MUKA SURAT 15

162 9 0
                                    

Hada sedang duduk menatap laptop menyiapkan proposal untuk syarikatnya. Sesekali matanya menjeling ke arah Nabil yang sedang rancak berbual dengan Syazwan di talian. Melihat keadaan itu, bibirnya tersenyum dan mula berfikir, 'Aku masih cintakan Syaz. Aku tau aku perlukan dia. Nabil pown perlukan papanya. Tapi kenapa semakin hari semakin susah aku nak terima Syaz semula?'

"Mama! Mama!"

Suara Nabil membuatkan Hada terhenti berfikir perkara tadi. Hada memandang Nabil yang telah menamatkan panggilan dengan Syazwan. 

"Ada apa, sayang?"

"Papa cakap kirim salam kat mama. Papa kata nanti cuti sekolah papa bawak kita pergi holiday.. Yeay! Yeay! Holiday dengan papa!"

Hada hanya tersenyum melihat Nabil terlompat-lompat kegembiraan. Dari situ dia mulai sedar bahawa Nabil benar-benar memerlukan Syazwan sebagai papa yang selalu di sampingnya. 'Ya Allah.. Bukakanlah hati aku untuk menerima Syazwan semula jika dia adalah orang yang benar-benar ditakdirkan untuk aku.' Hada berdoa di dalam hati.

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now