Bab 3: Putera Bertopeng

369 35 0
                                    

"Rayna, kau pergi mana tadi?" Tanya Qira kerisauan.

"Tandas." Rayna menjawab ringkas

"Lain kali beritahu dahulu. Aku tak nak kau hilang. Dengan badan kau yang kecil ini, susah aku nak cari".

"Maaf..."

"Rayna datang tepat pada waktunya. Kerabat Diraja akan menampilkan diri mereka". Kak Sha menepuk bahu Rayna.

Bunyi trumpet dan gendang yang makin kuat disambut dengan jerita para penduduk Wigazia yang hadir bagi bersama-sama meraikan hari bersejarah ini. Walaupun, masing-masing sudah tahu siapakah gerangan Putera Mahkota tersebut, namun ia tidak menghalang mereka dari terus memberi sokongan.

"Putera dah keluar!" Kata Qira penuh dengan rasa teruja.

Putera Flynn kelihatan sangat berkarisma menyerlahkan lagi ketampanannya yang tiada tandingan. Bak kata Kak Sha, dialah lelaki paling kacak di kerajaan Wigazia. Dia jugalah simbol kecantikan negara. Matanya yang biru laut ditambah pula dengan rambut yang kuning keemasan tersisir rapi, mampu membuatkan seluruh gadis jatuh hati padanya.

"Tengok dari jauh pun, dia sangat tampan. Kalau tengok dengan lebih dekat agaknya dah lama pengsan!" Komen Qira.

"Betul betul. Tapi pengawal peribadi Putera Flynn pun boleh tahan juga. Wajah tampan inikah yang sering menjadi tatapan para dayang istana?" Kak Sha pula menyokong.

"Kalau begitu, aku mahu jadi salah seorang dari mereka!"

Angan-angan Qira ini kadang-kadang tidak masuk akal. Bukannya dia tidak tahu yang dayang istana sudah lama bergenerasi di situ memberi khidmat mereka daripada nenek moyang mereka lagi. Sudah mengalir di dalam darah mereka untuk membantu dalam pengurusan istana.

"Apa pendapat kau tentang Putera Flynn, Rayna? Cukup untuk buatkan hati kau berdegup laju dari biasa?" Qira mengusik seperti biasa. Dia tersenyum meleret.

"Tak cukup kuat..."

"Betul ke yang kau ni perempuan normal?"

"Apa yang kau nampak pada dia? Pada putera bertopeng? Kau hanya boleh lihat mata dan separuh mukanya tertutup. Bagaimana kau tahu dia tampan?"

Ya, putera yang Wigazia banggakan bertopeng tanpa diberitahu sebarang sebab. Rakyat pula tidak diberikan hak untuk mempertikaikan tindakan kerabat. Rayna menggeleng kepala. Baginya, putera itu langsung tidak nampak boleh diharap. 

"Mestilah dia tampan. Tengok saja permaisuri dan raja. Mereka orang yang berupa paras menawan. Contoh yang baik untuk tidak menilai dia berdasarkan rupa. Ya tak?

"Permaisuri nampak sangat cantik". Rayna mengomen apabila melihat tuanku permaisuri sudah pun pulih. Dia boleh berdiri seperti biasa di sebelah suami tercinta melihat anak kebanggaannya yang juga menjadi kebanggaan negara.

"Saya dah cakap yang Rayna tak normal, Kak Sha".

*****

Tamat sahaja hari meraikan Putera Mahkota, Rayna, Qira dan Kak Sha berjalan ke pekan untuk mengisi perut. Sudah tentu pelbagai jenis makanan dijual sedia menjadi santapan perut. Mereka juga perlu mencari rumah tumpangan untuk semalaman oleh kerana Pakcik Chen hanya akan bertolak balik pada hari esok. Suasana di restoran yang mereka pilih riuh-rendah dengan perbualan mengenai pelbagai topik khususnya yang menjadi tajuk utama hari ni, tidak lain dan tidak bukan Putera Flynn.

"Dengar tak khabar angin yang berlaku di istana?"

"Katanya taman herba yang menjadi kemegahan Kerajaan Wigazia dimusnahkan".

"Sudah jelas ada unsur khianat yang cuba menggangu hari pertabalan Putera Mahkota".

"Balasannya apabila ubat-ubat daripada herba itu tidak dimanfaatkan kepada rakyat dan hanya untuk kerabat sahaja. Layanan istimewa ini tidak adil".

"Betul. Ramai lagi orang yang memerlukan bantuan kesihatan tetapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan mahupun inisiatif untuk menyelesai masalah ini. Sebaliknya, dibiarkan ia berlarutan".

"Ada sahaja orang yang menentang kerajaan hanya kerana perasaan tidak puas hati".

Rayna tidak mempeduli sangat buah mulut orang-orang tempatan. Berita dalam istana pasti akan tersebar walaupun pelbagai usaha untuk sembunyikannya. Rayna terus menghirup sup cendawan di depannya. Kelazatannya lebih terasa saat perut berasa lapar.  

"Sebenarnya, apa yang mereka katakan adalah betul. Meskipun Kerajaan Wigazia terkenal kerana kemajuan bidang kesihatan, kadar pesakit kerajaan inilah yang paling ramai. Sokongan perubatan tidak diberikan kepada rakyat kelas bawahan. Para bangsawan pula mewah dengan kekayaan yang digunakan unutk keperluan peribadi". Hujah Kak Sha tenang.

Kak Sha merupakan bekas penjawat awam istana namun membuat keputusan untuk berhenti atas sebab tertentu. Banyak perkara yang berlaku di seluruh kerajaan menjadi rahsia apabila pihak menteri membuat keputusan tersebut untuk tidak menghebahkannya. Akhirnya, pelbagai krisis timbul tetapi dipandang remeh dan bukan keutamaan. Rakyat pula dikerah untuk membayar cukai tetapi taraf hidup tiada sebarang peningkatan.

"Beruntung di kampung kita ada Rayna". Qira menyiku Rayna dan menanyang sengihannya. 

"Harap-harap adalah perubahan yang Putera Mahkota lakukan". Kata Kak Sha lagi.

"Kak Sha mesti pernah berjumpa dengan Putera Flynn semasa bekerja di istana dahulu kan?" Soal Qira ingin tahu.

"Bukan berjumpa tetapi terserempak. Dia hanya 2 tahun lebih tua dari Qira dan Rayna. Apa yang orang cakap, Putera hanya meluangkan masanya untuk belajar. Kalau terserempak pun, bila Putera hendak menjalani latihan di padang".  Terang Kak Sha.

"Masa tu pun putera bertopeng ke?" Tanya Qira lagi.

"Setiap masa. Rasanya hanya bonda dan ayahanda putera saja yang boleh lihat mukanya." Kak Sha sentiasa memberi jawapan pada setiap soalan yang diajukan Qira. Dia sudah kenal Qira sejak kecil lagi. Jadi, dia sangat kenal sifat ingin tahu Qira yang begitu kuat.

Qira meletakkan tangannya di dagu. "Wah... apakah rahsia disebalik topeng itu agaknya".

Rayna menjeling Qira di sebelah. "Kau sibuk kenapa?" 

"Kebarangkalian untuk seorang kerabat diraja berkahwin dengan rakyat biasa?" Qira mula bertanya soalan agak tidak logik. 

"Sifar".

"Lebih spesifik lagi, Rayna?" Rayna sekali lagi memberi jelingan ke arah Qira. Selagi tidak ditegah jangan harap dia mahu berhenti. Lagilah seronok dia mengusik.

"0.01%"

Senyuman Kak Sha disambut dengan kerut di dahi Rayna. Apa maksud Kak Sha?

Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now