9 | Pembelot

2.6K 162 3
                                        

"Done!"

Dia tersenyum sendiri apabila dia sudah siap memasang bom di tepi base MATA.

Kawasan di situ sunyi kerana ejen-ejen lain berada di akademik.

Urusan letupan itu masih belum selesai. Mereka ingin mencari pelaku yang meletakkan bom tersebut.

Dia berada di situ kerana arahan yang telah diberikan kepadanya waktu perjumpaan bersama-sama mentor teras semalam, general yang meminta dia untuk mengesan jikalau masih ada bom-bom lain yang tersembunyi di sana.

Dia juga pelik dengan arahan general kerana tempoh hari base MATA telah diperiksa dengan teliti dan tiada sebarang unsur yang berbahaya disitu.

Namun, arahan general memberinya peluang untuknya menjalankan 'kerja' yang tergendala. CCTV di situ telah dicerobohnya lebih awal.

Sebenarnya, dia tidak keseorangan. Masih ada drone-drone milik MATA dan robot-robot milik MATA.

Juga seorang manusia yang sedang memerhatikan dirinya tanpa disedari dirinya sendiri. Sebelum dia meletakkan bom tadi, dia sudah memastikan tidak ada drone atau robot di sekeliling. Cuma dia tidak perasan akan kehadiran manusia itu.

Setelah setengah jam berada di situ untuk memantau, dia bergerak kembali ke akademik.

Manusia yang tidak disedari kewujudannya itu, hanya memerhati dan merakam tanpa sebarang tindakan.

Tit tit! Tit tit!

Mesej masuk berbunyi di telefonnya. Dia tersenyum ..sinis.

Sebelum bergegas ke akademik MATA.

Orang yang memerhatikannya juga bergegas ke sana apabila mendapat panggilan dari akademik MATA.

Telefon yang digunakan masih berada didalam mood senyap, tetapi, panggilan masuk masih terlihat di skrin telefonnya.

Manusia itu juga berlari walaupun dalam keadaan senyap. Dia masih dapat menjaga kakinya dari menghasilkan sebarang bunyi.







MATA Akademik

"Bagus kamu sudah sampai."

Perjumpaan bersama mentor teras. Sekali lagi.

General menegur ejen yang ber'suit' merah melambangkan teras tekno itu manakala mentor-mentor teras lain hanya memandang.

Tapi, apabila dia melihat mentor mentor teras itu sekali lagi ada sesuatu yang tak kena di sekelilingnya. Mentor-mentor teras itu tersenyum.

Tak semanis gula
Tak semasam asam
Tak semasin garam

Psiko?tak
Gila?lagi la tak
Sindiran?pun tak

Senyuman yang tampak

           sinis...

Ada sesuatu yang tak kena. Dia mula resah bila melihat senyuman ejen ejen itu namun mukanya yang dingin cuba dikekalkan bagi melindungi keresahan yang bertapak di dalam hati.

Dia menarik nafas perlahan lalu menghembus sebelum dia bertanya. Dengan tenang.

"Jadi, ada apa general nak bincang ni."

Nada suaranya cuba dikawal namun jika melihat matanya dengan fokus, dapat melihat ada keresahan di matanya.

Dia cuba untuk memberi tumpuan kepada general. Hanya general. Pandangan ejen-ejen disekeliling tidak diendahkan.

"Dah habis bermain?"

Suara budak perempuan yang cukup dikenalinya muncul dari belakang. Nada suaranya lebih kepada sindiran berserta senyuman penuh makna.

"Siapa?"

"Siapa yang bermain?"
Nadanya cuba dikawal walaupun dia sudah jangka ini mungkin akan berlaku.

Tiba-tiba drone-drone milik MATA keluar dari atas dan senjata yang dilengkapkan bersama drone-drone tersebut terarah kepadanya.

"Woah! Woah! Apa ni?"

Dia cuba mengekalkan suara datarnya.

"Tak perlu berlakon. Ali."

Ya. Itu Ali. Sebeku air yang mengeras. Sedingin air di kawasan sejuk.
Pintu bilik itu terbuka wajah beku seorang ejen ditatap penuh kejutan. Inviso. Ejen Inviso.

"Rizwan macam mana kamu.."

Percakapannya terhenti sebentar.

"Ta-"

Perkataan yang hendak disebut mentor teras Neuro itu pantas dipotong.

"Kenapa general sembunyikan perkara ni dari saya?"

Rizwan bertanya. Suara nya kedengaran beku tetapi tegas.

Walaupun suaranya hanya perlahan, tapi ia mampu didengari oleh setiap ejen yang berada di bilik itu.

Perkara ini telah disembunyikan oleh general dan beberapa orang ejen yang terlibat seperti mentor-mentor teras dan budak perempuan teras Neuro, Alicia.

Budak ber'suit' merah itu juga tidak mengetahui rancangan sebenar perjumpaan ini diadakan.

Ejen Inviso itu juga tidak diberitahu tentang perkara ini. Dia hanya diberitahu oleh ketua teras iaitu pelajarnya pengkhianat.

Lemah lututnya waktu menerima kenyataan itu. Dia tidak menyangka tentang perkara ini. Dia berjumpa dengan ketua teras hanya ingin mengetahui keadaan pelajarnya yang sudah lama tidak berada bersamanya atas tugasan yang diberi general tapi ketua-ketua teras memberitahunya kenyataan yang mengejutkan dirinya.

"Kamu terlalu risaukan dia, Rizwan."

Bunyi tepukan bergema di bilik perjumpaan itu.

"Hmm drama. Kan? Aku p.e.m.b.e.l.o.t pembelot kan? Tu yang kau orang semua maksudkan. Ya tak?"

"I know that's not you, Ali."

Ali. Tekno. Ejen IRIS. Pembelot MATA. Sangat mengejutkan namun itu hakikat. Yang perlu di terima.

Perubahan [EA] [In Editing]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang