Kes 1 - 4 Mac 1918 .
- Kapal pengangkut Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Cyclops adalah pengangkutan ketenteraan terbesar pada waktu itu . Ia membawa kargo bekalan bijih bersama 300 anak kapal . Tetapi kesemuanya hilang tanpa kesan .
Kes 2 - 18 April 1925 .
- Kapal kargo Jepun , SS Raifuku Maru berlepas dari Boston dan merentasi kawasan Segi Tiga Bermuda . Sejurus memasukinya kapal mengeluarkan isyarat SOS iaitu , 'Danger like a dagger now ! Come quick !'.
Sehingga kini kapal dan anak kapal tidak pernah ditemui .Kes 3 - 30 Januari 1948 .
- BSAA Star Tiger , pesawat jenis Tudor hilang ketika dalam penerbangan ke Havana dari London bersama 31 penumpang . Apabila memasuki kawasan Segi Tiga Bermuda laluannya tersasar dan terpaksa membetulkan haluan walaupun melalui ribut . Bahan api pesawat pada waktu itu boleh bertahan selama sejam sebelum sampai ke destinasi .
- Malangnya Star Tiger terus lenyap dari radar dan tidak ditemui selepas menghubungi menara kawalan Bermuda . Usaha mencari dan menyelamat tidak menemukan kapal terbang atau penumpang .
Kes 4 - 28 Disember 1948 .
- Pesawat besar DC - 3 ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Juan , Puerto Rico ke Miami , Florida . Ia hilang selepas melaporkan jangka masa tiba 04:03 pada Overseas Foreign Air Route Traffic Control Center di Miami .
- Namun DC - 3 tidak pernah muncul dan terus lenyap hingga kini .
Kes 5 - 4 Februari 1963 .
- Kapal tangki Amerika SS Marine Sulphur Quenn memasuki kawasan Segi Tiga Bermuda pada hari kedua perjalanan ke Florida dari Texas . Anak kapal melaporkan kedudukan mengikut rutin biasa melalui radio dan itulah mesej terakhir diterima dari Sulphur Quenn.
- Kehilangan kapal moden pada waktu itu sangat aneh dan Sulphur Quenn juga tidak pernah ditemui .
Kes 6 - 15 Disember 2008 .
- Insiden paling baharu melibatkan kapal terbang membawa 12 penumpang termasuk juruterbang . Kapal terbang dari Santiago ke New York ini lenyap daripada radar 35 minit selepas berlepas . Pencarian secara besar-besaran dilakukan oleh Pengawai Pantai Amerika Syarikat tetapi tiada sebarang penemuan .
Kapal terbang ini seperti tidak pernah wujud .
YOU ARE READING
Segi Tiga Bermuda X Atlantis
AdventureDunia menjadi semakin aneh dengan fenomena tidak dapat dijelaskan , fakta terbatas dan fiksyen yang menyimpang dari norma ! Apabila tiada siapa mempercayai... apa dan bagaimana untuk membawa kita ke landasan yang betul apabila diselubungi spekulasi...