"Ini di kiri .."
"Bukan , kanan lah ."
"Ah ! Terbalikkan ."
"Siapp !!!" Ujar tiga manusia itu .
Demikian , siaplah peta itu dicantumkan .
"Ini bentuknya ." Teruja James melihatnya .
"Akhirnya , selepas beberapa tahun !!" Lelaki berkot hijau itu tersenyum lega .
"Sekarang perlu tafsirkan pula ." Lelaki berkot hijau itu berkerut-kerut dahinya memandang peta itu .
"Tulisan di bahagian bawah ini..." Ayat James tergantung .
"Hmm.. Ini tulisan Mesir Purba . Saya boleh terjemahkan . Dewa Ra berada di tiga puncak 51 darjah ." Kata pembantunya , si Anna .
"Itu rumah kepada Dewa Ra ?" Lelaki berkot hijau cuba mengingati semula peristiwa lalu .
"Macam yang kita jumpa dulu ." Teruja Anna menjelaskan .
"Tiga puncak 51 darjah ?" James sudah memegang dagunya hairan .
'Apa maksudnya ? Tiga gunung ? Mungkin juga tiga piramid ... Mungkin darjah itu bermaksud koordinat atau ukuran ?' James cuba mengasah mindanya dengan berfikir .
"Oh yaa !" James menepuk tangan . Terperanjat si Anna dan ketuanya itu .
"Awak ada pembaris skala ? Pinjam , saya nak guna ." Kenny menghulurkan pembaris kepada James .
James mengukur sesuatu di atas peta itu .
"Apa awak jumpa , James ?" Anna memandang hairan .
"Tengok ni .. Tiga puncak bermaksud tiga piramid ... 51 darjah merujuk pada sudut cerun piramid . Piramid sebagai rujukan .. Formula seni bina ditukar kepada koordinat .. Titik mula dari tengah peta. Dari sini akan jumpa.. Tamadun di Atlantik yang tenggelam , Atlantis !" James tekun meneliti setiap ceruk peta itu lalu menerangkannya .
YOU ARE READING
Segi Tiga Bermuda X Atlantis
AdventureDunia menjadi semakin aneh dengan fenomena tidak dapat dijelaskan , fakta terbatas dan fiksyen yang menyimpang dari norma ! Apabila tiada siapa mempercayai... apa dan bagaimana untuk membawa kita ke landasan yang betul apabila diselubungi spekulasi...