KILAT memancar di luar tingkap sejak tadi disusuli bunyi guruh yang agak menjauh. Angin juga sedang bertiup kenyang, mengoncang setiap pepohon yang ada di sekitar rumah dua tingkat itu. Sepertinya hujan lebat bakal membasahi bumi sebentar lagi.
"Faris... Faris..."
Di sebalik bunyi guruh dan gesekan dedaunan pokok yang ditiup angin kencang di luar rumah, terdengar panggilan halus itu bergentayangan mengisi ruang rumah. Walaupun bisikannya halus, tapi nadanya parau lagi garau.
Klak! Klak!
Tombol pintu bilik kecil itu tiba-tiba diputar dari luar. Tersekat putarannya walaupun pintu bilik itu tidak dikunci. Bunyi itu telah mengganggu lena Faris yang sudah nyenyak sejak beberapa jam yang lalu.
Berkerut tengah dahinya sambil cuba membuka kelopak mata. Meraba-raba tangan kanan nya mencari suis lampu meja di sisi katil. Tercapai sahaja, suis lampu dipetik. Bilik yang tadinya gelap kini diterangi cahaya dari lampu tidur di sisi katil. Matanya yang silau digosok dengan sesiku telunjuk.
Klak! Klak! Klak!
Tombol pintu diputar lagi dari luar. Hal itu membuatkan Faris terkejut. Mata yang sepet terus terbutang besar. Terkebil-kebil dia melihat ke arah pintu biliknya. Walaupun terkejut, namun tiada riak takut pada wajahnya. Perlahan-lahan dia mendudukan diri. Mata terus memandang ke arah pintu biliknya.
Klak!
Kali ini tombol pintu diputar habis lalu daun pintu bilik itu terbuka. Perlahan-lahan daun pintu bergerak ke dalam serentak dengan bunyi rengekan ensel. Bergema suara rengekan ensel pintu melantun pada ruang yang ada.
Kilat di luar rumah masih sambung-menyambung disusuli bunyi guruh yang masih mejauh. Angin juga masih bertiup kencang sepertinya sedang membawa gerombolan awan gelap yang bila-bila masa sahaja akan merintikan airnya.
"Faris... Faris..."
Bisikan garau itu kedengaran lagi. Kali ini betul-betul di luar pintu bilik itu!
Faris terus memandang keluar biliknya yang gelap gelita. Dia tidak nampak apa-apa sehinggalah beberapa saat kemudian, muncul dua titik cahaya merah persis sepasang mata sedang memandang tepat ke arah!
Sungguh pun begitu, Faris tidak terkejut. Dia terus memandang dua titik cahaya merah itu dengan wajah tidak beperasaan.
"Faris... Faris..."
Suara bisikan garau itu memanggil lagi.
Bagai dipikau, Faris yang baru berusia lapan tahun itu terus menyelak selmut yang menutupi separuh tubuhnya. Dia melangkah turun dari katil. Langkah terus di atur menuju ke pintu biliknya yang sudah terbuka luas. Jam di dinding menujukan pukuk 12.12 tengah malam.
Saat cahaya kilat memancar, kelihatan dengan jelas sesusuk tubuh persis mawas sedang berdiri betul-betul di muka pintu bilik Faris. Badannya tegap. Bulunya lebat di seluruh tubuhnya.
"Mari..."
Faris terus melangkah keluar dari biliknya. Mengikut langkah makhluk persis mawas tadi yang sedang melangkah menuruni anak tangga.
Kaki terus melangkah tanpa rasa takut. Wajahnya tidak beriak. Mengikut sahaja ke mana makhluk persis mawas itu dari belakang.
"Faris... mari..." suara bisikan garau tadi terus memanggil.
Makhluk persis mawas itu membuka pintu utama rumah lalu dia terus melangkah keluar.
Faris teruskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Sampai di beranda, Faris memberhentikan langkah. Matanya meliar mencari kelibat makhluk persis mawas tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
GENDERUWO
HorrorSejak Faris kerap ke Pohon Banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang menyerupai seekor mawas! Bukan satu, tetapi d...