MUKA SURAT 11

174 9 0
                                    

"Iqbal.. Awak nak bawak saya pergi mana ney?"

"Ala... Awak ikut je.."

"Kalau ye pown, tak payah tutup mata saya. Da lah kena naik tangga."

"Shhh.. Awak diam je lah."

Ninie hanya berjalan mendaki tangga sambil dipimpin Iqbal. Mereka kemudian sampai di satu set meja makan yang sudah tersedia kek chocolate moist, secret recipe. Iqbal berkata kepada Ninie.

"Ok, da sampai. Awak duduk."

"Awak.. Kat mana ney? Saya rasa berangin je.."

Iqbal terus membuka kain yang diikat menutupi mata Ninie sambil menyanyi.

"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to, Ninie.. Happy birthday to you.."

Ninie teruja mendengar Iqbal menyanyikan lagu itu. Bertambah teruja apabila melihat teddy bear besar memakai tuxedo sedang memeluk sejambak bunga ros merah di depannya. Dia kemudian berpaling kepada Iqbal di belakangnya.

"Awak.. So sweet.. Thank you.."

Iqbal tersenyum dan duduk di sebelah Ninie. Dia menarik jemari Ninie, mengucupnya dan berkata.

"Happy birthday, honey.. I love you.."

"Love you too, sayang.."

Ninie tersenyum lantas menyambut pisau potong kek yang dihulurkan Iqbal. dia memotong satu potongan kek dan menyuapnya kepada Iqbal.

"Hmm.. Birthday girl la yang patut makan dulu. Nah, saya suap."

Iqbal mengambil kek tadi menyuapnya kepada Ninie pula.Mereka bergembira bersama menyambut ulang tahun Ninie di atas bumbung bangunan syarikat papa Iqbal.

"Uhuk! Uhuk! Uhukk!!"

Ninie tersentak tatkala Iqbal yang dari tadi diam terlantar mula tersedak-sedak. Nafasnya tersekat-sekat dan ECG menunjukkan jantungnya kini tidak stabil. Ninie cemas. Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan. Kebetulan, Doktor Zaher sedang lalu di situ. 

"Doktor! Doktor! Iqbal! Tolong, doktor!"

Tanpa banyak soal, Doktor Zaher bergegas masuk ke bilik Iqbal. Tidak lama kemudian, dua orang jururawat pula terkedek-kedek berlari sambil menolak mesin tindak balas jantung. Doktor Zaher terus mengambil alat yang berbentuk seperti iron itu dan melekapkannya ke dada Iqbal. Badan Iqbal terangkat menunjukkan reaksi. Doktor Zaher melakukan tindakan yang sama berulang kali sehingga ECG menunjukkan jantungnya kembali seperti biasa. Ninie berdiri di sudut bilik menahan sebak melihat Iqbal. Di dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Iqbal pulih segera.

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now