MUKA SURAT 24

173 6 0
                                    

"Aku nikah akan dikau dengan Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM$$$, tunai.."

"Aku terima nikahnya, Nur Syuhada Binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya RM$$$, tunai..."

"Sah?"

"Sah.."

"Alhamdulillah.. Bismillahirahmannirahim.."

Jurunikah tersebut mengangkat tangan membaca doa diikuti oleh orang yang ada di ruang tamu yang menjadi tempat pernikahan Syazwan dan Hada. Senyuman terukir di bibir Syazwan. Dengan sekali lafaz, Hada sudah sah menjadi miliknya semula. Doa selesai dibaca.

"Amin ya rabbalamin.."

Majlis berjalan dengan lancar di rumah ibu Hada itu. Selesai majlis akad nikah, tetamu yang hadir mula beredar mahu pulang ke rumah. Mereka bersalaman dengan Syazwan dan Hada. Setelah semua pulang, tinggal Hada dan Syazwan di ruang tamu itu.

"Hm.. Penatnya.."

Syazwan mengeluh lantas bersandar di sofa.

"Syaz penat? Hada buatkan air nak? Syaz nak air apa?"

"Hada.. Sini kejap. Tak payah buat air tu."

Hada tersenyum dan berjalan menghampiri Syazwan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syazwan.

"Kata penat, rest lah dulu."

"Syaz nak rest dengan Hada lah ney. Hada pown mesti penat, kan?"

"Hada penat tapi, Hada tak nak rest dengan Syaz lah.. Haha.."

Syazwan turut tersenyum dengan gurauan Hada.

"Nabil mana?"

"Hm.. Tadi dia dengan mama. Kat belakang kowt."

"Ouh.. Hada.."

Syaz memeluk bahu kanan Hada membawa Hada ke dakapannya.

"Hada.. Syaz sayang family kita. Syaz mintak maaf atas kesilapan Syaz yang dulu. Syaz menyesal.."

Hada memandang Syaz kemudian tersenyum.

"Da lah, Syaz. yang da lepas tu, kita lupakan. Kita buka buku baru sekarang."

Hada tersenyum lantas bersandar di dada Syazwan. 

"Terima kasih, Hada. Hada bagi peluang kedua untuk Syaz."

"Semua orang patut terima peluang kedua masing-masing."

"Hm.. Syaz janji, Syaz tak kan sia-sia kan hidup Hada. Syaz akan jaga family kita."

Tiba-tiba, Nabil datang ke arah Hada dan Syazwan.

"Mama! Papa!"

Nabil terus duduk di pangkuan papanya.

"Papa.. Lepas ney papa tinggal dengan Nabil, kan?"

"Ye, sayang.."

"Papa jangan pergi kerja lama-lama tau. Nanti Nabil rindu kat papa."

"Iye.. Papa pown rindu kat Nabil. Malam ney, papa tidur dengan Nabil ea."

"Yeay !"

Nabil terus melompat dari pangkuan Syazwan. Dia berdiri di depan Hada dan Syazwan yang tersenyum memandangnya.

"Ok.. Papa janji ea. Hm.. Papa dengan mama nampak penat sangat. Nenek pesan, kalau penat, pergi masuk bilik, tidur."

Hada dan Syazwan berpandangan.

"Ok lah. Nabil nak pergi dekat nenek. Papa dengan mama pergi tidur kat bilik tau."

Nabil terus berlari meninggalkan Hada dan Syazwan.

"Hm.. Hada letih?"

"Hm.. Penat jugak."

"Jomlah tidur dulu."

Syazwan terus bangun lantas mengangkat Hada. Dia berjalan membawa Hada ke bilik.

"Berat jugak Hada ney.. Nampak je kecik."

"Sape suruh Syaz angkat Hada?! Padan muka.. Haha.."

"Erm.. Hada.. Nabil tu da nak masuk enam tahun, kan?"

"Ha ah.. Nape?"

"Erm.. Syaz rasa, Nabil tu da patut ade adik tau.. Err.."

"Eh! Syaz.. Jangan nak mengada.. Hada tengah penat ney.."

"ea? Ouh... Hm.."

Hada tersenyum memandang Syazwan. Dia faham maksud Syazwan itu. Hada kemudian mengucup pipi Syazwan dan berkata.

"Sayang.. Not now.. Nanti, okey? Hada penat sangat.."

Hada berkata dengan manja sebagai memujuk Syazwan. Syazwan tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik, menutup pintu dan berjalan ke arah katil. Dia membaringkan Hada dan kemudian dia turut baring di sebelah Hada.

"Semalam Syaz tak tidur pown.. Nervous nak akad nikah ney."

"Hm.. Hada tau.. Da lah. Semua da lepas. Tidurlah."

Hada merangkul pinggang Syazwan. Syazwan tersenyum. Seketika kemudian, mereka terlena.

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now