Bab 1: Gadis Penawar

525 44 0
                                    

"Selamat pagi, Rayna. Nak beli apa hari ni?" Tanya Selwah dengan mesra kepada pelanggangnya. 

Rayna membalas senyuman yang dilemparkan. "Saya cuma mahukan beberapa buku roti dan beberapa biji telur". Rayna memesan. Selwah segera menyediakan pesanan Rayna dan masukkannya ke dalam beg kertas lalu dihulurkan kepada Rayna.

"Pastikan kamu makan banyak-banyak supaya cepat membesar". Pesan Selwah kepada Rayna. Dia sudah menganggap Rayna ini seperti anaknya sendiri. Malah, semua penduduk kampung adalah dianggap keluarga. Sudah menjadi tugas mereka untuk saling menjaga antara satu sama lain.

Rayna hanya mengangguk beberapa kali sebelum beredar setelah membuat pembayaran. Walaupun Rayna sudah pun berusia 16 tahun, tubuh badannya yang kecil membuat ramai orang tersalah anggap tentang usiannya. Kalau dia berdiri bersama kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun pasti dia kelihatan seusia. Namun begitu, perwatakannya jauh lebih matang dari budak sebayanya.

"Rayna!" Panggil Qira sambil melambai-lambai berlari ke arah Rayna. Mukanya tersenyum-senyum. Pasti ada berita gembira yang ingin disampaikan.

"Ada apa kau berlari keriangan sangat ni?"

"Aku baru balik dari ladang Tuan Rum dan aku terdengar perbualan Tuan Rum bersama Pakcik Chen." Qira menarik senyuman lagi. Tidak sabar hendak menceritakan apa yang dia dengar pada Rayna. Rasa keletihan setelah penat bekerja dari awal pagi di ladang the Tuan Rum tadi terus hilang. Badannya tiba-tiba rasa ringan dan perasaaan teruja mengawal diri.

"Tuanku DiRaja akan mengadakan hari pertabalan Putera Mahkota!" Seolah-olah dialah Pengutus Diraja, Qira membuat pengumuman dengan lantang sekali. Mujurlah mereka sudah jauh dari orang ramai.

"Oh, begitu".

"Rayna! Kau tak teruja ke?"

"Atas sebab apa?"

"Tuanku menjemput seluruh rakyat untuk hadir ke istana untuk meraikan puteranya. Seluruh rakyat termasuk kau dan aku". Jelas sinar di mata Qira seakan-akan cahaya akan keluar dari dua mata tersebut.

"Kau boleh pergi bersama yang lain. Aku perlu ke hutan mencari herba sebelum musim sejuk tiba. Banyak kerja perlu dilakukan".

"Sekejap sahaja. Habis sahaja majlis itu, kita terus balik." Qira merangkul tangan sahabat baiknya itu. Cuba menyakinkan Rayna untuk ke istana.

"Percaya cakap aku, bila kau cakap sekejap sebenarnya lama". Bukannya Rayna tidak kenal dengan perangai Qira. Dia akan berjalan-jalan dahulu di pekan sampailah dia berasa puas meronda barulah dia pulang.

"Inilah peluang keemasan kau nak masuk kawasan istana dan yang paling dinantikan oleh seluruh gadis Kerajaan Wigazia untuk berjumpa dengan Putera Flynn!"

"Qira, simpan rasa teruja itu sebab aku memang tak berminat pun. Lainlah kalau dia turunkan kadar cukai kampun kita ni. Ada baiknya juga kan?"

"Jadi khabar angin tentang kau tidak berminat dengan mana-mana lelaki adalah betul."

"Buat masa sekarang..." Rayna berkata perlahan. Matanya melirik ke arah Qira yang menunggu penjelasannya.

"Apa dia?"

"Tak apalah, Qira. Terima kasih sebab ajak aku. Nanti kau balik, kau cerita dekat aku."

*****

Rayna khusyuk menelaah buku herba di hadapannya. Banyak lagi ubat yang perlu dikaji keberkesanannya. Setiap langkah yang tertulis dibuku ini perlu diikut atau hasilnya tidak akan menjadi. Lagi teruk dan lagi jarang sesuatu penyakit itu, lagi rumitlah pembuatan penawarnya. Rasa hormat Rayna pada penulis buku ini tidak terkata kerana ini bukanlah kerja yang senang. 

Ketukan pintu rumahnya mematikan pembacaaannya. Dia segera membuka pintu, menyambut tetamu yang hadir. "Makcik Tia, masuklah". Pelawa Rayna.

"Makcik ada bawakan bubur jagung. Makanlah". Satu periuk kecil bubuk jagung diletakkan di atas meja. Makcik Tia dan yang lain selalu bawakannya makanan. Mungkin kerana mereka tahu yang Rayna duduk bersendirian dan khuatir jika Rayna tidak menjaga pemakanannya.

"Terima kasih. Susah-susah saja makcik ni".

"Tak ada apalah. Makcik dengar yang anak-anak gadis di kampung ingin ke istana?" Soalnya Mackcik Tia.

"Ah... ya. Lebih kuranglah."

"Kawan makcik dari pekan pernah cerita. Dia dulu bekerja sebagai pekebun istana. Jadi, sudah menjadi tugasnya untuk menjaga pokok-pokok di sana. Yang paling mengejutkan apabila dia ditugaskan untuk menggantikan tugas ahli botani taman herba untuk sehari. Dia langsung tak sangka yang taman herba itu ada segala jenis herba. Yang susah dijumpai, dan juga yang bukan pada musimnya."

"Sebab itulah kamu nak ke istana kan? Bukan untuk raikan putera mahkota tapi nak tengok taman herba itu?" Makcik Tia memberikan senyuman penuh makna pada Rayna.

"Eh?" Rayna terkebil-kebil. Dia tidak tahu tahu pun akan kewujudan taman herba yang diceritakan itu.

"Kamu tak perlu berahsia. Makcik tahu. Tapi makcik nak beritahu kamu yang bukan senang nak berkeliaran dalam istana tu. Lagi-lagi bila ramai orang, kawalannya sangatlah ketat. Makcik ucapkan semoga berjaya". Mak Tia menepuk-nepuk bahu Rayna sebelum berlalu. Rayna termangu-mangu sendiri.

Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now