4

115 12 0
                                    

Seorang wanita duduk termenung di depan meja hias. 'Harinya dah tiba..' batin yuna. Yuna tersenyum sinis memandang ke arah cermin, menatap wajahnya yang sudah dihias oleh jurumakeup sebentar tadi. Kini dia sedang bersendirian dibilik pengantin. Hanya menunggu masa untuk menukar marganya dengan marga Oh. Sepatutnya semua wanita akan gembira dengan majlis perkahwinan yang akan berlangsung dan bermimpi akan membangunkan rumah tangga yang indah bersama calon suami yang tercinta. Namun itu semua hanya kisah dongeng bagi yuna. Perkahwinan ini akan membunuhnya secara perlahan-lahan dengan semua lakonan yang akan dia dan sehun lakukan di depan pentas dunia.

Tokk tokk

Yuna menoleh ke arah pintu itu dan melihat appanya siwon " yuna-yah mari kita pergi". Yuna hanya mengangguk dan mengikut langkah siwon.

"Maafkan appa yuna"

Yuna menunduk mendiamkan dirinya. Jika dia menjawab, hatinya akan sebak. Melihat yuna disebelahnya tidak merespon, siwon mengeluh dalam diam. "Kajja" siwon memimpin tangan anaknya hingga ke sehun yang sedang menunggu bersama paderi dan kembali ke yoona yang duduk di barisan depan antara tetamu. Mata mereka bertemu dan tersirat maksud yang sukar ditafsir.

Acara dimulakan.

---

Di dalam biliknya, yuna sedang melepaskan gaun berat itu dengan bersusah payah dan menanggalkan makeup tebal yang telah menempel diwajahnya seharian ini. Hari ini hari yang sungguh memenatkan, lebih memenatkan dari menguruskan semua dokumen yang selalu yuna lakukan. Majlis sudah tamat tapi masih tersisa tetamu di dewan sedangkan yuna sudah pulang dahulu seperti diminta sehun. Yuna menarik laci almari dan terjumpa sebentuk cincin silver dengan tiga berlian. Cincin itu mengingatkannya dengan lelaki itu yang telah meruntuhkan ego suatu ketika dulu dan juga membuatnya kemurungan selama 2 bulan lamanya. Dia rindukan lelaki itu namun sekarang dirinya telah menjadi milik orang lain. Yuna bangun dari duduknya dan ke balkoni bilik. Dia menatap ke arah langit hitam yang dihiasi bintang lalu yuna membaling cincin itu sekuat hatinya, cincin itu hilang kemana. Dia terduduk, entah kenapa kakinya lemah dan sekarang dia bersendirian dirumah. Air matanya mengalir kembali. Sejak akhir-akhir ini, yuna sedar kalau dia mudah menangis sedangkan dia berjanji tidak mahu menangis lagi.Sehun pula entah kemana setelah tiba dirumah mereka. Dia tidak perduli, asalkan sehun ada dengannya ketika ibupada mereka melawat kerumah. Pasangan itu tinggal berasingan dengan ibu bapa mereka agar dapat lebih mengenali satu sama lain bak kata ayah sehun. Tapi itu adalah yang terburuk bagi yuna dan dia hanya tersenyum palsu didepan mertuanya bagi menutup perasaan kesalnya.

Yuna masih tidak percaya jika dia sudah menjadi isteri sehun, lelaki yang mampu menarik semua wanita kedalam pelukannya, lelaki yang menjadi impian semua wanita dan lelaki yang akan merosakan masa depannya.

Wanita itu mengambil keputusan untuk menenangkan dirinya dari masalah ini dengan keluar ke taman favouritenya. Yuna bersiap-siap setelah ia membersihkan diri.

---
Waktu malam yang sepi membolehkan yuna memandu keretanya dengan laju. Bintang-bintang yang terang kini bersembunyi dibalik awan malam, hanya menunggu awan mencurahkan hujan ditengah kota seoul. Seperti perasaan yuna kini yang bersedih. Dia masih memikirkan jika keputusan ini adalah yang terbaik untuknya atau sebaliknya. Yuna sudah penat berfikir. Dia memakirkan kereta mewahnya dan berjalan menyusuri taman itu. Seluar jeans hitam, baju panas putih dan kot coklat menjadi pilihannya pada hari dingin ini.

Yuna terus melangkah tanpa melihat jam ditangannya yang sudah menunjukkan pukul 11:47 malam. Sambil dikelilingi bunga tulip yang mengembang yuna memilih untuk duduk dibangku yang terdekat dan menyandarkan dirinya yang kepenatan berjalan lalu menikmati sapaan angin lembut malam diwajahnya dan menatap ke langit. Yuna melihat jam tangannya dan sekarang sudah jam 12 tengahmalam. Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Setelah berdiri dari duduknya, yuna berpaling ke arah kiri untuk menuju ke keretanya dan ternampak seorang lelaki yang sedang memerhati yuna. Yuna terkaku apabila lelaki itu berjalan mendekatinya dan berhenti tepat dihadapannya. Yuna masih setia memandang wajah lelaki itu dengan terkejut.

"Yuju-yah..."

"Oppa..."

Mendengar ia memanggil namanya , air mata yuna sudah tidak boleh dibendung. Yuna bergerak dengan pantas dan memeluk lelaki itu dengan erat seolah tiada hari lain setelah hari ini dan melupakan statusnya sebagai isteri oh sehun.

" Oppaa... hikss... minhyun oppa.. maafkan yuna sebab tinggalkan oppa dulu.. ."

Yuna menangis dan meraung semau-maunya dalam dakapan minhyun. Tubuh yuna bergetar seolah mencurahkan segala beban yang dipikulnya selama ini. Rasa bersalah dan rasa mengkhianati yuna lepaskan segalanya. Setelah sedikit tenang, minhyun lepasan pelukannya dan menatap mata yuna yang sangat ia rindui.

" mianhe yuju-yah, oppa terpaksa pergi sekarang, see u again" lalu minhyun mencium dahi yuna dan  berjalan ke arah keretanya yang berada diseberang jalan. Tanpa diduga dia dilanggar oleh lori. Kejadian itu terakam dengan rapi dalam memori yuna. Yuna berlari kearah minhyun yang terkulai lemah diatas jalan dengan darah yang mengalir i kepalanya dan memangku kepala 'kekasihnya' dengan air mata yang deras mengalir dipipinya. "Oppa bangun la.. oppa... tolong la jangan tinggalkan yuju lagi jeball.." melihat minhyun yang membuka matanya, dengan pantas yuna memegang tangan dingin itu. " yuju-yah... saranghae nan chamsarang" lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

" andwe oppaa!!!!"

---

"I have to go now please babe "

"No tak boleh ke oppa spend time lebih sikit lagi dengan chagi?" Kata wanita yang hanya berbalut selimut tebal ditubuhnya. " no and no and bye" jawab sehun sambil mengenakan butang kemejanya. Sebelum pergi sehun mencium dahi wanita specialnya, yein.

"Take care babe"

---
"OPPA!"

"Haaaa... that dream again.."

Yuna tersedar dari mimpinya lalu mengatur nafasnya dan ia memandang ke sekeliling dan mendapati dia masih didalam keretanya yang berada di parkir taman. Butir-butir peluh mengalir didahinya. Hampir setiap malam yuna mengalami mimpi ini dan terlihat nyata hinggakan yuna boleh merasakan minhyun masih lagi hidup. Tapi yuna tahu itu semua sekadar permainan tidur, ketika 6 tahun lalu, kejadian itu terjadi tepat didepan mata yuna yang masih remaja. Ketika yuna di zaman pendidikannya, dia adalah idola bagi setiap pelajar di universitinya kerana sikap ramah dan baik hati terhadap semua orang tanpa mengira keturunan mereka walaupun yuna terdiri daripada keluarga yang kaya. Namun setelah peristiwa yang meragut nyawa minhyun, yuna berubah menjadi pendiam  dan dingin. Malahan yuna berubah menjadi ketua pelajar yang amat tegas dan kejam. Walaupun kesalahan yang kecil dilakukan oleh pelajar, yuna menghukum mereka tanpa ampun. Ketika itu, pelajar mengelarnya dengan pelbagai nama seperti ketua tentera dan sadako kerana mereka amat takut jika yuna melakukan rondaan dan pemeriksaan dikelas mereka bagaikan yuna itu adalah malaikat maut.

Melihat jam sudah 1 pagi, tidak terasa lama dia sudah  berjam-jam disini sambil mengimbau zaman belajarnya. Yuna menghidupkan enjin keretanya dan pulang ke rumah.

Voment.

Learn To Love AgainWhere stories live. Discover now