MUKA SURAT 21

154 9 0
                                    

Hada duduk seorang diri di kafe. Dia menyelak satu fail projek baru syarikat. Sepatutnya, pada waktu makan tengah hari begini, dia tidak perlu membawa urusan kerja bersama. Tetapi, tidak hairanlah perkara ini berlaku kerana Hada merupakan seorang yang 'workaholic'. Dengan teliti, dia membaca tender projek baru itu sambil sesekali dia menyedut jus epal di depannya. Keadaan sekeliling langsung tidak diendahkan sehinggalah ada satu suara menyapanya.

"Hai.."

"Eh! Syaz.. Hai.."

"Lunch time, kenapa kerja jugak ney.."

"Boring lah kalau tak buat apa-apa."

"Yah.. I know you. So, boleh Syaz duduk lunch kat sini?"

"Syaz memang da duduk pown."

Syazwan tersenyum lantas memanggil seorang pelayan kafe. Dia memesan minuman dan makanan. Selepas pelayan itu beredar, dia memandang Hada dan berkata.

"Hada tak nak makan?"

"Tak nak lah. Hada kenyang lagi. Tadi breakfast nasi goreng. Sampai sekarang kenyang."

"Ouh.. Syaz tak breakfast pown. Yelah.. Takde orang nak buatkan breakfast."

Hada tersenyum mendengar kata-kata Syazwan itu, kata-kata yang penuh bermakna.

"Hm.. Kenapa tak nak cari orang yang boleh masak kan untuk Syaz?"

"Cari? Buat apa nak cari? Memang da ada depan mata."

Hada tersenyum lagi. Malas dia hendak memanjangkan topik tersebut.

"Nabil sekolah?"

Syazwan bertanya selepas pelayan kafe tadi menghantar makanan dan minumannya.

"Hm.. Malam tadi dia macam tak sihat tau. Badan dia macam panas-panas sikit. Tapi pagi tadi okey pulak."

"Ouh.. Penat camping tu. Yela. Masa kat dalam hutan tu, ligat betul dia. Tak penat-penat."

"Agaknya lah."

"So, macam mana dengan cadangan Syaz hari tu?"

"Cadangan? Cadangan apa? Bila?"

"Masa kita kat dalam hutan tu."

Hada berkerut dahi, kurang memahami maksud sebenar Syazwan. Syazwan berkata.

"Masa dalam hutan tu, kan Syaz cadangkan kalau kita sama-sama hidup bawah satu bumbung macam dulu. Nabil ada mama, ada papa.. Syaz ada Hada."

Hada hanya berdiam. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang patut dia jawab. Di mindanya sedang berfikir ayat yang betul.

"Macam ney lah. Syaz memang betul-betul sayangkan Hada. Syaz memang menyesal dengan apa yang Syaz buat. Tu lah kesilapan terbesar yang Syaz buat dalam hidup Syaz. Syaz harap sangat kita boleh bersatu balik. Kita, suami isteri macam dulu."

Mata Syazwan tepat memandang Hada. Hada yang tadinya hanya berdiam diri, kini dia tersenyum. Syazwan bertanya.

"Senyum? Bak kata orang tua-tua, senyum tandanya setuju."

"Syaz, kita sama-sama buat silap."

"Maksud Hada?"

"Hada memang tak boleh lupakan Syaz. Hada da cuba.. Lupakan apa yang berlaku antara kita, lupakan Syaz, tapi semua tak menjadi bila Hada tengok Nabil. At the same time, Hada da keraskan hati Hada untuk terima Syaz. Itu silap Hada. Sebab sebenarnya hati Hada terbuka untuk Syaz."

Syazwan tersenyum memandang Hada. 

"Kita ney nampak je macam da dewasa, tapi perangai macam budak-budak kan?"

Hada ketawa kecil.

"Haha.. Syaz lah macam budak-budak."

"Hm.. So, macam mana?"

"Macam mana?"

"Kita bersatu balik, okey?"

Hada yang mendengar kata-kata Syazwan terus bangun dan berkata.

"Bagi Hada perasaan cinta Hada untuk Syaz, tak pernah berubah. Kalau Syaz pown rasa benda yang sama kat Hada, kita ikut cara yang betul. Syaz datang jumpa parent Hada."

Hada terus berlalu pergi. Syazwan tersenyum gembira mendengar jawapan Hada.

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now