Bab 7: Lari

321 37 0
                                    

"Rayna, lari!" Pinta Qira penuh terdesak.

"Aku tak akan tinggalkan kau kat sini". Ingkar Rayna. Dia sedaya upaya memapah Qira yang sudah terkulai akibat dihempap kayu dengan kuat.

"Jangan. Kau kena pergi sekarang juga, Rayna! Dengar cakap aku! Mereka datang sini cari kau! Lari sekarang!" Qira cuba menolak Rayna pergi. Asap yang tebal buatkan mereka berdua terbatuk-batuk.

"Jangan paksa aku! Kita boleh pergi dari sini sama-sama!"

Sempat Rayna memandang ke arah kampungnya yang sudah hangus terbakar. Orang-orang kampung ditangkap dan dibunuh dengan kejam tanpa sebarang amaran. Sungguh, mereka langsung tidak menjangka mimpi buruk ini berlaku pada kampung mereka.

Tapi orang-orang berjubah hitam itu, tanpa sedikit pun belas kasihan, menamatkan nyawa seluruh orang kampung hanya untuk mencapai misi mereka. Kejam! Rayna mengetap bibir. Dia tidak dapt berbuat apa-apa lagi untuk selamatkan kampungnya.

"Rayna... Semua dah mati dibunuh. Kampung kita dah musnah. Tak ada apa lagi yang tinggal". Tangis Qira. Dia terbaring di atas tanah tidak berdaya.

"Kau ada! Kau ada, Qira! Jangan tinggalkan aku berseorangan!" Rayna letakkan tangannya pada dada Qira. Dengupan jantung Qira sudah lemah. Tangan Rayna itu kemudiannya Qira genggam.

Dia menggeleng kepala dan tersenyum. "Aku akan sentiasa berada di sisi kau. Sebab tu, kau kena selamatkan diri kau supaya kau boleh balas balik untuk aku dan orang-orang kita".

"Tapi semua ni berlaku sebab aku..."

"Kalau ditakdirkan kau kembali ke sini semula, kau pergilah ke Pokok Yui di utara bukit. Di situ ada tertanamnya segala rahsia yang nenek kau amanahkan ayah aku untuk jaga. Sudah tiba masanya untuk kau ambil alih amanah tu. Rayna, aku percayakan kau. Kau adalah kebanggaan kampung kita. Pertahankannya".

"Tu pun mereka!" Seorang lelaki berjubah hitam itu memanggil sekutunya.

"Rayna, lari! Aku akan lengahkan orang-orang tu!" Arah Qira.

"Tapi..." Agak berat hati Rayna untuk meninggalkan Qira yang sudah dianggapnya sebagai kakak kandung. Kenapa perpisahan ini berlaku dengan keadaan yang terlalu menyayat hati?

"Pergi!"

"Maafkan aku, Qira!" Rayna berlari tanpa berpaling ke belakang.

Jeritan Qira yang kuat membuatkan air mata Rayna deras mengalir tanpa henti. Namun, Rayna terus berlari sedaya upayanya. Orang-orang berjubah hitam itu tidak mahu mengalah. Kelajuan mereka akan dapat tandingi Rayna sekelip mata. Rayna melihat sekelilingnya. Mencari ikhtiar lain untuk selamatkan diri.

Hampa. Dia sudah pun ke padang lapang yang hanya semak samun dan lalang yang tinggi.

"Kau nak lari mana?!"

"Apa kau nak dari aku?" Rayna bersoal dengan berani.

"Jawapannya ada pada kau!"

Lelaki itu melemparkan tali ke arah Rayna menyebablan kakinya terjerat. Dia jatuh tersembam dan ditarik dengan kuat. Badannya terheret di atas tanah.

"Lepaskan aku!" Rumput-rumput yang panjang itu dipautnya namun gagal. Rayna mengeluarkan pisau dan segera potong tali di kakinya itu. Dia lantas bangun dan meneruskan larian.

"Tak guna!"

Seorang penunggang kuda berhenti di hadapan Rayna. Rayna terus terduduk akibat terkejut. Dia turun dari kuda itu lalu berjalan menghampiri Rayna.

"Jangan dekat..." Rayu Rayna.

"Bagus! Tangkap dan ikat dia!" Arah orang berjubah hitam.

Rayna pejam mata. Dia sudah berserah diri kalua ini merupakan hari terakhirnya.

Apabila dia rasa tiada apa berlaku padanya, Rayna buka matanya kembali. Lelaki itu tak ada di hadapannya.

Alangkah terkejutnya dia ketika lihat lelaki itu bertarung dengan orang-orang berjubah hitam itu dengan satu senjata bermata belah dua. Kekuatannya setanding harimau. Orang-orang berjubah hitam itu senang saja tewas di tangannya.

Lelaki itu kembali pada Rayna. Rayna mendongak ke atas memandang susuk tubuhnya yang betul-betul berada di bawah bulan.

"Siapa kau?"

"Putera Idaman".

Katanya lalu menarik Rayna menunggang kuda bersama.  Kuda itu berlari laju. Jauh dari orang-orang jahat itu. Meninggalkan kampung hanya boleh kelihatan asap dari jauh. 

"Berhenti toleh belakang. Perjalanan masih jauh di depan".

"Kita nak ke mana? Turunkan aku. Aku tak nak bersama dengan orang yag aku tak kenal".

"Percayakan aku, gadis berhud merah". 

"Hah? Kenapa pula? Tak nak!!!" Jerit Rayna dengan kuat. Dia meronta-ronta supaya lelaki itu berhentikan kudanya.

"Berhenti sebelum kuda ni yang hilang kawalan!"

"Aku nak turun!"

Lelaki itu menarik tali kudanya. Kuda itu akhirnya berhenti dari lariannya. Rayna segera terjun turun. 

"Kau gila ke?"

"Kau yang gila! Bawa lari aku entah ke mana!"

"Aku cuma nak selamatkan kau! Kalau kau tak nak, tak apalah. Selamat tinggal. Semoga umur kau dipanjangkan".

"T-tunggu!"

Dia menoleh belakang dengan muka berkerut dan menyampah. "Apa lagi kau nak?"

"A-aku. . ."

"Kau nak ikut aku atau tak?"

Rayna buntu. Dia tak tahu nak fikir apa sekarang. Badannya sudah kesejukan tetapi masih berpeluh. 

"Aku Kazuki dan aku takkan apa-apa kau. Orang kampung aku tu semuanya baik-baik."

Rayna mengangguk perlahan. Kazuki menghela nafas. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk Rayna berteduh malam ni.

Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now