6

103 12 0
                                    

Malam menjelma dan yuna masih di dapur untuk menyediakan makan malam. Hampir sejam dia di dapur tanpa pertolongan dari mertua atau wanita gedik itu. " yuna ni pembantu rumah or what... haram sorang pun tak tolong... tak guna... tak guna... tak gunaa..." kata yuna perlahan sambil menusuk ikan yang berada didepannya berkali-kali seperti seorang psikopat. Yuna membayang wajah yein ketika menusuk ikan itu kerana wanita itu dari tadi berkepit dengan sehun dan kemana-mana pasti berdua.

Sehun yang ingin mengambil air di peti sejuk terhenti melihat yuna yang sedang menusuk ikan itu dengan tatapan kosong. Sehun pasti yuna sakit hati dengan dirinya yang asyik bersama kekasih gelapnya dan berlovey dovey. Dia mendekati yuna lalu bersandar di tepinya. Yuna memandang sekilas lalu menyembelih ikan itu hingga bersih. Ikan dimasukkan kedalam periuk, beberapa perencas ditambah dan sayur dimasukkan lalu yuna menutup periuk dengan perlahan sambil menunggu ia mendidih. Sehun yang masih setia melihat isterinya diabaikan. Meninggalkan dapur adalah pilihan terbaik yuna kerana yuna masih sakit hati sebelum ia musnahkan dapur ini. Dengan tenang yuna berjalan ke bilik mandi untuk menyejukkan diri yang sudah panas dari tadi.

Belum sempat yuna meninggalkan dapur, sehun memanggil namanya.

"Yuna-yah"

Langkahnya terhenti tapi masih membelakangi sehun. Dia menunggu apa yang hendak disampaikan namun hanya bunyi derapan kaki yang terdengar mendekatinya. Kini sehun tepat berada dibelakangnya dan memeluk tubuh ramping itu dengan erat. Yuna terkejut dengan tindakan sehun yang tiba-tiba. Hembusan nafas lelaki itu terasa tepat ditelinga yuna dan dia berdebar.

"Can i sleep with her tonight, babe?"

Berderau darah yuna dan matanya memanas mendengar permintaan sehun namun dia sedar jika dirinya hanya isteri diatas kertas dan perjajian telah dibuat, yuna tidak boleh melarang segala perbuatan sehun. Yuna mengeluh dan kening berkerut berbalik menghadap sehun yang masih memeluknya erat. Mata sehun ditatap tajam dan tangan yuna memegang pipi sehun lalu memicitnya " yes.. do what u want and just ignore me" ucap yuna pasrah sambil tersenyum manis kepada sehun. Hatinya seperti disiat-siat ketika mengatakan hal itu. Dia melangkah longlai kearah bilik mandi dan sekali lagi sehun menarik tangan yuna untuk mendekatinya dan memberikan ciuman singkat ke bibir mugil yuna dan berjalan pergi. Wanita itu masih terpinga-pinga menelan apa yang berlaku sebentar tadi. Mukanya memerah dan panas " i hate u oh sehun" kata yuna geram lalu berjalan laju menuju ke bilik mandi kerana tidak mahu berjumpa dengan sehun. Sehun yang melihat yuna hanya tersenyum namun dia rasa bersalah melihat mata yuna berair ketika mengizinkannya dengan senyuman yang diyakini terpaksa.

---

' u will only see me tonight my baby'

Yein yang duduk di sebelah omma sehun hanya tersenyum sinis memikirkan rancangan untuk menggoda semula kekasihnya malam ini.

---
Makan malam berlangsung dengan meriah kecuali yuna yang diam memerhatikan gelagat yein yang tak habis-habis menyuap sehun. Appa sehun sedar akan perubahan menantunya yang tiba-tiba menjadi pendiam semasa kedatangan yein pagi tadi. Dia pasti yuna sudah tahu tentang siapa yein kepada sehun. Hati tuanya bersalah kerana membiarkan kekasih gelap anaknya ikut bersama mereka untuk menginap disini. Jika dia tidak menghalang yein mengikut mereka pasti yuna akan gembira namun dia tersalah langkah kali ini, bukan ingin mengeratkan hubungan mereka berdua malah memisahkan mereka. Dia malahan tahu jika anak dan menantunya tidur berasingan. Bagaimana? Mata-matanya ada dimana-mana mengawasi anak bertuahnya itu.

"Yuna sayang.. appa nak cakap sesuatu dengan yuna"

Yuna yang mencuci pinggan langsung meninggalkan kerjanya apabila mendengar mertuanya panggil. Kini yuna dan appa sehun di taman berhampiran apartment mereka. Kot tebal tidak boleh menghangatkan suasana malam dingin ini.

"Yuna-yah... maafkan appa sebab jodohkan yuna dengan sehun" kata appa sehun.

"Tidak appa.. ni bukan salah appa.. yuna yang terima perjodohan ni.. jadi tidak ada siapa-siapa yang salah dalam hal ini." Ucap yuna sambil menatap wajah tua itu.

"Maafkan appa juga pasal bawa yein kesini... yuna pasti tak suka dengan kedatangan yein kan.." sambung appa sehun.

"Appa jebal... yuna tak apa-apa... yuna boleh hadapi semua ni. Kami sudah buat perjanjian appa. We will live in our own way. Thats our promise. Mianhe appa sebab kecewakan appa tapi ni keputusan kami".

Appa sehun pasrah apabila mendengar ucapan yuna tapi dia kagum dengan keberanian yuna kerana memberitahu hal sebenar jika diharapkan sehun, hingga dia mati pun dia tidak akan beritahu.' Dasar anak pengecut.'

"Yuna-yah ini mungkin permintaan yang berat tapi tolong appa jauhkan sehun dari yein. Appa tidak mahu dia digunakan, yuna. Yein adalah perempuan yang gila harta. Hampir semua lelaki kaya ditidurnya demi duit. Appa tidak mahu sehun makin rosak dan abaikan kamu. Jadi appa berharap yuna dapat laksanakan permintaan appa ni." Kata appa sehun sayu. Dia tidak mahu anaknya digunakan oleh wanita jalang itu.

Yuna terdiam mendengar permintaan appanya. Siapalah dia dihati sehun.. hanya wanita yang tinggal sebumbung dan tidak pernah mengucapkan kata-kata manis antara satu sama  lain.

" yuna tak pasti untuk miliki hati sehun tapi yuna akan cuba untuk jauhkan sehun dari yein." Kata yuna mantap sambil memegang tangan mertuanya dengan erat.

"Appa harapkan kamu yuna... lets go.. hari makin sejuk.. appa tak tahan lama-lama dekat luar" kata appa sehun lalu masuk ke rumah. Tinggallah yuna yang masih menatap dedaun kering di kakinya. Jari-jari yang sudah kesejukan ia biarkan. Dia bangun dan berjalan dengan perlahan menuju kedalam taman untuk menenangkan fikiran. Ketika berjalan sambil menunduk, yuna terlangggar sesuatu yang keras tetapi tidak sekeras batang pokok. Dia menggangkat kepala dan mendapati seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan memakai masker. Yuna hanya dan meminta maaf kemudian menyambung perjalanannya. Lelaki itu memandang yuna yang kesedihan. Dia tidak boleh menipu hatinya sudah terseksa menanggu rindu yang dipendam. Ingin saja dia memeluk wanita itu. Tapi tidak mungkin dia kan mengganggu wanita yang sudah berkahwin. ' haa! Abaikan semua tu'.

" yuju-yah"

Panggilan lelaki itu membuatkan yuna terhenti. Dia tidak percaya jika dia akan mendengar suara itu lagi. Yuna berbalik dan mendapati sehelai kertas  dan cincin yang mempunyai 3 berlian terletak di atas tanah. Dengan cepat yuna menghampiri kertas dan cincin itu lalu diambilnya. Ternyata surat itu untuk dirinya dan dibacanya dengan cermat.

' yuju-yah... oppa tak mampu tahan perasaan ini lagi.. maafkan oppa kerana tinggalkan yuju selama ini. Oppa takut yuju tak boleh terima dengan keadaan oppa sekarang. But one thing that i know is i still love u like our first meet'
               -hwang minhyun-

Ketika melihat nama penulisnya, berderai air mata yuna membasahi pipi merahnya. Ia mengangkat kepalanya dan mendapati lelaki tadi didepannya... ya tepat didepan yuna. Dengan perlahan lelaki itu melepaskan masker diwajahnya dan terpaparlah wajah yang dirindui yuna selama 6 tahun ini. Yuna terkesima, dia kaku tidak boleh berbuat apa. Apakah dia bermimpi disaat ini?

"Yuju-yah i miss u"

Air matanya mengalir kembali.

Learn To Love AgainWhere stories live. Discover now