MUKA SURAT 14

163 9 0
                                    

Iqbal kini berada di satu tempat yang asing baginya. Apa yang ada di sekelilingnya hanyalah pemandangan putih tanpa penghujung. Dia memandang awan yang sedang bergerak perlahan. Dia hairan melihat keadaan itu. Tiba-tiba, awan-awan tadi berkumpul dan membentuk satu layar besar. Iqbal terkejut. Dia terus merenung awan itu. Dan kemudian, terpapar satu adegan dirinya sedang berlumba dengan rakan-rakannya yang lain. Iqbal tersenyum bangga melihat aksinya sebagai juara di layar itu. Kemudian, adegan diganti dengan wajah sayu Ninie menulis sesuatu di dalam diarinya. Dari tempat dia berdiri, Iqbal dapat membaca dengan jelas apa yang ditulis oleh Ninie. Dia membacanya sepatah demi sepatah.

"Satu hari nanti, Ninie harap sangat Iqbal berhenti race. Ninie sayangkan Iqbal. Ninie tak nak apa-apa jadi kat Iqbal."

Ninie menutup diarinya dan adegan bertukar lagi. Kali ini, aksi Iqbal berlumba dengan salah seorang musuhnya. Iqbal ketinggalan di belakang. Namun, kekalahan bukanlah sesuatu yang ada di dalam kamus hidup Iqbal. Dia terus memulas minyak naik ke 180km/j. Ketika dia hendak memintas, satu taktik kotor dilakukan oleh lawannya itu. Musuhnya menuangkan minyak hitam di atas jalanraya membuatkan jalan tersebut licin. Iqbal tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. Kepalanya terhantuk kuat dan dia terus terbaring di atas jalanraya. Tidak semena itu, sebuah kereta datang melanggar jasadnya. Iqbal yang menyaksikan kemalangan yang menimpa dirinya itu menjerit seakan merasai kesakitannya. Layar tadi menukar adegan. Iqbal masih menjadi penonton setia. Kali ini, dia melihat Ninie sekali lagi. Ninie di dalam sebuah bilik bersama dirinya yang sudah terbaring dengan balutan dan luka di serata badan. Pada ketika itu, dia berasa sayu melihat Ninie yang masih setia di sisinya. Ninie menggengam jemarinya lantas berkata.

"Iqbal.. Cepatlah baik.. Saya tak sanggup tengok awak macam ney.."

Ninie menitiskan air mata menyebabkan Iqbal berasa amat sebak menonton di layar itu. Barulah datang penyesalan dalam dirinya. Dia menyesal kerana tidak pernah sesekali mendengar nasihat Ninie dulu. Iqbal tertunduk.

"Saya mintak maaf, Ninie. Saya salah. Saya tak pernah dengar nasihat awak.. Saya mintak maaf.."

"Hmm.. Doktor.. Takde cara lain ke?"

Tiba-tiba suara Ninie kedengaran lagi. Iqbal mengangkat mukanya memandang layar tadi. Adegannya sudah bertukar lagi. Kini, Ninie bersama Doktor Zaher. Iqbal menonton dengan teliti.

"Sepatutnya dalam kes begini, jantung pesakit akan digantikan dengan jantung yang lain. Tapi, masalah besarnya, kita takde jantung yang sesuai."

"Perlu derma jantung?"

"Ya! Kita perlukan penderma jantung yang sesuai untuk menggantikan jantung pesakit yang semakin teruk."

"Doktor...... Kalau macam tu, saya nak dermakan jantung saya.."

"Hmm.. Bertenang, Cik Ninie.. Selalunya kami akan membuat pemindahan jantung daripada orang yang da mati. Kalau Cik Ninie nak dermakan jantung cik, risikonya amat tinggi."

"Saya tanggung risiko tu, doktor."

"Cik.. Ney bukan perkara main-main. Ini soal hidup dan mati. Kalau cik dermakan jantung cik, risikonya cik akan meninggalkan dunia ini."

Ninie tertunduk. Iqbal yang melihat adegan tersebut tersentak dengan tindakan Ninie.

"Ninie!! Awak tak payah korbankan nyawa awak untuk saya."

Di layar tersebut, Ninie yang lama berdiam di hadapan doktor itu mengangkat mukanya. Dia mengesat air mata dengan jarinya. Dengan tenang, dia berkata.

"Doktor.. Saya.. Saya sedia tanggung risiko tu. Saya sanggup, doktor."

Iqbal yang menonton layar itu terkejut lantas menjerit.

"NINIE!!!"

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now