"Awak.. Bawak moto slow sikit boleh tak?!"
Ninie menjerit di atas moto yang ditunggang laju oleh Iqbal. Sudah banyak kali dia memberi nasihat sedemikian namun tidak diendahkan oleh Iqbal. Ninie merungut di dalam hati, 'Hish... Awak ney degil lah..' . Sikap keras kepala Iqbal sememangnya tidak disenangi oleh Ninie. Tiba di satu simpang, lampu isyarat merah menyala. Iqbal memberhentikan motosikalnya. Ninie menyindir.
"Laa.. Pandai pown berhenti. Selama ney kalau lampu merah, awak jalan je kan?!"
"Ouh.. Awak nak suruh saya jalan ea? Ok! No hal.."
Iqbal menekan gear dan terus memecut laju motosikalnya. Dia sempat mengelak 2 buah kereta yang hampir melanggar sisi motosikalnya. Dia tersenyum puas apabila kereta-kereta tersebut tidak melanggarnya. Aksinya berjaya. Ninie kemudian menjerit dari belakang.
"Awak!! Bawak slow sikit!! Saya takut lah awak bawak laju-laju ney!! Please! Slow sikit.."
Iqbal memperlahankan motosikalnya.
"Hah! Puas hati?!!"
Iqbal berkata tanpa menoleh kepada Ninie. Ninie terdiam. 20 minit kemudian, mereka sampai di depan rumah Ninie. Ninie membuka helmet dan memberikannya kepada Iqbal.
"Awak ney.. Lain kali saya tak nak balik dengan awak lah. Bawak moto tak ingat dunia.."
"Ala.. Awak ney bising lah. Takde lah laju mana pown saya bawak."
"Tak laju awak kata?! Tadi kita da hampir kena langar dengan kereta tu. Saya tak kira, lepas ney awak da tak payah hantar ambil saya. Saya naik teksi je."
"Ok lah.. Ok lah.. Jangan macam ney. Ok, saya janji lepas ney, saya bawak awak slow-slow."
Iqbal menepuk-nepuk bahu kanan Ninie. Ninie hanya tersenyum tawar.
"Ok lah! Saya gerak dulu. Malam ney ada race besar.."
Terdengar saja perkataan 'race' dari mulut Iqbal, Ninie terus menarik tangan Iqbal.
"Awak nak race lagi?"
Iqbal terhenti daripada menyarung helmet tatkala tangannya terasa haba dari tangan Ninie. Ninie kemudian terus berkata.
"Kalau awak sayang saya, awak janji jangan race lagi.."
TUK! TUK!TUK!
Lamunan Ninie terhenti apabila mendengar ketukan pintu dari luar. Cepat-cepat dia memandang Iqbal yang terbaring masih tidak sedarkan diri. Ninie kemudian bangun dan pergi membuka pintu.
"Eh! Dato'.. Datin.."
Ninie mempersilakan papa dan mama Iqbal masuk. Dato' Saufi dan Datin Shue baru pulang dari luar negara setelah mendapat berita kemalangan anak mereka. Datin Shue tersenyum kepada Ninie.
"Iqbal ok, Ninie?"
"Hm.. Macam tu lagi, Datin.. Tak sedar lagi.. Da 4 hari macam ney."
Ninie membalas pertanyaan Datin Shue yang telah duduk di tepi katil. Dato' Saufi pula bertanya.
"Ninie yang jaga dia 4 hari ney?"
"Ye, Dato'. Saya ambil cuti sebulan kat syarikat tu."
"Erm.. Terima kasih, ye."
Seketika kemudian, Doktor Zaher datang. Datin Shue terus bertanya kepada Doktor Zaher.
"Doktor.. Macam mana anak saya?"
"Sabar, Datin. Hmm.. Sila ikut saya ke bilik. Kita bincang di sana."
"Baiklah. Ninie ikut Auntie sekali. aaa... Abang, tolong tengok-tengok kan Iqbal, ea."
Dato' Saufi mengangguk. Datin Shue dan Ninie berjalan mengikut langkah Doktor Zaher. Hati mereka masing-masing berdebar-debar.
YOU ARE READING
Tiga Kisah, Tiga Cinta
RomanceHi guyss, Tiga Kisah, Tiga Cinta. Ada tiga cerita cinta yang berbeza latar belakang dalam satu cerita ni. So harap korang baca tu nanti, takde la konpius ye. Hoho..