BAB 03

109 3 0
                                    


"FARIS. Faris dah bangun ke? Dah pukul enam setengah ni. Lambat bangun, lewat pulak ke sekolah nanti. Faris," panggil Rozana sambil mengetuk beberapa kali pintu bilik anak bungsunya.

Hanya dia dan anak bungsunya sahaja di rumah ketika ini. Manakala anak sulungnya bekerja shif malam minggu ini. Pukul tujuh pagi nanti baru tamat waktu kerjanya.

Tiada balasan dari dalam. Tombol pintu dicapai. Belum pun sempat dia memutar tombol pintu, dia terpandang bekas tapak kaki di lantai. Perlahan-lahan dia melutut lalu mengesat bekas tapak kaki di lantai itu dengan hujung jari telunjuk. Dari bentuk dan saiz tapak kaki itu sepertinya bekas tapak kaki Faris.

Lumpur kering? Tertanya Rozana di dalam hati. Bekas tapak kaki itu terhasil dari lumpur. Seketika kemudian, Rozana tersentak. Pantas dia bangkit berdiri lalu memandang permukaan lantai di aras atas itu. Bukan hanya satu bekas tapi kaki. Tetapi banyak! Dan bekas tapak kaki itu datangnya dari arah tangga.

"Faris!"

Pintu bilik dibuka, pantas. Rozana terkejut bila melihat katil Faris kosong! Masakan anaknya ke pohon banyan itu?

"Tak, tak mungkin!"

Belum sempat Rozana mengatur langkah untuk ke kawasan pohon banyan itu, kedengaran bunyi air dari bilik air di dalam bilik anak bungsunya. Pantas dia menoleh lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Faris! Faris kat dalam bilik air ke?" tanya Rozana, risau dan bimbang. Dia bimbang apa yang dia takuti selama ini mula menghantui hidup dia dan anak-anaknya.

"Faris! Jawab ibu sayang." Diun pintu bilik air diketuk beberapa kali. Sudahlah anaknya memang jenis jarang bercakap. Dia bimbang yang berada di dalam bilik air itu ketika ini bukan anaknya.

"Huk! Huk!"

Dengan jelas kedengaran suara Faris terbatuk dari dalam bilik air.

Rozana menghela nafas lega. Tenyata tebakannya tidak mengenda. Nafas yang kencang tadi kembali mereda.

"Nanti kalau Faris dah siap, turun bawah sarapan ya?" pesan Rozana sebelum meninggalkan bilik anak bungsunya itu. 

Walaupun Faris baru berusia lapan tahun, anak kecil itu sudah pandai menguruskan dirinya sendiri. Mungkin disebabkan dia terlalu sibuk bekerja menyebabkan anak bungsunya itu lebih awal pandai berdikari atas bantuan Mak Piah.

Rozana masih hairan dengan bekas tapak kaki yang melata di lantai. Dari mana datangnya bekas tapak kaki itu? Yang menghairankanya, bekas tapak kaki itu hilang betul-betul di hadapan bilik Faris. Buat seketika Rozana terus memerhati bekas tapak kaki di hadapan bilik Faris. Seketika kemudian dia melangkah menuju ke bakul pakaian kotor anaknya.

Terkejut Rozana bila melihat pakaian anaknya basah! Juga terdapat kesan kotor yang jelas kesan lumpur. Malam tadi hujan, adakah...

"Ibu buat apa tu?"

Rozana terkejut. Pantas dia menoleh memandang ke arah suara itu.

"Errr... Ibu nak bawa pakaian kotor Faris ni ke bawah." Teragak-agak Rozana menjawab. Aneh sungguh sikap Faris sejak ke bekalangan ini. Sepertinya Faris yang ada di hadapannya ketika ini bukan Faris yang sebenar. Pandangannya nampak sinis.

"Faris bersiap ya? Baju sekolah Faris ada kat bilik sebelah. Dah siap nanti turun bawah. Ibu nak siapkan sarapan," ujar Rozana lalu meninggalkan bilik itu bersama bakul pakaian kotor Faris.

Melangkah sahaja dia keluar dari bilik itu, Faris terus menutup pintu biliknya. Sama seperti sebelum ini. Semakin risau dia dengan keadaan anak bungsunya itu. Rozana melangkah mengikuti bekas tapak kaki di lantai. Bekas tapak kaki itu terus menuruni anak tangga kemudian menuju ke pintu utama rumah.

GENDERUWOWhere stories live. Discover now