"EONNI!!!!!"
Fail yang dipegang sowon hampir tercampak kerana jeritan yuna yang muncul dihadapannya. "Bwo?!"
Sebelum yuna bercerita, dia menarik sowon ke sofa
"Eonni~ yuna maluuuu!" Jerit yuna lagi. Sowon sudah pasrah dengan jeritan sepupunya dan bertingkah seperti anak kecil. Terkadang sowon seperti menjaga bayi di office melayan karenah yuna walaupun dia sangat tegas dan berkarisma dia mata bawahannya. Namun sikap itu hilang bila yuna bersama sowon yang dianggap ibu keduanya.Sikap keanakkan itu hanya ditunjukkan kepada orang terapat saja. Jadi sangat jarang bawahannya melihat yuna kertawa walaupun yuna murah senyuman." apa yang yuna malukan?"
"Ha? Sibuk la eonni"
"-_-"
"Mmmmm.. tadi yuna..... bi... bi...bibir.....huhuhuhh~""STOP!! Choi yuna tarik nafas dulu boleh tak?"
"Haa? Okey okey. Haaa fuhhh"
"Okey now tell me what happen"
"Tadi yuna c.... ci...cium.. SEHUN!"
"Heol.Bukan isu besar" jawab sowon memandang jijik ke arah yuna yang sudah menutup mukanya dengan begnya. Sowon pasti ini pertama kali buat yuna kerana yuna tipe gadis yang mudah melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu.'Aigoo... yuna.. yuna'
---
Tik tok tik tok
Yuna masih berkutat dengan dokumen yang perlu ditandatangani dan diuruskan. Yuna sudah terlepas waktu makan tengahari dan petang. Entah berapa kali cawannya di isi black coffee supaya dia tetap segar menghadapi timbunan dokumen itu. Semenjak syarikatnya mendapat projek besar dari japan yuna jarang pulang ke rumah sejak 2 minggu ini.
"I miss him. No. No and never. But... hmmm"
Bayang sehun juga yuna tidak nampak ketika dia pulang lewat malam, mungkin sehun sudah tidur. Firasat yuna mengatakan hal yang tidak baik jika sehun masih berhubung dengan wanita itu. Selama dua minggu ini, hidupnya terasa kosong dan membosankan sedangkan menghirup udara segar pun yuna tidak mampu. Ingin sekali yuna mentertawakan dirinya jika dia mengatakan dia merindukan playboy a.k.a suaminya. Tapi benar dia rindukan lelaki itu dan cintanya pada minhyun makin memudar sejak yuna melihat minhyun berciuman dengan wanita lain ditengah orang ramai. Ketika yuna pulang dalam keadaan mabuk, dia tidak sangka sehun akan menunggu dan menenangkan dirinya yang serabut sebagai peranan suami yang sepatutnya dan hal itu membuatkan yuna tersentuh.
Teringat akan janjinya untuk mengabaikan sehun untuk menyakiti hatinya tapi malah yuna yang sakit. Yuna menutup laptop dan mengambil kot labuhnya yang terletak dikerusi lalu keluar dari bilik kerjanya.
"Eonni, yuna balik dulu dan tolong batalkan semua projek dengan hwang corp." Ucap yuna dengan wajah datarnya. Penampilannya tidak terurus hingga hiasan diwajahnya juga sudah luntur kerana dia tiada masa untuk membetulkannya. Yuna tidak kisah jika dia harus membayar mampasan berjuta-juta won kerana membatalkan perjanjian agar dia dapat melupakan semua tentang minhyun. Semasa yuna datang ke hwang corp alangkah terkejutnya yuna apabila mengetahui minhyun adalah pemiliknya. Ketika itu yuna amat senang untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat kekasihnya tapi sekarang dia akan menghapuskan semua yang berkaitan minhyun." tapi yuna kita dah mulakan projek dan ia bernilai 15 juta won." Jawab sowon kerana terkejut dengan keputusan yuna sedangkan para pengarah tidak mengetahui tentang pembatalan projek ini. Pasti hal ini akan mendatangkan masalah.
" lakukan saja eonni.. eonni syarikat tu milik... minhyun... dia ada perempuan lain. Oppa jumpa yuna sebelum ni dan kata kalau oppa masih sayang yuna...."
" apa yuna merepek ni? Minhyun dah lama meninggal yuna. Wait.. hwang corp.. hwang minhyun.. maldo andwe.." tidak percaya akan kata-kata yuna, sowon tidak sangka minhyun masih hidup. Tiba-tiba sowon teringat tentang yuna lalu memandang yuna yang masih berdiri didepan mejanya. " yuna-yah....gwenchanna?"
"Hmmm.... semuanya akan berlalukan.."
Sowon pasti yuna kecewa dengan minhyun yang muncul mengejut, lagi-lagi selepas beberapa hari yuna berkahwin. Jika sowon, dia akan memaki lelaki itu kerana memberi harapan palsu sedangkan dia tahu dia masih mencintai lelaki itu.
"Baiklah... eonni akan uruskan semua tu.. yuna balik dan berehat. Dah pergi" sowon mengusir adik sepupunya.
"Thanks eonni"
Yuna hanya tersenyum hambar dan pergi ke lif.---
Akhirnya yuna sampai ke destinasinya selepas menempuh perjalanan yang panjang akibat kesesakan lalu lintas. Sudah 5 minit yuna berdiri didepan pintu rumahnya. Entah kenapa ia rasa gugup untuk masuk sedangkan dia keletihan dan memerlukan rehat. Dengan perlahan yuna melangkahkan kaki jenjangnya kedalam rumah supaya tidak menghasilkan bunyi. Tiba di ruang tamu yuna melihat sehun sedang mengerjakan kerjanya dengan serius sampai tidak menyedari kehadiran yuna. Amat jarang melihat wajah itu hingga yuna ingin mendekatinya walau sekadar melihatnya dari dekat. Dia berjalan mendekati lelaki itu dan bibir mula ingin memanggil nama itu "op..."
"BABY"
Sebelum sempat yuna memanggil sehun, terdapat suara lain yang memanggilnya dulu dan panggilan itu membuat yuna rasa menjijikan. Yang dipanggil mendongak dan mendapati dua orang wanita berdiri dihadapannya. Seorang memandangnya dengan tatapan menggoda dan berpakaian sexy. Seorang lagi pula wajahnya hanya tenang setenang air tapi dia mengerti tersirat makna yang mendalam dari tatapan itu. Sehun pasti dia akan dilanda ribut sebentar lagi. Waktu ini dia baru rasa menyesal kerana membawa kekasihnya kemari kerana menganggap isterinya tidak pulang malam ini seperti malam sebelumnya. Yuna tersenyum sinis melihat wajah sehun lalu berjalan ke biliknya. Ingin rasanya menjambak rambut kedua manusia itu tetapi dia cukup lelah hari ini. Pada mulanya, yuna ingin mendekati sehun namun melihat wanita murahan itu membuatkan yuna terpaksa memadamkan niat itu . Ketika dia ingin berlalu, sehun sempat memanggilnya namun tidak diendahkan kerana dia pasti bertambah lelah dengan drama yang bakal bermula sebentar lagi. Yuna terus berjalan menyusuri tangga hingga kebiliknya.
Waktu ini dia hanya ingin mandi lalu tidur dan melepaskan semua kepenatannya tanpa menghiraukan apa yang bakal terjadi dibawah sana. Selesai mandi yuna memakai shortpant hitam dan tshirt labuh. Pakaian itu hanya dipakai didalam bilik sahaja kerana dia tidak suka menayang tubuhnya pada orang lain. Luar dari biliknya yuna lebih selesa memakai seluar panjang kerana yuna amat berjaga-jaga dengan tatapan liar sehun itu. Yuna sudah bersiap-siap untuk mengembara ke alam mimpinya dan hanya perlu menutup mata. Memandangkan esok hari minggu jadi yuna hanya ingin menghabiskan masanya diatas katil kesayangan. "Time to rest..." gumamnya perlahan. Belum sempat yuna menutup matanya, pintu diketuk kencang membuatkan yuna terpaksa membuka pintu dengan bibirnya masih mengumpat perlahan. Mata hazel itu membulat sebaik saja pintu biliknya dibuka.
"Apa? Op..oppa.."
---
Seorang lelaki berjas menyusuri lorong dengan perasaan gembira sambil membawa sedikit makanan untuk adik kesayangannya. Terlalu melebihkan adik dari kekasih? Tidak, dia tidak sama sekali mempunyai kekasih waktu ini. Baginya kebahagiaan adiknya adalah nombor satu ketika ini. Lelaki itu memasukkan nombor pin yang diberi adiknya bulan lepas dan pintu terbuka. Serentak itu bunyi pasu pecah dari arah dalam mempercepatkan langkah lelaki itu. Dia risau jika berlaku sesuatu pada adiknya. Dan..
"stop it yein"
"But i want to play with you babe"
"No!"
"Just for a few minute?"Melihat seorang wanita sedang menindih adik iparnya dengan berpakaian seksi, dia mendekat dan menarik wanita itu yang meraba-raba tubuh atlet adik iparnya.
"Yak! Kau gila ke hah?! Tak sedar ke sehun dah kahwin! Dia suami adik aku! Kau keluar dari rumah ni YEIN! Jangan pernah kau jejak kaki dekat rumah ni! Keluar!" Kai yang termengah-mengah dengan wajah merahnya kerana terlampau marah. Bagaimana kai boleh kenal dengan yein. Itu persoalan yang muncul dikepala sehun waktu ini. Dengan cepat kai melangkah laju kebilik yuna.
Tok! tok!! tok! tok!
Clek
"Apa? ...Op.. oppa"
YOU ARE READING
Learn To Love Again
FanfictionVote vote vote vote vote cast: choi yuna Oh sehun "Now i start learn to love u... althought you are not him" - yuna "Im not the perfect one like people see" - sehun Malay fanfiction guys Please vote and coment? #first time tulis fanfic e...