Atlantis X Bab 1

248 8 0
                                    

Tibet ...

Di satu tempat yangg bergunung ganang .

"James , tengok ni ." Ujar seorang lelaki yang mengorek sesuatu di dalam lubang .

"Tengok ,"Ujar lelaki yang berada di atas .

"Peta dilukis pada kulit ...ada tulisan purba . Rasanya ini bukan dari tibet ..." Ujar James sambil memegang sesuatu .

"Usianya dianggarkan 1000 tahunn ." Kata lelaki di dalam tanah itu .

Kringg !! Kringg !! Telefon milik James berbunyi nyaring di dalam kocek seluarnya . Segera diseluk untuk mencapai telefonnya .

"Yaa . Persidangan Arkeologi Amerika ? Okay baik .. Saya akan ke sana ..." James menutup telefonnya .

Persatuan Arkeologi Amerika

Di dalam bilik persidangann ...

Ramai orang duduk sambil memerhati orang yang bersidang itu menunjukkan artifak yang dijumpainya itu .

"Ini adalah relik Maya yang ditemui . Ini lah kajian yang kami jumpaii . Itu saja untuk hari ini . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ." Ujar lelaki yang sedang bersidang di depan itu .

"Ah ramainya ,"Getus James perlahan . Dia duduk di barisan paling depan sekali .

" Dr . David , terima kasih sebab berkongsi , " Ujar pengacara perempuan itu .

"Terima kasih semua ."Dr.David menundukkan sedikit badannya tanda menghormati majlis .

"Seterusnya , dijemput Encik James !" Pengacara wanita itu menjemput James untuk menunjukkan artifaknya .

"Ah ! Sayaa ," James mengangkat tangan sambil menahan rasa gugup serta malu di khalayak ramai .

"Boleh mula sekarang ," Wanita itu mempersilakan Encik James ke hadapan .

James ke depan untuk membentangkan persidangannya .

"James ? Siapa dia ?" Kata lelaki berkepala botak itu .

"Kebelakangan ini dia agak aktif .." Kata seorang lelaki sambil berbisik .

"Em hai . Nama saya James . Saya ingin kongsikan penemuan saya di Tibet . Ini kemungkinan cebisan peta purba . Peta ini dianggarkan berusia 1000 tahun dan mempunyai tulisan purba di atasnya ." James menunjukkan artifaknya pada skrin layar .

"Bos , cebisan ituu..." Salah seorang wanita di situ terkejut melihat cebisan itu .

"Ya , betul ."Ujar seorang lelaki berkot hijau .

"Tulisan apa tu ?" Lelaki tua itu menunjuk jarinya pada skrin layar putih itu .

"Tak tahulah tapi sudah biasa sangat tengok benda macam ni," Rungut seorang lelaki di baris ketiga .

"Ah ! Masa untuk makan tengah hari ." Kata seorang lelaki sambil menilik jam di tangan .

"Makanan tengah hari sudah disediakan ."Pengacara majlis itu sempat berpesan begitu .

"Ah!" James sudah pelik . Jadi bagaimana dengan reliknya ?

"Sila ke dewan makan ." Jemput pengacara wanita itu .

James sudah kehilangan kataa . Apakah ? Jadi siapa yang mahu mendengar penjelasannya tentang reliknya itu ?

James mengemas barangnya lalu keluar dari bilik sidang .

"Tiada siapa berminat dengan relik aku ..." James mengusap usap kepalanya yang tidak gatal itu .

"Encik James , tunggu ." Panggil satu suara .

James berpusing ke belakang . Siapa yang memanggilnya ?

"Hai , saya Kenny . Saya Naib Presiden Persatuan Arkeologi Amerika . Ini pembantu saya , Anna . Saya hendak lihat relik awak tu ," Ujar lelaki yang berkot hijau tadi . Lelaki itu menghulurkan tangan tanda berjabat tangan .

Huluran lelaki itu disambut baik oleh James . Ternyata masih ada orang yang mahu melihat reliknya .

"Akhirnya , ada juga yang berminat ." James mengucap kesyukuran .

"Mari masuk ke bilik saya dulu ," Kata lelaki itu .

"Err baiklahh ," James mengikut dari belakang .

Daun pintu dibuka . James ternganga teruja melihat ruang dalaman bilik itu . Indah sekali !! Penuh dengan artifak yang menarik .

"Sila masuk ," Lelaki itu menjemput James masuk ke ofisnya .

"Duduklah , " Pelawa pembantunya , Anna .

'Wahh ! Banyak juga koleksi Encik Kenny . Hebatnya .' Getus hati kecilnya yang kagum melihat artifak yang berada di dalam balang kaca itu .

Balang kaca yang berada di situ semua bersensor . Andai kata ada pencuri yang cuba memecahkan balang tersebut , siren kecemasan akan berbunyi nyaringg .

Lelaki berkot hijau itu meletakkan satu beg seperti fail besar di atas meja pejabatnya . Fail tersebut dibuka perlahan-lahan .

"Apa benda ni ?" Ujar James hairan melihat kepingan kertas itu .

"Saya jumpa cebisan peta kulit ini beberapa tahun lalu di tempat berlainan . Ia sama seperti awak punya." Ujar lelaki itu sambil merenung peta itu .

"Hum.. Rasanya boleh dicantumkan ." James melihat dengan teliti peta itu .

"Jika awak tak kisah mari cuba cantumkan ."

Segi Tiga Bermuda X Atlantis Where stories live. Discover now