BAB 04

112 3 0
                                    


SEJAK tadi Rozana terus gelisah. Insan yang dinanti masih belum memunculkan diri. Jam di pergelangan tangan sekejap-sekejap akan dipandang. Hatinya mula yakinkan sesuatu. Sesuatu yang dia paling ditakuti seolah perlahan-lahan cuba memasuki hidupnya. Dalam masa yang sama dia berharap apa yang dia yakini itu tidak mengena dan hanya mainan perasaannya sahaja.

Tuk! Tuk!

Pintu pejabat diketuk dari luar.

"Masuk!"

"Maaf puan kerana menganggu. Puan Zalika dah sampai. Nak suruh dia masuk sekarang?" jelas dan tanya pembantunya di muka pintu pejabat.

"Suruh dia masuk sekarang," pantas Rozana membalas.

"Baik puan," akur pembantunya.

Beberapa saat kemudian, muncul Zalika di muka pintu.

"Za..." Rozana terus meluru mendapatkan kawannya itu lalu mereka berpelukan dan berlaga pipi untuk seketika. 

Rasanya sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu. Kali terakhir mereka bertemu pada dua bulan lepas.

"Kenapa ni Ta? Kau beria-ia nak aku datang ke pejabat kau ni, macam ada sesuatu yang serius aje?" tanya Zalika, selepas mereka selesai berlaga pipi.

"Kita cakap kat situ." 

Rozana membawa Zalika ke ruang perbincangan tidak jauh dari meja kerjanya. Di ruang itu terdadat set sofa kulit dan meja kopi di tengah-tengahnya.

"Kenapa ni Ta? Kau buat aku risau," tanya Zalika lagi selepas mereka selesa duduk.

Rozana semakin gelisah.

"Aku rasa 'benda' tu macam... dah mula kacau keluarga aku."

Berkerut dahi Zalika memandang Rozana. Dia cuba memahami apa yang cuba Rozana maksudkan dari kata-katanya.

"Aku tak faham. 'Benda' apa yang kau maksudkan?"

"Aku ada call kau beberapa minggu lepas bercerita pasal Faris, kan? Kau ingat lagi?" jawab Rozana dengan pertanyaan yang tiada kaitan dengan pertanyaan Zalika tadi.

"Pasal Faris dah berani keluar rumah dan duduk seorang diri kat tepi sungai tu?"

Berita-ia Rozana anggukan kepala – mengiakan pertanyaan Zalika.

"Ada sesuatu yang aku tak bagi tahu kau."

Sekali lagi Zalika berkerut dahi memandang Zalika.

"Apa yang kau tak bagi tahu aku?"

"Faris kerap ke tepi sungai tu dan duduk betul-betul kat bawah..." 

Terasa berat untuk Rozana meluahkan. Dia sangkakan apa yang berlaku pada anak bungsunya hanya kebetulan. Tapi bila perkara yang sama kerap kali berulang, hatinya mula merasakan semuanya sudah dirancang dan bukannya kebetulan.

"Bawah apa, Ta? Boleh tak kau habiskan cerita kau?" 

Tertekan Zalika bila Rozana sengaja menggantungkan kata-katanya.

"Dia duduk kat bawah pokok banyan tu."

Zalika terkejut besar.

"Bawah pokok banyan yang sama?"

Rozana angguk kepala, yakin.

"Aku macam dapat rasa, 'benda' tu dah mula nak ganggu keluarga aku," luah Rozana, semakin gelisah.

"Tak kan 'dia' dah dapat tahu pasal..."

"Tak kanlah," tintas Rozana.

Terdiam terus Zalika. Ya, dia lah satu-satunya manusia yang tahu rahsia besar Rozana. Dan dialah punca semua ini berlaku. Hatinya mula yakin semua ini berlaku ada kaitan dengan anak Rozana.

GENDERUWOWhere stories live. Discover now