Li berjalan pantas di kaki lima istana. Tangan di sisinya digenggam kuat sehingga menampakkan urat. Jalan untuk ke bangunan utama terasa agak jauh kali ni.
Pegawal kiri dan kanan dan berdiri di setiap sudut. Dahi Li bertambah kerutnya memikirkan apa yang pihak istana perlakukan pada Lorong Sepi.
Kini, dia tidak akan berganjak. "Ayah..."
Tanpa menghiraukan orang sekeliling, pandangan tetap ke depan. Dia tak sengaja merempuh bahu seseorang dari arah bertentangan.
Bila dikerling, mata Li membulat. Segera dia membongkokkan badan. "Ampunkan patik, tuanku. Patik tidak bermaksud..."
"Ada apa-apa terjadi ke? Tuan hamba nampak bercelaru". Sampuk sang putera.
Li pandang Putera Flynn dengan muka serius. Mahu saja dia melepaskan geram padanya. Tapi dia tahu Putera Flynn pasti tidak ada kaitan dengan apa yang terjadi.
"Ampun, tuanku. Patik perlu minta diri. Ada hal yang perlu patik uruskan".
"Hal apa yang mustahak sangat sehingga tuan hamba tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan beta?"
Li terdiam. Dia mengetap rahang. Perasaannya berkelemut. Dia menaris nafaz dalam-dalam dan cuba bertenang.
"Ayah patik telah ditahan dan sekarang dia sedang dihadapkan pada yang maha mulia tuanku Raja Travis. Oleh itu, patik dalam perjalanan ke sana dengan harapan agar hukuman ayah patik dapat diringankan. Patik minta diri dulu."
Li terus berjalan tanpa berpaling. "Yang subahat sudah dikerjakan seteruk ini, apatah lagi si perlaku".
Menggunakan pas pekerjanya, Li dapat menerusi setiap kawalan pengawal tanpa banyak halangan.
Pintu untuk masuk ke bilik, tempat kebiasaan pesalah disoal siasat itu lengang. Dengan satu nafas yang dalam, Li menolak dedaun pintu perlahan-perlahan. Pintu terbuka tidak terlalu luas. Tiada yang perasan kehadirannya.
Melalui ruang itu, kelihatan Raja Travis yang duduk di singgahsananya dengan megah. Di sebelahnya, berdiri Tuan Abel penasihat kanan paling berpengaruh dan pengawai-pengawai istana yang lain.
Tok Sung terduduk di atas lantai lantai melutut di hadapan Raja Travis. Mukannya bengkak dan lebam. Pakaiannya koyak rabak. Kedua tangannya diikat ke belakang.
"Adakah benar gadis berhud merah telah merawat kamu semua?"
Tok Sung berdiam.
Tuan Abel beri isyarat pada pengawal. Pengawal itu mengangguk dan menendang Tok Sung sehingga dia tumbang ke lantai.
"Di mana gadis tu sekarang?"
Dia sekali lagi tidak membuka mulut.
"Aku bagi peluang untuk kau hidup. Nampaknya kau pilih untuk mati".
"Aku lebih rela mati daripada beritahu perkara sebenar."
"Bunuh dia".
Arah Tuan Abel.
Li bercadang untuk masuk menghalang tetapi dia ditegah.
"Jangan".
"Fin?!"
"Biarkan Luca uruskan."
Luca memanah anak panah menyasarkan kepada Raja Travis. Anak panah tu mendarah ke sisinya. Hampir saja panah itu terkena mukanya. Pucat muka Raja itu angkara terkejut.
"Siapa tu?!"
Luca mencampak bom asap ke dalam ruang itu. Asap mula memenuhi. Orang di dalam mula terbatuk-batuk dan panik.
YOU ARE READING
Rayna [HIATUS]
FantasyRayna, gadis berusia 16 tahun, hidup bersendirian di sebuah perkampungan kecil jauh dari kota. Berbekalkan ilmu perubatan berasaskan herba yang diturunkan oleh neneknya, dia menyara hidupnya dengan memberi rawatan kepada orang kampung. Selepas kampu...