MUKA SURAT 16

195 10 0
                                    

"Weyh! Nak pergi mana ney? Kan kita nak pergi Starbuck. Jalan pergi Starbuck kat sana, kan?"

"Eh! Aku lupa nak bagitau ko. Malam ney tak jadik lah pergi Starbuck. Ney, member aku ade perform kat kelab. Diorang ajak aku pergi sana tengok diorang. So, kita lepak kat sana je lah. Okey?"

"Erm.. Tak cakap awal-awal pown."

"Sorry.. Sorry.. Aku busy lately. Lupa nak bagitau kau."

Zira hanya diam. Baginya, tidak kisah di mana saja tempat untuk melepak asalkan boleh lepak bersama dengan kawan baiknya itu. Pada waktu sekarang, memang susah untuk keluar bersama dengan Shah memandangkan Shah merupakan budak tahun akhir di universiti. Sememangnya banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tidak lama kemudian, kereta Shah berhenti di depan sebuah kelab. Shah dan Zira jalan beriringan masuk ke dalam kelab tersebut. Shah mengajak Zira duduk di meja depan pentas dengan alasan dia dapat melihat rakannya membuat persembahan dengan lebih jelas. Zira menuruti. mereka duduk dan memesan minuman apabila seorang pelayan lelaki datang. 

"Weyh! Kau okey tak aku bawak pergi sini? Kalau kau tak suka, kita boleh pergi Starbuck."

"Okey lah. Tak kisah la kat mana pown.. Asalkan dapat lepak dengan kau. Sekarang ney da susah nak ajak ko keluar. Busy je."

"Erm.. Takpe.. Takpe.. Walaupun da susah nak jumpa, sayang aku tetap kat kau lah.. haha.."

"Alah.. Banyak la ko punya sayang. Geli lah aku dengar.."

"Ouh.. Geli konon.. Dengan Niezam tu ko boleh pulak sayang-sayang.."

"Hello! Cakap baik sikit. Nanti free-free je kau dapat tapak kasut aku kat muka kau. Tak pernah ea nak cintan-cintan, sayang-sayang dengan mamat tu. Kenal pown tak.." 

Shah tersenyum kemudian memandang pentas yang sudah dipenuhi sekumpulan lelaki. Shah kemudian berkata kepada Zira.

"Hah! Tu lah band member aku. Gaban, gitaris. Rafiz main bass. Lak, drummer and Naz vokalis. nama band ney Entitled."

"Naz?! Erm.. Hensem.."

"Ehem.. Ehem.."

"Lah.. Kenapa? Jeles sudah?"

"Harus lah.. Kau tu awek aku.."

"Ah! Berangan lah ko!"

Kumpulan Entitled terus memperkenalkan diri dan mendendangkan lagu mereka. Shah dan Zira mendengar lagu yang pertama kali dimainkan itu. Habis saja lagu pertama, semua orang bertepuk tangan dan Naz selaku vokalis kumpulan itu berkata sesuatu.

"Thank you so much. So, tadi tu lagu kitorang yang baru. Erm.. kitorang kat sini happy sangat coz dapat buat show kat kelab ney. Dan kitorang bertambah happy sebab penyanyi sebenar Entitled pown ada kat sini support kitorang. Jadi, sebagai tanda penghargaan, kami nak jemput penyanyi sebenar kami untuk menyanyi. Silakan, Shah....!"

Spotlight disuluh ke arah Shah.

"Weyh! Weyh! Aku da pencen lah. Tak nak lah."

"Ala.. Come on.. Satu lagu je.."

Shah tetap menggeleng. Namun, dia tetap akur apabila didesak oleh Naz. Shah melangkah ke atas pentas. Naz memberikan gitar akustik kepada Shah. Semua orang di kelab itu bersorak nama Shah dan bertepuk tangan. Shah tersenyum dan mencapai mikrofon lantas berkata.

"Sebenarnya, saya nak terangkan dulu lah. Saya penyanyi kumpulan ney masa dulu. Sekarang saya da pencen. Saya da bagi takhta saya kat Naz. So, saya bukan penyanyi sebenar. Saya penyanyi dulu. hahaha.. Okey lah. Erm.. Saya da lama tak menyanyi macam ney.. So, kalau nak menyanyi ney, saya perlukan seseorang temankan saya. Erm.. Saya nak ajak Zira naik pentas.. Silakan Zira.."

Spotlight dihalakan ke arah Zira pula. Zira terkejut. Seisi kelab sedang memandangnya. Shah pula tersenyum di atas pentas. Budak-budak Entitled pergi ke arah Zira dan menarik Zira ke atas pentas. Dia berdiri kaku di sebelah Shah. Shah menghulurkan mikrofon kepada Zira. Zira menyambut dan memandang Shah sambil berkerut dahi bermaksud 'Apa nak buat ney?' Shah mengenyitkan mata lantas memetik gitar. Satu melodi tercipta. Shah memainkan lagu yang amat sinonim dengan telinga pendengar-pendengar muzik. Shah memulakan nyanyian.

"Do you hear me, I’m talking to you. Across the water across the deep blue ocean under the open sky, oh my, baby I’m trying."

Zira memandang Shah dan entah macam mana, perasaan malunya hilang. Dia terus menyambung nyanyian itu. Muzik pula dibantu kemas oleh kumpulan Entitled tadi.

"Boy I hear you in my dreams.. I feel your whisper across the sea.. I keep you with me in my heart. You make it easier when life gets hard.."

Zira dan Shah berpandangan dan menyanyi bersama.

"I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... They don’t know how long it takes. Waiting for a love like this. Every time we say goodbye. I wish we had one more kiss. I’ll wait for you I promise you, I will... I’m lucky I’m in love with my best friend. Lucky to have been where I have been. Lucky to be coming home again. Lucky we’re in love every way. Lucky to have stayed where we have stayed. Lucky to be coming home someday.."

Dalam keadaan mereka masih berpandangan, Zira menghalakan mikrofonnya ke mulut Shah. Shah tersenyum dan menyanyikan lirik seterusnya.

"And so I’m sailing through the sea. To an island where we’ll meet. You’ll hear the music fill the air. I’ll put a flower in your hair.."

Tangan Shah membelai rambut Zira. Kemudian, Shah pula menghalakan mikrofonnya ke mulut Zira. Zira tersenyum dan menyanyi sambil memegang tangan Shah tadi dan mengalihkannya.

"Though the breezes through trees. Move so pretty you’re all I see. As the world keeps spinning round. You hold me right here right now.."

Mereka saling berpegangan. Serentak mereka memandang penonton, dan menyanyikan rangkap akhir bersama-sama.

"I’m lucky I’m in love with my best friend.. Lucky to have been where I have been.. Lucky to be coming home again.. I’m lucky we’re in love every way.. Lucky to have stayed where we have stayed.. Lucky to be coming home someday... Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh... Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh..."

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now