Bab 12: Ikhtiar

395 38 10
                                    

"Putera Flynn". Panggil Tuan Abel.

Dia turun dari kuda dan berjalan membelakangi kudanya. Dia berdiri menghadap semak samun hutan itu seolah-olah menanti sesuatu muncul.

Kazuki dan Rayna memerhatikan dia dengan teliti. Firasat kuat mengatakan ada sesuatu mencurigakan tentang Tuan Abel.

Tak lama kemudian, Putera Flynn muncul di sebalik pokok. Seperti biasa, dia masih bertopeng.

"Tuanku ingat semua yang patik cakap?" Tuan Abel bersuara.

"Ya. Beta ingat dengan jelas".

"Bagus. Kita tak ada apa untuk dirisaukan kalau begitu."

"Burung yang terlepas daripada sangkar, bagaimana jika dia merayau dan menimbulkan onar?" Soalan Putera Flynn berbaur keresahan.

"Tidak perlu khuatir. Dia sudah dijinakkan sepenuhnya. Dan.. Dia sepatutnya berhati-hati agar tidak masuk ke sangkar lain. Tuanku hanya perlu jalankan tugas tuanku". Nasihat Tuan Abel dengan tenang. Sekali lihat muka Tuan Abel, tiada siapa dapat menjangka apa yang berada di fikiran lelaki itu.

Putera Flynn berada di atas kuda, bersedia untuk pulang ke istana.

"Tuanku!" Kapten Aaru tiba dengan muka terkejut. Dia menghampiri Putera Flynn.

"Tuanku, tak apa-apa? Apa yang terjadi?"

"Kapten Aaru, bertenang. Beta tak apa-apa".

"Mana General Weriu?" Tanyanya tercungap-cungap.

Mendengar pertanyaan itu, air muka Putera Flynn berubah suram. "Sukar untuk beta katakan, tapi dialah orang yang menculik beta".

General Weriu atau nama penuhnya Han Weriu, pengawal peribadi yang sangat Putera Flynn percayai telah bertindak kotor.

"Apa?"

"Beta sendiri masih sukar untuk percaya. Tak sangka Han sanggup mengkhianati beta sedangkan..." Putera Flynn tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya.

Kapten Aaru tergamam. Dia memandang Tuan Abel meminta kepastian. Tuan Abel hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

"Di mana dia sekarang?"

"Dia melarikan diri selepas melepaskan beta".

"Tetapi, apa kaitan dia dengan orang-orang Lorong Sepi? Weriu adalah keluarga bangsawan." Kapten Aaru hairan. Sukar untuk dia terima.

"Dengar khabar, dia hanyalah anak angkat. Apa pun, kita patut pulang ke istana sekarang." Tuan Abel meniup seruling untuk memanggil semua tentera istana untuk berkumpul.

Mendengar bunyi yang nyaring itu, Rayna dan Kazuki segera beredar dari situ sebelum ditangkap.

"Kau rasa tak apa yang aku rasa?" Tanya Rayna pada Kazuki.

"Aku dah cakap. Kalau Tuan Abel tu ada, mesti ada benda tak kena".

"Jadi macam mana? Diam dan tengok?"

"Kita bukannya pasti sangat. Selagi tak kacau hidup kita, kita patut pura-pura benda tu tak jadi".

"Kalau tak...?"

"Kalau kau sudi berada di barisan hadapan untuk menentang, apa salahnya?" Kazuki tersenyum sinis.

"Hah... Jangan kau tarik diri di saat akhir pula". Rayna membalas senyuman sinis Kazuki itu.

"Aku patut cakap tu kat kau".

๑﹏๑﹏๑﹏๑

"Tok Sung, yang lain...?"

Tok Sung menggeleng. Dia memejamkan mata dan menarik satu nafas yang dalam.

"Biar aku bunuh manusia tak guna tu!" Bentak Li tidak puas hati memikirkan tindakan tidak berhati perut golongan atasan pada orang bawahan.

"Li, sabar! Kita kena fikir dan rancang betul-betul. Tersilap langkah, kita semua akan mati!" Fin cuba menenangkan Li.

Li duduk. Dia memegang kepala dengan kedua tangannnya. Rambutnya menjadi kusut kerana dia terlalu serabut.

"Buat masa sekarang, kita bole berlindung di sini." Kata Fin.

"Bagaimana dengan Rayna? Kamu berdua ada jumpa dia?" Soal Tok Sung. Riak wajahnya kerisauan.

Fin menggeleng kehampaan. "Tak. Kami ingat nak cari Rayna di kampungnya."

"Ya, cari Rayna sebelum orang-orang tu jumpa dia. Beritahu dia jangan datang ke sini." Tok Sung tak dapat menyembunyikan kerisauannya.

Fin mengangguk. "Tok Sung dan Li tunggu di sini".

"Kau nak pergi sekarang? Dah malam ni." Li bingkas bangun apabila lihat Fin dan Luca seperti ingin keluar.

"Kita takde masa untuk bersenang-senang. Nyawa Rayna dalam bahaya." Wajah Fin bertukar serius.

"Cakap pada Rayna yang dia tidak perlu risau". Pesan Li.

"Aku akan pastikan yang Rayna tahu kau dan Tok Sung selamat. "

"Terima kasih, Fin, Luca."

Fin dan Luca keluar dari rumah tersembunyi itu.

Luca membuka gulungan peta. Dia mendamparkan peta itu di atas sebuah batu besar. Jari telunjuknya tertunjuk pada satu tempat. "Kita berada di sini."

Kemudian Luca menggerakkan jarinya jauh ke arah utara. Fin melihat dengan teliti. "Jarak antara kampung Rayna dari sini agak berbatu". Kata Luca.

"Tak ada jalan pintas?"

"Terlalu risiko. Jalan pintas ke sana kena lalui sempadan Empayar Aulinia. Kita tak ada jalan lain."

Fin meneliti peta. Jalan darat ke kampung Rayna memakan masa yang lama. Jalan pintas pula terlalu bahaya. Sempadan Empayar Aulinia dikelilingi dengan pengawal. Jika mereka lalu di situ, pasti akan menimbulkan kecurigaan lagi-lagi hari sudah pun gelap.

Fin terpandang bukit yang berada di tengah-tengah laluan darat ke kampung Rayna. Ikut kebiasaan, pedangan akan lalu lereng bukit dan tidak mendaki bukit.

"Bukan bukit ni ada gua ke?"

"Aku tak pasti tentang gua tu. Terlalu banyak jalan. Kita boleh sesat".

"Kita boleh cuba". Kata Fin dengan yakin.

"Kau pasti?"

"Kita tak ada masa untuk dibuang lagi."

Luca diam memandang wajah Fin yang nekad. Jika dia membantah pun tidak berguna. Sekali Fin dah tetapkan mindanya, dia takkan tarik balik.

"Baiklah. "

Mereka berdua tersenyum.


><><><><><

Susah untuk saya kembangkan jalan cerita "Rayna" kerana memerlukan imaginasi yang tinggi.  Novel itu adalah salah satu "challenge yourself" yang saya tengah buat. Genre Fantasi sejujurnya agak sukar. 🙈

Saya tabik pada penulis novel fantasi di luar sana. Respect! 🎓

Tinggalkan komen dan jangan lupa vote. Terima kasih! 👐



Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now