Atlantis X Bab 3

155 6 0
                                    

"Aak !! Aak !!" Bunyi burungg riuh rendah di dada langit .

Seekor burung helang terbang rendah di laut sambil memerhatikan ikan yang berenang di permukaan air laut . Sekelip mata , ikan itu disambar menggunakan paruh ikannya .

"Saya tak sangka sekarang saya terlibat dalam ekspedisi Atlantis ." Ujar James teruja sambil memandang telefon bimbitnya .

"Ha ! Ha ! Ha ! James . Akhirnya , penantian ekspedisi ini berakhir . Semua kerana penemuan awak tu ." Kata Kenny sambil menghirup sedikit air kopi di tangannya .

"Taklah ... Saya bersyukur dapat berada dalam kapal selam yang canggih ini ." James leka scroll sesuatu di henfonnya .

"Haha ! Ini salah satu kapal selam simpanan bos saya ." Kata si Anna.

"Semuanya aset persatuan.." Kenny membetulkan ayat Anna.

"Apa yang awak tengok tu ?" Kenny hairan melihat James yang leka dengan telefonnya .

"Ah ! Ini info mengenai Atlantis . Tapi , isyaratnya sudah tiada ." James cuba mencari line , namun tiada isyarat .

"Tak apa.. Awak boleh tanya Anna ," Kenny tersenyum sungging .

"Memangg subjek kegemaran saya . Saya mulakan dengan falsafah Greek , Critias dan Timaeus..
       Dia merekodkan mitos Atlantis seperti diberitahu pada Solon oleh paderi Mesir .
      Pada 1 Mac 1882 , log kapal Jesmond iaitu kapal pedagang Inggeris juga menyebut .. Pulau di Atlantik yang tiada dalam peta . Kru menjumpai banyak relik di kawasan itu .
       Pada tahun 1968 , saintis menjumpai struktur batu di perairan Bimini . Terdapat relik binaan bangunan yang berusia 12,000 tahun . Pelbagai barangan kegunaan dijumpai di dasar laut .
       Malah ada patung wanita memakai cincin . Ukiran seperti mata manusia juga ditemui...
     Kemungkinan pulau itu sendiri mempunyai banyak relik . Kuil Atlantis dikatakan dibina daripada emas dan perak . Namun sehingga kini tidak tahu di mana lokasinya . " Panjang lebar Anna menerangkan pada James .

"Kenapa Atlantis tenggelam ?" James masih tidak memahami akan konsep itu .

"Encik Kenny , kita sudah sampai di Lautan Atlantik ." Kata seorang pembantu Encik Kenny .

"Bagus ! Saya tak sabar nak pakai sut selam ." Ujar Anna teruja . Memang itu yang ditunggunya dari tadi .

"Hahaa . Tak sabar betul budak Anna tu ," Ketawa Encik Kenny melihat gelagat si Anna .

"Relaks dulu ," Encik Kenny menepuk bahu James . Dia tidak mahu James terus memikir tentang Atlantis itu .

"Saya sudah relaks dah ni ." James tersenyum nipis .

"Pergilah bersedia ."

Segi Tiga Bermuda X Atlantis Where stories live. Discover now