MUKA SURAT 8

182 9 0
                                    

"Keadaan pesakit kurang stabil. Selepas hentakan kuat yang dialami semasa kemalangan, tulang rusuknya telah tercucuk ke jantung pesakit. Kami da buat pembedahan untuk mengeluarkan tulang tersebut dan selepas pembedahan, keadaan jantung pesakit.... Sangat lemah."

Tergamam Ninie dan Datin Shue selepas mendengar penjelasan dari Doktor Zaher.

"Pesakit tak akan sedarkan diri selagi jantungnya tak berfungsi seperti biasa. Buat masa sekarang ney, jantungnya sangat lemah. Dan saya harap anda semua bersabar. Harapan pesakit untuk pulih hanya lah 50%.."

Datin Shue terus meraung mendengar ayat terakhir itu lantas memeluk Ninie. Air mata Datin Shue membasahi bahu Ninie. 

"Sabar, Datin. Sabar.."

Ninie cuba menenangkan Datin Shue yang menangis, meraung. 

"Sabar, Datin.. Kami akan cuba menyelamatkan anak Datin. Sekarang ney apa yang penting, kita berdoa, berserah kepada Allah."

Kata-kata semangat keluar dari mulut Doktor Zaher. Ninie dan Datin Shue kemudian berjalan keluar selepas mengucapkan terima kasih kepada Doktor Zaher. Datin Shue terus berjalan ke bilik yang menempatkan Iqbal sementara Ninie masih bersama Doktor Zaher.

"Erm.. Doktor, takde cara lain ke?"

"Selalunya dalam kes begini, jantung pesakit akan digantikan dengan jantung yang lain. Tapi, masalah besarnya , buat masa ni kita tiada penderma yang sesuai."

"Perlu derma jantung?"

"Ya! Kita perlukan penderma jantung yang sesuai untuk menggantikan jantung pesakit yang semakin teruk."

"Doktor............"

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now