8

143 13 0
                                    

"Sowon eonni... hmmmm. Eonni... haaaa.. aigoo~ yuna tak tahu nak cakap macam mana.. tak apa lah" kata yuna ragu yang masih memandu keretanya. Memberitahu sowon adalah hal baik atau tidak tentang kejadian malam tadi. Yuna mengambil keputusan untuk tidak beritahu sowon kerana takut berita ini sampai ke ibubapa mereka berdua dan itu adalah hal yang menakutkan bagi yuna.

"Wae? Yuna ada masalah ke" sowon melihat adik sepupunya dengan tatapan menyelidik. Setahunya yuna tidak pernah ragu seperti ini " or sehun have an affair with other woman? Tell me" Sambung sowon sambil menatap tajam kearah yuna. Jika tekaannya betul, sudah pasti sehun dan wanita durjana itu dibunuhnya sekarang kerana menyakiti yuna. Sowon tidak mahu yuna sengsara lagi setelah apa yang dilaluinya selama ini. Jika sowon ditempat yuna, pasti dia sudah membunuh diri kerana tidak terima kenyataan bahawa kekasihnya sudah mati di depan matanya pula. Namun sowon tahu yuna kuat menghadapai semua ini.

"Eonni? Eonnie?... EONNI?!!" jerit yuna apabila melihat sowon yang masih mengelamun seperti kehilangan anak. "Haa?" Tanya sowon yang masih berkhayal. "Dah sampai rumah eonni... " kata yuna malas.

" mianhe yuna-yah and thanks hantar eonni and one more thing ,kalau betul sehun curang tell me, i gonna kill him.. okey bye" kata wanita galah itu lalu memberi flying kiss kemudian masuk kerumahnya. Yuna membalas hal yang sama. Kejadian malam tadi kembali memenuhi fikirannya " ya eonnie. sehun curang tapi yuna yang benarkan.hahaha. bodohkan" dialog yuna lalu mengemudi keretanya ke secret garden iaitu taman kegemaran yuna kerana kawasan yang hampir semua dilitupi bunga tulip itu selalu menenangkan fikiran ketika dirinya menghadapi masalah ditempat kerjanya.

Sekarang yuna sedang berjalan berseorangan dengan ditemani secawan americano panas sambil menghayati pemandangan taman itu. Yuna tidak pernah bosan menghabiskan masanya disini walaupun hanya melihat ke sekeliling dan memerhati gelagat manusia dengan aktiviti mereka. Yuna kini menghabiskan masanya termenung memikirkan kehidupannya sekarang dan kemunculan minhyun yang tiba-tiba itu. Jika minhyun muncul lebih awal pasti dia tidak seperti ini. Membuat perjanjian gila bersama sehun, membiarkan suaminya curang dan yang paling teruk membiarkan suaminya berasmara dengan wanita lain. Kini dia sudah bersuami dan berjumpa dengan kekasihnya yang muncul entah dari mana. Jika bukan kerana wasiat atuknya, yuna akan menyuruh sehun menghantar surat cerai secepatnya setelah berjumpa semula dengan minhyun. Tapi nasibnya berkata tidak dan dia terikat dengan wasiat yang tidak masuk akal itu. Yuna pasrah jika takdir berkata untuk kekal bersama sehun maka dia akan terima semua keburukannya dan jika minhyun adalah jawapannya maka yuna akan berpisah dengan sehun. Tiba-tiba mata hazel yuna membesar..Yuna teringat sesuatu hal yang penting saat ini

"Eottoke! Arghhh paboo!"

Yuna teringat akan janjinya dengan appa sehun supaya menjauhkan sehun dari yein. Namun sekarang yuna malah mengalakkan sehun mendekati yein hingga meniduri wanita itu. Dan sialnya dia baru teringat yein masih di rumahnya berduaan bersama sehun 'shit' batin yuna. Yuna bangun tergesa-gesa dan berlari selaju mungkin kearah keretanya dan mengabaikan pandangan pelik penggunjung di taman itu. Ketika melakukan larian angin petang sempat meniup kain yuna hingga terselak menampakkan peha gebunya dan kebetulan sekumpulan lelaki sebaya dengannya sedang berjogging datang dari arah bertentangan yuna. Ketika yuna semakin dekat , mereka mula berbisik dan kumpulan itu sengaja berpecah dan menghalang laluan yuna dan yuna pula " get lost you bastard!!". Kumpulan itu terkejut mendengar jeritan garau yang tidak disangka keluar dari mulut yuna. Setelah menempuh sekumpulan lelaki tidak waras itu, akhirnya yuna tiba di keretanya dengan termengah-mengah.  Kereta dihidupkan lalu yuna memecut laju tanpa henti dan tidak memperdulikan lampu isyarat merah dihadapannya. Dalam keadaan darurat seperti sekarang, saman tidak dihiraukan. Hanya menghulur duit dan selesai. Itulah gunanya menjadi anak orang bangsawan, wang adalah penyelesaian bagi segala-galanya.  Namun perkara yang terpenting sekarang ialah menjauhkan sehun dari wanita murahan itu. Jika mereka melakukan perkara-perkara aneh maka yuna tidak segan untuk menggunakan kekerasan. Tidak perduli perlu menarik rambut wanita itu atau mengugut untuk menusuk wanita itu seperti ikan yang dimasaknya itu. Yuna tidak berbayang jika dia melakukan hal yang diluar jangkauan itu. ' terpulang kepada situasi' batin yuna yang tidak waras itu sambil tersenyum sinis.

---
Yuna sudah tiba dihadapan pintu apartmentnya dengan nafas termengah-mengah selepas berlari dari tingkat bawah hingga tingkat ini kerana lif jalang itu sedang di baikpulih buat masa kini. Dengan pakaian dan rambutnya yang berantakan yuna menekan password pintu rumahnya. Sesiapa saja yang melihat yuna pasti ketakutan kerana keadaan yuna seperti psikopat dengan baju putihnya sedikit kotor ditaman tadi kerana yuna sempat tersandung akar pokok yang entah dari mana datangnya semasa berlari hingga lututnya terluka namun di biarkan saja dan dia sandal talinya pula dipegang kerana tumitnya melecet ketika mendaki tangga bak gunung himalaya manakala sebelah tangannya pula menolak pintu itu.

Kemudian terpampang lah pakaian dalam entah siapa punya pun yuna tidak pasti dan 'benda' itu bertaburan atas lantai di ruang tamu. Yang yuna pasti pakaian itu bukan miliknya, lagi-lagi ia berwarna pink dan berenda dan itu adalah barang yang tidak mungkin dia miliki kerana yuna amat benci perkara yang berunsur comel. Kasutnya dibuang entah kemana ketika dia masuk kerumah. Keluarlah aura gelap yuna sekelilingnya jika sekarang dia watak didalam anime.  Dengan bantal sofa bertaburan dan basah. ' air apa dekat sofa tu?' Yuna tertanya. Yuna cuba mengamatinya kerana dia tidak jumpa cecair seperti itu. Sedangkan didalam kelas sains dulu dia sangat fokus hingga menjadi pelajar cemerlang dalam subjek itu bukan saja sains tetapi semuanya. Tiba-tiba dia teringat suatu hal. Yuna menjauh dari bentu itu dan wajahnya memerah 'shit'.Hatinya sudah membara apabila mengetahui apakah cecair itu.' Tak kan satu rumah manusia tu buat projek! Dasar makhluk kotor!!!' Batin yuna. Handbag guccinya dilempar sebarangan seperti sudah tiada nilai. Poor gucci. Kebetulan yuna terdengar bunyi orang sedang bergurau senda didalam tandas dan membuatkan kewarasan yuna sudah hilang. Dia tidak peduli dengan perjajian gila itu. ' im done with this!!'

Dengan sekelip mata yuna sudah sampai di hadapan pintu bilik mandi. Yuna memegang tombol pintu hingga buku limanya memutih, jantung berdetak laju kerana marah dan yuna pusing and lucky pintu tidak terkunci. Yuna mengenepikan rasa malunya jika dia melihat mereka berbogel lagi-lagi sehun kerana yuna tidak pernah melihat lelaki berbogel. Jika ya, maka itu pertama baginya.

' you are death' yuna tersenyum sinis dan menolak pintu itu.

Learn To Love AgainTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang