dengan lembut. "by the way, atuk awak ada bagitahu saya yang latihan pagi esok agak mencabar.... apa latihan yang di maksudkannya tu?", soal edry ingin tahu. "entahlah.... tapi kalau dia cakap latihan mencabar maksudnya latihan yang di berikannya pada kau pagi esok mungkin lebih sukar...", balas leona perlahan lahan. "owh... harap saja latihan tu tidak terlalu sukar.... kalau terlalu sukar aku mungkin tak akan bertahan....", tutur edry. "jangan cakap macam tu... kau harus tabah menjalani apa saja latihan yang akan atuk berikan pada kau... itu pun jikalau kau betul betul nak belajar seni mempertahankan diri tu... apa apa pun aku doakan semoga kau dapat bertahan dalam latihan yang selanjutnya...", leona bersuara sambil tersenyum lembut. edry hanya tersenyum membalas senyuman gadis tersebut. apabila atuk nara sampai saja di situ edry dan leona terus berpisah haluan. edry pergi ke ruang tamu manakala leona pula pergi ke ruang dapur. mereka tidak lagi berbual bual selepas itu. edry duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. ketika dia sedang duduk di situ matanya mulai terlelap...

*** *** ***

"bangun edry!.... bangun!.....", edry terkejut apabila dia terdengar ada orang memanggil namanya. dia segera membuka matanya. kelihatan rakannya darren dan juga felix di bawa lari oleh sekumpulan makhluk raksasa yang menggerunkan. edry tidak tahu macamana tiba tiba saja rakannya di tangkap oleh makhluk raksasa berkulit hijau itu. "tolong kami edry!.... tolong kami!....", jerit darren dan felix hampir serentak. "darren!.... felix!....", jerit edry dengan lantang. dia terus berlari mengejar makhluk raksasa bertubuh hijau itu tapi tiba tiba saja, "edry!.... edry!.....", kedengaran suatu suara memanggil namanya. matanya terus terbuka. kelihatan leona sedang berdiri memerhatikannya dengan wajah yang kehairanan. "kenapa dengan kau ni?... kau macam mengigau saja... kau bermimpi buruk ke?....", soal leona pada pemuda itu. edry menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "ya.... aku mimpikan kawan kawan aku... nyawa mereka dalam bahaya, leona... aku dapat rasakannya... aku mesti selamatkan mereka...", tutur edry sambil meraup wajahnya dengan telapak tangannya. "macamana kau nak selamatkan kawan kawan kau tu sedangkan kau masih belum belajar seni mempertahankan diri dari atuk?.... buat pengetahuan kau dewa cermin tu bukan makhluk yang calang calang tau.... silap hari bulan kau akan di bunuhnya jikalau kau tidak ada sebarang ilmu mempertahankan diri di dalam dada....", tutur leona dengan wajah yang serius. edry terdiam ketika dia mendengar perkataan gadis tersebut. alangkah baiknya jikalau dia dapat selamatkan rakan rakannya saat itu juga. dalam diam dia mengeluh panjang....

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now