ARENA PERLAWANAN
Alicia berjalan ke arah sekumpulan ejen-ejen muda yang sedang menunggunya di arena MATA itu.
"Ouh, itu dia. Pelajar rahsia dah tiba," Roza menyambut Alicia dengan senyuman sinis.
Rudy disebelahnya memandang Alicia tajam.
Alicia berdecit menyampah. Dia berhenti lebih kurang semeter dari sekumpulan ejen itu. "Bila kita nak mula? Takkan nak berlatih dulu? Huh."
Chris mengerling Jet, memberi isyarat untuk ke bilik kawalan arena bersamanya. Jet mengangguk sebelum mereka berdua bersama-sama berjalan ke bilik kawalan arena yang terletak tidak jauh dari situ.
Ejen-ejen muda selain Rudy dan Alicia mula keluar dari kawasan arena, mereka akan melihat mereka berlawan dari kawasan menunggu diatas.
Suatu hologram muncul dihadapan mereka yang mempamerkan kiraan nombor bila perlawanan mereka akan bermula.
"Jadi, tak nak letakkan pertaruhan kau dulu, pelajar rahsia?" Rudy bertanya sinis. Dia seakan-akan saja mahu memprovok Alicia.
Namun, Alicia bukanlah seorang yang mudah diprovok. Memang silap besar.
"Aku dah letakkan taruhan aku semalam. Kalau aku menang, jangan kacau Ali lagi."
Rudy mengangguk. Dia menayangkan senyuman sengetnya. "Kalau aku pula menang, aku nak kau dan Ali keluar dari MATA. Deal?"
"Deal."
Mereka masing-masing berpandangan tajam lalu mereka berundur sedikit jauh daripada satu sama lain.
"Dah boleh mula?" Jet bertanya dari atas. Dia mendapat anggukan dari Alicia dan Rudy.
"Baiklah, syaratnya senang saja. Kau orang perlu melepasi semua halangan yang ditetapkan dan orang yang paling awal tiba di garisan penamat, akan dikira sebagai pemenang," Jet memberi penerangan.
"Sedia?" Chris bertanya. Alicia dan Rudy berpandangan sebelum mereka masing-masing mengangguk sekali lagi.
Chris menekan butang start. Pengiraan di hologram yang terpampang dihadapan mereka segera dimulakan.
1
2
3
"Mula!"
Kawasan disekeliling mereka berubah menjadi sebuah kawasan yang dipenuhi drone dan robot MATA yang dikenali sebagai droid milik MATA. Ejen-ejen muda yang berada diatas sebentar tadi sudah tidak kelihatan di pandangan mereka.
Alicia memulakan serangannya untuk menumpaskan drone-drone dan droid-droid tersebut. Dia menendang droid yang cuba menghampirinya yang membuatkan droid itu terpelanting jauh darinya dan merempuh sebuah droid yang lain.
Rudy menjelingnya. Dia juga menggunakan kemahirannya iaitu menggunakan gajetnya, Shadow Cuff untuk mengikat tangan salah sebuah droid dan mengawal droid itu untuk menembak drone dan droid yang lain. Tembakannya juga hampir mengenai Alicia yang membuatkan Alicia berdecit geram.
Tetapi, Alicia hanya mengendahkannya. Dia dengan cekap mengeluarkan gajet miliknya iaitu Balistik, senjata lastik yang boleh menembak projektil sehingga sejauh 100 meter dengan peluru yang mempunyai pelbagai fungsi.
Dia melastik peluru bebola berwarna biru ke arah sekumpulan droid yang menghasilkan pusat graviti yang dapat menarik musuh daripada bergerak bebas dalam masa hanya beberapa saat.
Alicia kemudiannya berlari laju untuk ke platform seterusnya untuk melepasi halangan seterusnya setelah berjaya mengosongkan jalannya dan meninggalkan Rudy berseorangan berlawan dengan drone dan droid tersebut.
Namun, tak sampai beberapa minit, Rudy berada di belakangnya. Juga untuk ke platform seterusnya. "Kau tak akan menang, Alicia!" Dia berkata sambil anak mata coklat pekatnya menikam anak mata Alicia tajam.
"Yakinnya kau, Rudy. Mana kau tahu yang kau akan menang?" Alicia bertanya sinis.
"Aku tak tahu yang aku akan menang, tapi aku akan pastikan kau kalah!" Menggunakan Shadow Cuff miliknya, dia cuba menyerang Alicia membuatkan langkah Alicia terhenti untuk mengelak dan sekaligus berlawan dengan ejen inviso itu.
Alicia menembak Rudy menggunakan balistiknya yang menggunakan peluru berwarna hijau yang berfungsi untuk meletup apabila bersentuhan dan akan melumpuhkan musuh.
Rudy segera mengelak dengan cekap.
Tak cukup menggunakan gajet, mereka masing-masing turun tangan dan berlawan secara kombat menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri mereka.
Bom!
Sebuah letupan yang tiba-tiba terhasil membuatkan kedua-dua mereka tercampak jauh dari satu sama lain.
Disebalik asap yang mengaburkan mata mereka, kelihatan seorang remaja lelaki bersuit merah melambangkan bahawa dia seorang ejen Teknno berdiri tidak jauh dari mereka sambil memutarkan gasing ditangannya. IRIS yang dipakainya bersinar terang berwarna putih. Wajahnya terdapat urat biru yang bercahaya berselirat yang terpamer.
"Ali?"
"Tak.. tak mungkin," Alicia menggumam perlahan. Matanya terbuntang luas melihat gerangan yang berada dihadapan mereka.
"Macam mana dia boleh lepas masuk?" Rudy berkata dalam nada marah. Alat pendengaran ditelinganya yang bersambung dengan Jet yang berada di bilik kawalan ditekan untuk berhubung.
"Jet! Macam mana budak IRIS ni boleh terlepas masuk?" Rudy bertanya. Namun, hanya dibalas dengan kesunyian yang menghiasi gegendang telinganya.
"Jet?" Rudy sekali lagi berbicara.
"Rudy.. panggil.. panggil mentor..cepat.."
Suara Jet yang lemah membuatkan mata Rudy membulat. Tangannya yang menekan alat pendengaran ditelinga jatuh ke sisi.
"Kau... apa... apa yang kau dah buat dengan mereka?"
Vote
YOU ARE READING
Perubahan [EA] [In Editing]
Fiksi PenggemarPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.