5

121 13 0
                                    

Ketika kereta yuna dipersimpangan taman seorang lelaki berpakaian serba hitam keluar dari persembunyiannya lalu membuka mask yang digunakannya. Terlihat beberapa kesan parut diwajahnya namun tidak dapat menghilangkan aura ketampanannya. Dia menatap kereta yuna dengan tatapan sedih. Ia menyeluk poket jaketnya, lalu mengeluarkan cincin silver yang mempunyai tiga berlian putih. Cincin yang sangat bermakna baginya digenggam erat hingga buku lima tangannya memutih. Ia menyesal. Menyesal kerana sudah terlewat dan membiarkan gadisnya musnah dengan kehidupannya kini.

" mianhe..oppa dah terlambat yuju-yah"

---

Ketika sampai diruang parkir sehun ternampak kereta yuna yang baru tiba di parkir. Dia mengambil keputusan untuk memerhatikan isterinya ditepi kereta dengan gaya playboynya. Yuna yang hendak mengunci keretanya menoleh ketepi dan mendapati sehun sedang bersandar di keretanya dan memerhatikan dirinya.

Yuna melihat jam ditangannya dan sekarang sudah jam 3 pagi. Dan mereka berdua telah pulang dari tempat yang tidak diketahui oleh masing-masing. Sehun masih memerhatikan dengan tatapan yang tidak boleh yuna tafsir. Ia membuatkan yuna rasa risih.

" wae? Awak tunggu apa?" Tanya yuna.

"Tak, saja tengok kau. Jom" lalu sehun berjalan kearahnya dan menarik tangan yuna apabila melihat yuna yang masih diam dan menuju ke apartment mereka di tingkat 11. Yuna masih diam, dia melihat tangannya yang ditarik oleh sehun dan mendapati hatinya tidak berdengup laju. Yuna sedar bahawa dia masih tidak boleh melupakan minhyun walaupun sudah 6 tahun berlalu.

'Kenapa susah sangat nak lupakan oppa.. haaa... im done with this.. yuju akan cuba walaupun ini akan menyakitkan diri yuju sendiri. Mianhe oppa'

Mereka sudah tiba di depan pintu apartment mereka tapi yuna masih mengelamun. " yuna-yah? Mrs.oh?" Panggil sehun.

"SAYANG?!" Suara sehun naik sedikit apabila melihat yuna tidak bergerak dari tadi seperti patung. Yuna tersentak "what?". "Masuk please.. nak tunggu apa dekat luar tu" kata sehun yang sudah masuk kedalam rumah mereka.

Yuna memandang muka sehun dengan malas "hmm" lalu masuk kedalam.

---

Seminggu kemudian, dipagi hujung minggu yang mendung mengalakkan manusia untuk tidur lebih lama. Yuna tersedar dari tidurnya lalu mendudukan dirinya dan mendapati sehun sedang berdiri di kaki katilnya. Yuna melihat sehun sudah kemas lalu melihat jam di sampingnya '5 pagi?'.

"Omma appa saya nak datang pukul 7 kejap lagi" kata sehun sambil berjalan menuju keluar bilik yuna. Saya? Mereka telah tukar panggilan agar tidak tersasul didepan keluarga mereka nanti. Yuna terfikir berapa lama sehun disitu tanpa membangunkannya?

Dan ya... mereka tidur berasingan seperti yang dipersetujui oleh kedua pihak. Selain itu, masing-masing akan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti biasa sebagai suami isteri dan akan tidur bersama jika salah satu keluarga menginap dirumah mereka. Dan yang paling penting mereka boleh melakukan apa-apa tanpa meminta izin. Termasuk tidur bersama orang lain... itu yang diminta oleh sehun dan hal gila itu yuna hanya turutkan semuanya walaupun yuna tidak rela jika dia mendapat 'barang' yang sudah digunakan. Bukan kerana cinta tetapi dia mementingkan kesihatannya dan tidak mahu menyusahkan diri. Dia juga terpaksa terima panggilan yang harus yuna gunakan untuk sehun dan dirinya. Yuna akan memanggil sehun 'oppa' kerana dipaksa sehun dan yuna terima kenyataan jika sehun tua 2 tahun darinya. Manakala sehun akan memanggil yuna 'sayang','baby' dan banyak lagi. Hal ini menyebabkan yuna tidak puas hati. Hati terbakar dari awal perbincangan mereka dan berlakulah pergelutan diantara mereka....  yuna menerkam dan menarik rambut sehun dengan kejam hingga terjatuh dari kerusi ketika malam itu hinggakan beberapa helai rambut sehun tercabut. Jika bukan oppa yuna datang melawat mereka malam itu, sehun pasti sudah kehilangan rambutnya yang telah mencair ramai wanita tidak termasuk yuna yang mahu mencabut semua rambutnya itu.

Ketika oppa yuna, kai masuk kedalam rumah mereka... dia hampir terkena serangan jantung ketika melihat yuna sedang berada diatas sehun yang terbaring diatas lantai sambil menjambak rambut lelaki tampan itu tanpa belas kasihan.

" yuna-yah!!! Berhenti!! Appoo! Hyung tolong!!".

Melihat sehun yang terjerit-jerit itu menyebabkan kai tersedar dari lamunannya lalu menolong adik iparnya itu.

"Yuna-yah berhenti!!!!" Jerit kai dan melempar barang yang dipegangnya sebarangan lalu memeluk adiknya dari belakang dan menarik yuna dari badan sehun ke sofa. Mulanya yuna memberontak dan tersedar jika yang menariknya adalah oppanya " sabar yuna sayang.. sabar" kata kai yang masih memeluk adiknya sambil mengusap kepala adik kesayangannya. Yuna masih memejamkan mata dan mengaturkan nafas lalu membalas pelukan kai. Kai tahu sehun pasti melakukan kesalahan hinggakan yuna berubah menjadi buas seperti ini. Sehun pula sudah masuk kebiliknya untuk melihat keadaan rambutnya. Malam itu sehun sudah mengetahui jika yuna amat menakutkan. Tidak hairanlah jika pekerjanya amat takut dengan yuna.

---

Yuna sudah membersihkan diri dan bersiap sedia untuk menyediakan sarapan untuk sehun dan dirinya. Yuna mengenakan seluar palazo hitam dan blouse royal blue. Bajunya agak terdedah dibahagian bahu jadi guna melepaskan rambutnya agar lebih tertutup. Jika tidak yuna pasti mendapat gangguan seksual dari suami gatalnya itu. Tiba di dapur dan mendapati sehun mengalami kesulitan untuk membancuh coffee didalam cawan. Yuna mendekati sehun dan mengambil cawan itu lalu mula membuat air. Tidak sampai 3 minit coffee buatan yuna sudah siap.

"Thanks sayang"

Sehun menatap yuna sambil tersenyum tipis dan mengambil coffee itu pergi ke ruang tamu untuk menonton berita pagi. Sehun bukan lelaki yang hanya pandai berhibur namun ia lebih suka kepada hal berunsur pendidikan dan hal semasa.

Ketika yuna hampir selesai memasak, bel pintu berbunyi  dan mendapati ibubapa sehun sudah sampai. Yuna menjemput mereka masuk dan mendapati seorang wanita muda yang seperti pernah ia jumpa. Ya wanita itu adalah wanita yang sama yuna pernah simbah dengan air cucian beberapa bulan lalu dan lihatlah cara pemakaiannya sekarang masih menjolok mata sekaligus menyakitkan mata yuna. Dengan belahan baju yang rendah hinggakan boleh menampakan belahan dadanya dengan jelas. ' what you doing here bitch' batin yuna. Dia sangat membenci perempuan seperti wanita itu yang layak dipanggil murahan. Sehun pula terkaku kerana tidak menyangka kekasih gelapnya boleh bersama ibubapanya sekarang dan mereka akan tidur disini malam ini. Yein tersenyum manja memandang sehun. Sehun memegang bahu yuna dan mengusapnya perlahan supaya yuna lebih tenang. Yein yang melihat itu membuat muka jengkelnya namun dia tersenyum kembali apabila teringat jika dia boleh menghabiskan malamnya dia kekasihnya. Sedangkan sehun sudah berpeluh kerana risau yuna akan mengamuk  Dia memandang isterinya, wajah yuna sudah menegang dan pandangan mereka bertemu. Tatapan itu seperti ingin membunuh sehun sebentar lagi.

'Hell'

Learn To Love AgainWhere stories live. Discover now