Informations Segi Tiga Bermuda ( 5 )

249 9 0
                                    

                    KES DAN BUKTI

MITOS MENGENAI SEGI TIGA BERMUDA TERSEBAR LUAS DAN SEGALA INSIDEN PELIK SERING DIKAITKAN DENGANNYA . SEGI TIGA BERMUDA 'DITUDUH' MENJADI PUNCA DAN ANTARA INSIDEN ITU SEPERTI BERIKUT ;

                         FLIGHT 19 ;

Flight 19 adalah kes yang terkenal dalam mitos Segi Tiga Bermuda .

14 askar dalam lima TBM Avenger Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan penerbangan rutin dari Naval Air Station Fort Lauderdale , Florida pada 5 Disember 1945 . Sesi yang mengambil masa tiga jam ini tiba-tiba menghantar isyarat kecemasan ; ' I dont know where we are . We must have got lost after that last turn .' Kemudian mereka terus lenyap tanpa meninggalkan kesan .

Dua PBM-5 kapal terbang laut dikerahkan untuk mencari Flight 19 tetapi turut lenyap . Tentera Laut Amerika Syarikat meningkatkan usaha pencarian tetapi anak kapal dan kapal terbang langsung tidak ditemui .

                         KEBENARAN

Tentera Laut Amerika Syarikat membuat siasatan dengan mengumpul segala rekod radar , manuskrip , diagram dan data cuaca serta testimoni . Berikut antara hasil siasatan mereka ;

Kehilangan TBM Avenger disebabkan tiupan angin kuat yang menyebabkan juruterbang hilang kawalan dan tersalah haluan . Ini perkara sebenar yang berlaku bukannya mitos pintu dimensi Segi Tiga Bermuda .

Kehilangan dua kapal terbang laut PBM-5 juga disebabkan kecuaian manusia . Keadaan cuaca yang tidak sesuai dikatakan punca berlaku letupan di udara . Serpihan bangkai yang terbakar di kawasan pencarian dikatakan lokasi ia terhempas .

Teori Segi Tiga Bermuda berkaitan kehilangan TBM Avenger dan PBM-5 tidak diterima . Ini kerana bangkai kapal terbang tidak pernah ditemui sehingga kini .

         APAKAH MISTERI SEGI TIGA           BERMUDA ?

Walaupun Segi Tiga Bermuda masih misteri tetapi membuka peluang manusia untuk meneroka laut dalam .

Ahli zoologi Amerika , C.W. Beebe dan jurutera O. Barton bergandingan mencipta batisfera yang digunakan untuk meneroka laut dalam .

Pada 11 Jun 1930 , Beebe dan Barton serta 26 pembantu menyelam ke laut dalam untuk kali pertama hingga kedalaman 244 meter . Pada tahun 1934 selepas beberapa siri cubaan menyelam mereka berjaya memecah rekod dengan kedalaman 923.5 meter .

        CEREKA SEGI TIGA BERMUDA

•- Diary ( Chuck Palahniuk )
•- The Bermuda Triangle ( Charles Berlitz )
•- The Bermuda Triangle Mystery ; Solved ( Lawrence David Kusche )
•- Into The Bermuda Triangle : Pursuing The Truth Behind The World's Greatest Mystery ( Gian J. Quasar )
•- Limbo Of The Lost ( John Wallace Spencer )

Segi Tiga Bermuda X Atlantis Where stories live. Discover now