7

106 15 0
                                    


Tangan bergetar itu perlahan-lahan menyentuh wajah itu. Parut-parut halus menghiasi wajah itu. Sungguh sayu dia tidak mampu berkata-kata apa dan lidahnya kelu. Cinta hatinya kini kembali dan yuna tidak berhenti menitiskan air mata. " oppa... minhyun oppa... hiks... maafkan yuju oppa.. mianhe oppa cheonmal mianhe.. hiks hiks.." melihat kekasihnya tidak berhenti menangis akhirnya minhyun memeluk yuna. Gadis yang amat dirinduinya kini didalam dakapannya sekarang. " its okey yuju" sambil mengusap lembut rambut yuna. Suatu perkara diajar oleh kai yang masih berguna ialah cara menenangkan yuna ialah dengan memeluknya dan mengusap rambutnya. Dia berterima kasih kepada kai kerana ajaran yang masih boleh dipakai.

Setelah yuna sedikit tenang minhyun melepaskan pelukannya dan menatap wajah cantik itu. Minhyun ketawa kerana yuna kembali memeluknya untuk menyembunyikan wajah sembabnya. Dia bahagia dan berharap masa boleh dihentikan disaat ini supaya dia boleh sentiasa bahagia disisi yuna.

"Oppa perlu pergi sekarang"

Mendengar hal itu yuna menjadi takut kerana takut hal yang ia mimpikan terjadi. " tak... maksud yuju... haaaaa..... hati-hati.. mmm boleh yuna dapatkan nombor telefon oppa?" Tanya yuna dengan sedikit menunduk. Minhyun tahu yuna tidak suka meminta sesuatu dari orang lain kerana baginya ia adalah suatu hal yang memalukan dan terasa maruahnya rendah. Itulah pemikiran IQ tinggi yuna yang terlebih berfungsi."here" minhyun menghulurkan kadnya kepada yuna dan mengucup dahinya lembut sebelum meninggalkan kekasihnya itu.

"Saranghae nan chamsarang"

Yuna tersenyum lembut menatap wajah itu. Setelah sekian hidupnya kini mulai diwarnai kembali.Itulah ayat keramat yang selalu diucapkan oleh mereka berdua ketika mahu berpisah. Ayat yang amat dirindui yuna. Dia berharap ini bukan kali yang terakhir baginya.

"Nado"

--- 

Yuna sudah tiba di apartmentnya dan mendapat mesej dari ayah mertuanya jika mereka harus ke paris untuk menguruskan masalah syarikat disana. Melihat lampu diruang tamu yang sudah terpadam, yuna merasakan sehun sudah tidur. Yuna berjalan perlahan menyusuri kedapur agar tidak mengganggu tidur sehun kerana bilik sehun berdekatan dengan dapur. Ketika membasahkan tekaknya dengan air sejuk yang baru saja ia ambil yuna terdengar bunyi yang aneh lalu gelas diletakkan didalam sinki. Kemudian mencari punca bunyi aneh itu. Bunyi itu semakin kuat apabila yuna menghampiri bilik sehun dan kini yuna tepat dihadapan pintu bilik yuna. Yuna pasti bunyi itu berasal dari bilik sehun lalu yuna mendekatkan telinganya kepintu dan....

" ahhh... please...  baby.. ahh"

Mata yuna membulat mendengar bunyi desahan wanita yang diyakini yein dan mereka didalam bilik sehun. Dada yuna menjadi sesak, yuna menutup mulutnya kerana tidak percaya apa yang didengarnya. Begini rasanya apabila menangkap suaminya sedang bersama dengan wanita lain. Yuna tidak boleh memarahi sehun kerana yuna sudah setuju jika sehun mahu bersama wanita lain. Kini yuna tersandar dipintu itu lalu tersedar jika dia sedang mendengar perkara yang tidak sepatutnya. Dengan perlahan yuna meninggalkan bilik durjana itu. Tiba dibiliknya, yuna duduk dibirai katil dan termenung mengingat kejadian yang tidak diduga tadi. Lalu disentuhnya bibirnya yang sempat dicium sehun di dapur tadi. Air matanya jatuh kembali, yuna tidak tahu kenapa dirinya menangis begini sedangkan dia tidak mencintai sehun. 'Jadi ini rasa dikhianati.'

Selama bersama dengan minhyun, yuna tidak pernah terluka dan dia dijaga dengan baik oleh minhyun. Minhyun sentiasa ada jika dia memerlukannya. Inilah pertama kalinya dia merasakan perasaan ini dan suami sahnya adalah punca utama.

---
Keesokan harinya, yuna sudah keluar dari rumah itu pada awal pagi kerana tidak mahu berjumpa sehun. Yuna tidak rela untuk bersua muka bersama sehun buat masa sekarang. Dan disinilah yuna sekarang, dipejabatnya. Dengan pakaian santai yuna memasuki pintu utama bangunannya dan para pekerja menatapnya dengan terkejut kerana ceo mereka tidak pernah datang ketempat kerja dengan pakaian santai seperti itu kerana yuna amat mematuhi peraturan. Yuna hanya mengenakan dress putih bawah lutut dengan lengan  tiga suku serta sandal bertali merah membuatkannya kelihatan seperti gadis sekolah diserta beg tangan kecil berwarna pink cair disandangnya. Pelawat yang  sedang menunggu untuk menaiki lif bersama yuna hanya memandang remeh terhadap yuna kerana mereka berfikir jika yuna ialah anak sekolah. Ketika pintu lif terbuka pekerja yang berada didalam lif menunduk hormat yuna apabila melihat yuna dihadapan mereka " selamat pagi, sajangnim" kata salah seorang staff dan ikuti yang lain. Yuna hanya senyum dan masuk ke dalam lif membiarkan pelawat itu tercenggang.
"masuk atau tidak?" Tanya yuna yang sudah penat menahan pintu lif dengan kakinya. " oh maaf maaf" jawab pelawat itu.

Tiba di tingkat 10 iaitu pejabat yuna, pelawat itu juga turun. Yuna hanya mengabaikan mereka berdua kemudian masuk ke biliknya. Sebelum itu yuna sempat menyapa sowon yang kebetulan datang ke tempat kerja kerana tertinggal dokumen.

" ohh yuna- yah buat apa datang sini? Bukan holiday ke?" Tanya sowon yang juga mengenakan pakaian santainya kerana setahunya yuna tidak pernah datang ke pejabat ketika hari cuti.

"Saja je eonnie nak melawat tempat ni sebab appa kata ada pelawat nak tengok tempat kita hari ni.. sebab tu yuna datang" jawab yuna yang duduk di sofa yang tersedia di depan meja kerja sowon.

"Eonni dengar pelawat tu dua orang lelaki.. ha tu dia" kata sowon sambil menunjuk ke arah dua orang lelaki yang sedang melihat-lihat di ruang mereka. Lelaki tu menghampiri sowon dan yuna kemudia bertanya " boleh saya tahu siapa ceo syarikat ni?" Tanya salah seorang dari mereka. Yuna bangun lalu berkata" me why?" Dengan tegas. " maafkan kami kerana kami sangka cik ialah anak pekerja disini" jawab lelaki yang dikenali sebagai jaehyun dan rakannya mingyu.

" cik? Maaf mungkin tuan berdua salah pandang kerana ceo kami sudah berkahwin dan suaminya ialah ceo oh corp."jawab sowon bagi pihak yuna. Jaehyun dan mingyu bagai dipanah petir kerana tidak menyangka wanita cantik seperti anak sekolah didepannya ini sudah berkahwin dan merupakan isteri kepada bossnya oh sehun. Mereka tahu jika boss mereka sudah beristeri tapi tidak pernah melihatnya. Mingyu yang dikenali playboy ditempat kerjanya baru saja mahu mengoda yuna tapi niatnya ditolak tepi apabila mengetahui yuna ialah isteri bossnya yang tegas dan tampan itu.

"Anda berdua dari syarikat mana?" Tanya yuna sambil menatap lekat kearah kedua lelaki itu. Jatung jaehyun dan hidung mingyu hampir berdarah bukan kerana soalan yang dilontarkan tetapi tatapan yang diberikan oleh isteri bossnya yang bak bidadari ini. " dari oh corp" jawab mingyu yang bagai disumpah oleh kecantik yuna.

"Mwo? Oh corp? Im gonna kill that man tonight" kata yuna dengan geram.

Pemikiran Mingyu dan jaehyun pula sudah ke laut apabila perkataan ' tonight' itu keluar dari bibir merah yuna. Otak mereka tidak pernah berfikiran jernih jika hal yang bersangkut paut dengan hal yang 'itu-itu'.

Learn To Love AgainWhere stories live. Discover now