Gelora Laut ;
Kapal terbang , kapal laut dan manusia semuanya lesap di kawasan segi tiga ini . Apakah puncanya ? Sumpahan ? Makhluk asing ? Laluan ke dimensi lain ?
Sejak tahun 1840 , pelbagai tragedi aneh dan kuasa ghaib muncul melangkaui hukum fizik .
Ratusan orang , kapal terbang dan kapal laut lenyap di kawasan segi tiga bermuda itu . Sesetengah kes langsung tidak menemukan kesan serpihan tetapi ada juga yang bernasib baik . Namun anehnya ada kapal laut ditemui semula selepas sedekad tetapi keadaan anak kapal tetap sama seperti sebelum ia hilang .
Sesetengah pihak menjelaskan misteri ini sebagai fenomena semulajadi di manaa Segi Tiga Bermuda adalah kawasan bahaya dengan cuaca tidak menentu . Jadi tidak hairanlah banyak kes kehilangan dilaporkan . Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan United States Geographical Names Board tidak mengiktiraf istilah Segi Tiga Bermuda . Namun bagaimana pula hendak menjelaskan kejadian peralihan masa ?
YOU ARE READING
Segi Tiga Bermuda X Atlantis
AdventureDunia menjadi semakin aneh dengan fenomena tidak dapat dijelaskan , fakta terbatas dan fiksyen yang menyimpang dari norma ! Apabila tiada siapa mempercayai... apa dan bagaimana untuk membawa kita ke landasan yang betul apabila diselubungi spekulasi...