"Papa!!!"
Suara kegirangan Nabil kedengaran apabila Syazwan memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Dia terus melulu ke arah Syazwan yang baru keluar dari kereta. Hada yang masih berada di muka pintu tersenyum dengan gelagat Nabil.
"Mama!! Jom lah, cepat! Papa cakap papa da lapar."
Nabil menjerit selepas Syazwan berbisik kepadanya. Hada terus mengunci pintu dan pagar rumah. Dia kemudian berdiri di hadapan Syazwan. Syazwan tersenyum dan membukakan pintu kereta. Hada membalas senyuman dan masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, hanya suara kanak-kanak Nabil yang menceriakan suasana. Kemudian, Syazwan memulakan bicara.
"Kenapa senyap je ney?"
"Syaz nak bawak Hada pergi mana?"
"Tempat special."
"Kat mana? Cakap lah betul-betul."
"Ada lah.."
Hada yang tidak berpuas hati dengan jawapan Syazwan terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Suara manja Nabil pula yang menyapanya.
"Mama! Mama! Kita nak pergi mana?"
"Mama pown tak tau, sayang.. Cuba Nabil tanya papa."
"Papa! Papa! Kita nak pergi mana?"
"Kita nak pergi makan kat restoran. Lepas tu papa bawak Nabil ngan mama jalan-jalan. Ok?"
"Orait.. Erm.. Papa! Kenapa papa da lama tak balik rumah?"
"Ouh.. Papa kerja lah, Nabil."
Syazwan berkata lantas meleretkan senyuman kepada Nabil. Hada di sebelah tersenyum di dalam hati.
YOU ARE READING
Tiga Kisah, Tiga Cinta
RomanceHi guyss, Tiga Kisah, Tiga Cinta. Ada tiga cerita cinta yang berbeza latar belakang dalam satu cerita ni. So harap korang baca tu nanti, takde la konpius ye. Hoho..