Yuna memandang kearah yoona dan ibunya mengangguk. Yuna mengeluh lalu berkata"Nae appa yuna terima" sambil menunjukkan senyuman yang menampakkan lesung pipinya yang telah mencairkan ramai lelaki diluar sana.
Namun senyumannya hanyalah palsu demi menunaikan permintaan kekasihnya dulu dan wasiat atuknya. Hatinya seperti dirobek kerana merasakan dirinya telah mengkhianati hatinya. 'Oppa... yuna harap oppa bahagia dengan perjodohan ini..'.
Mendengar jawapan dari yuna, kedua-dua keluarga tersenyum. Hanya menunggu jawapan dari sehun yang mungkin akan menolak perjodohan ini.
"Sehun pula macam?" Tanya siwon.
Sehun memandang kearah yuna dan melihat yuna mengelengkan sedikit supaya sehun tidak menerima perjodohan ini. Namun sehun malah terseyum dan berkata
"Sehun setuju"
Yuna seharusnya gembira mendengar jawapn sehun namun pandangan dan hatinya kosong. Yuna hanya mengeluh dalam diam dan menunduk. Yuna ingat sehun akan menolak dan pergi dari bilik ini lalu mencari kekasihnya untuk memberitahu kepada ibu bapanya dan ibu bapa sang calon isteri bahawa dia kan berkahwin dengan pilihan hatinya seperti drama-drama yang selalu yuna tonton. Tapi lain pula yang ia dapat malahan sehun terima perjodohan ini seperti tanpa berfikir dulu. Namun tiada siapa tahu bahawa sehun diugut oleh appanya supaya menerima perjodohan ini. Sehun hampir kehilangan jawatan ceonya hanya kerana menolak perjodohan ini. Sebelum tiba di ruangan itu appanya mengirim mesej supaya menjaga kelakuan dan menerima perjodohan itu. Oleh itu sehun terpaksa bermanis muka ketika masuk ke dalam bilik itu walaupun hatinya memberontak.
Setelah berbincang tentang majlis perkahwinan, kedua keluarga berpakat jika isteri-isteri akan menguruskan majlis itu dan suami-suami akan memerhati dan menghulur wang. Majlis akan berlangsung sebulan dari sekarang. Sehun dan yuna hanya membisu tidak boleh membantah kerana ini bukan kemahuan mereka berdua. Terkadang sehun mencuri pandang yuna yang duduk berhadapan dengannya.
Sempat beberapa kali pandangan mereka bertemu dan yuna yang mengalihkan pandangannya dulu dengan jelingan mautnya dan membuatkan sehun tersenyum melihat telatah yuna.
---
Jam menunjukan 8 malam. Mereka menghentikan perbincangan ini dan ingin pulang ke rumah masing-masing. Sampai di tempat parking kedua keluarga berpamit. Kini hanya yuna dan sehun di tempat parking. Mereka memandu sendiri jadi yuna dan sehun tidak pulang bersama ibu bapa mereka.
Hening...
Yuna yang berdiri di tepi keretanya hendak membuka pintu kereta namun aktivitinya terhenti apabila sehun mengenggam tangannya dan menarik yuna ke taman berdekatan dengan dewan itu. Yuna mendiam diri kerana dia pasti sehun akan bertanya tentang perbincangan tadi. Walaupun majlis sudah tamat sejam yang lalu masih tersisa tetamu di ruangan parking jadi sehun menarik yuna ke taman yang sunyi itu untuk berbincang.
Di taman, mereka duduk di salah satu bangku dan masih diam membisu hingga la yuna membuka bicara " wae ada apa-apa nak cakap" sambil memandang lurus kedepan tanpa melihat sehun. Lawan bicaranya masih membisu. Yuna mengambil keputusan untuk pergi dari membuang masa disini.
"Yuna"
Langkah yuna terhenti dan perpaling ke arah sehun. Cahaya lampu yang berada tepat dibelakang yuna menyembunyikan wajah yuna yang terkerut "wae? Cakap sekarang saya nak balik" tegas yuna. Yuna tak suka berbasa basi. " kenapa kau terima perjodohan ni". Yuna terdiam sebentar lalu menjawab " sebab wasiat dan ..." dia terdiam lagi, tak mungkin dia mengatakan hal ini kepada sehun.
" dan apa? Hemm i dont care" sehun tertawa sinis sambil berjalan mendekati yuna. Jarak mereka hanya kurang dari semeter. Jari sehun menyentuh dagu yuna dan membuatkan yuna mendongak menatap sehun dengan tajam.
"Aku just nak cakap kalau kau balik kerja nampak aku tengah buat projek dengan perempuan lain jangan menangis pula. Okey sayang" dengan senyuman sinis.
Yuna meremang dengan pandangan sehun lalu menepis tangan sehun dari wajahnya " i dont care what you wanna do" yuna menatap tajam lalu meninggalkan sehun keseorangan. Yuna mengaku jika sehun itu tampan tapi ia masih tidak boleh menerima orang lain masuk kedalam hatinya.
"Well...we will see, sayang"
---
Tiba di apartment mewah yuna, lantas yuna mencapai tuala dan mandi untuk menghilangkan penatnya. Kemudian yuna bersiap untuk tidur. Yuna teringatkan kata-kata sehun tadi" mwo?buat projek?" Yuna mendesah dan terasa menyesal kerana terima perjodohan ini. ' dasar lelaki gila seks!'
Line!
Yuna membuka apps line dan
'Selamat malam. Saranghae'
Dahi yuna berkerut 'siapa ni?' tak lama kemudian yuna meletakkan hpnya di meja kecil disamping katilnya dan mengabaikan mesej itu kerana yuna selalu mendapat mesej seperti itu dan ada yang mengajaknya kahwin. Dan yuna tahu jika mesej-mesej seperti itu kebanyakannya dari ceo-ceo yang pernah berkerjasama dengannya.
---
Tiga minggu kemudian
Yuna sedang mengadakan meeting dengan staffnya di biliknya. Ketika sedang fokus mendengar pendapat staffnya pintu bilik yuna terbuka dan membuatkan semua berpaling kearah pintu. Terlihat seorang lelaki tampan dengan sebelah tangan didalam saku dan bersandar dipintu membuatkan staff wanita terpesona. Yuna yang terkejut dengan kedatangan sehun di pejabatnya menarik sehun keluar dari biliknya. Staffnya" wah!! Itu bakal suami cik choi ke??!! Arghh untungnya " mereka tercenggang melihat dua makhluk cantik itu keluar dari bilik ceo mereka.
"Sehun-shi, duduk di bilik tetamu sementara saya tamatkan meeting" sebelum yuna melangkah tangan yuna ditarik semula kebelakang dan membuatkan mereka berhadapan dengan cukup rapat. Yuna boleh merasa hembusan nafas sehun yang hanya beberapa inci dari mukanya. mereka diam dalam posisi yang sama.
"Wa... wae?" Tanya yuna ragu. Bahkan yuna lupa jika bilik ini mempunyai dinding kaca dan para staff mula mengintai melihat apa yang sedang berlaku.
Sehun merapat yuna kearahnya dan membuatkan yuna memeluk tubuh sebagai pertahanan agar sehun tidak bermacam-macam dengannya. " saja nak tengok muka calon wife aku" kata sehun sambil menatap wajah bersih yuna. Yuna melepaskan tangan sehun yang berada dipinggangnya dan kembali ke biliknya dengan terburu-buru.
Sampai dibiliknya tadi, staff diam membisu kerana tidak berani bertanya tentang kejadian tidak terduga tadi. "Sampai disini saja sebab saya ada hal. Terima kasih".Yuna menamatkan meetingnya awal kerana yuna perlu melakukan pemeriksaan akhir tentang majlis mereka. Yuna dan sehun turun bersama. Seperti tadi staff yuna menatap mereka kagum. Kagum kerana pasangan itu sangat sempurna cantik dan tampan. Namun mereka tidak tahu jika dua hati itu sentiasa bertentangan.
---
Kini dua orang berlainan jantina sedang berada didalam kereta. Masing-masing sibuk dengan pekerjaan sendiri. Sehun memandu kereta dan yuna hanya termenung melihat ke luar kereta.
Ketika sedang asyik termenung, yuna ternampak kelibat seseorang yang dia sangat kenal yang berjalan memasuki cafe ' tak mungkin' batin yuna.
Voment.
YOU ARE READING
Learn To Love Again
FanfictionVote vote vote vote vote cast: choi yuna Oh sehun "Now i start learn to love u... althought you are not him" - yuna "Im not the perfect one like people see" - sehun Malay fanfiction guys Please vote and coment? #first time tulis fanfic e...