MUKA SURAT 17

162 9 0
                                    

TIT! TIT! TIT! TIT!

Mesin ECG berbunyi kuat dan pantas. Ninie memandang Iqbal di atas katil yang sedang tersedak-sedak bernafas. Ninie semakin cemas lantas menekan butang 'EMERGENCY' untuk memanggil doktor. Sejurus kemudian, Doktor Zaher datang bersama tiga orang jururawat.

"Doktor! Doktor! Iqbal.. Tolong, doktor..."

"Bertenang. awak sila tunggu di luar."

Ninie dibawa keluar oleh seorang jururawat. Di situ, Ninie ditenangkan oleh jururawat itu pula.

"Cik... Bertenang.. Doktor akan mencuba yang terbaik."

Ketika itu, air mata Ninie bercurahan. Difikirannya kini hanya memikirkan perkara negatif yang akan berlaku kepada Iqbal. 

"Iqbal.."

"Hm..."

"Kalau parents saya ada lagi sekarang ney, mesti diorang gembira sangat."

"Eh! Kenapa lak?"

"Sebab diorang da tau sape orang yang boleh buat saya bahagia."

"Ouh.. Hm.. Sayang parents awak tak dapat tengok kita bertunang nanti kan. Takpe lah."

"Iqbal.."

"Hm.."

"Kalau saya pergi dulu ikut parents saya, awak....."

"Ish! Apa awak cakap ney.. Janganlah merepek.. Jangan cakap macam tu."

"Hm.. Sorry.. Saya cuma rasa kalau..."

"Ok! Ok! Cukup. Walau apa pown jadi, saya tetap sayang awak, ok.. Saya tak kan tinggalkan awak. Dan awak tak kan tinggalkan saya."

"Cik Ninie... Cik Ninie..."

Ninie tersedar dari lamunan memorinya. Dia terus memandang Doktor Zaher yang memanggilnya tadi. 

"Doktor! Iqbal macam mana, doktor?"

"Cik Ninie...... Iqbal....."

Belum habis Doktor Zaher berkata, Ninie terus masuk ke dalam bilik dan menyerbu ke arah Iqbal.

"Iqbal.... Jangan tinggalkan saya... Awak... Saya da takde sape-sape lagi kat sini. Awak jangan tinggalkan saya.."

"Sa.. Saya tak.. Tak kan ting.. galkan awak...."

Suara Iqbal yang lemah dan tersekat-sekat tadi membuatkan Ninie yang tertunduk menggenggam tangan Iqbal berhenti menangis. Ninie mengangkat muka, memandang wajah Iqbal. Iqbal tersenyum.

"Iqbal??!!!"

Ninie terus memeluk Iqbal. Air mata kesyukuran bercucuran dari matanya.

"Iqbal... Awak da sedar.. Thank God..."

"Cik Ninie.. Pesakit baru sedar. So biarlah dia berehat dulu. Cik Ninie ikut saya ke bilik.. Saya nak bincang sikit."

Doktor Zaher berkata dan terus melangkah. Ninie menoleh semula kepada Iqbal.

"Saya pergi jumpa doktor kejap, ya. Awak rehat lah dulu."

Ninie mengusap lembut kepala Iqbal. Iqbal tersenyum dan tatkala Ninie ingin melangkah pergi, Iqbal menarik tangan Ninie. Iqbal tersenyum dengan wajah yang tidak bermaya. Ninie membalas senyuman itu dan mengangguk lantas keluar dari bilik itu.

Tiga Kisah, Tiga CintaWhere stories live. Discover now