10 | Coming School [0.1]

2.2K 134 0
                                    

3 minggu sudah berlalu. Tempoh cuti yang diminta oleh MATA untuk Ali sudah habis.

Kini, dia perlu kembali kesekolah. Ayahnya, Ghazali juga sudah pulang dari outstation.

"No more MATA, No more mission!"

Dia berkata setelah menutup alarm telefon yang berada di sebelah.

Sejurus itu, dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

MATA?

Ali sudah tidak ambil tahu tentang MATA sejak kejadian itu.

Jam dikerling seketika.

6am.

Niatnya untuk mengejutkan Ali terbantut apabila dia ternampak susuk tubuh anaknya itu menuruni anak tangga.

Lengkap berpakaian sekolah berserta beg dan skuter yang selalu dinaikinya untuk kesekolah.

Dapur yang berada di kiri ruang tamu dimasukinya.

Jem dan roti yang berada di atas kabinet dicapai lalu disapukan jem ke atas dua keping roti.

Selepas siap, air kopi yang sudah tersedia di dalam peti ais pula di ambil ianya di tuang ke dalam sebuah cawan.

Sekeping roti tadi dimakan dan secawan air diminum.

Dia berlalu ke ruang tamu rumah itu. Kelihatan seorang lelaki yang memakai baju berwarna kelabu bersama seluar hitam masih leka dibuai mimpi bersama iPad yang berada di atas badannya menandakan dia tertidur sewaktu membuat kerja kerjanya sebagai salah satu peneraju bandar Cyberaya itu.

"Ayah, Ali pegi dulu. Ali dah sediakan sarapan nanti ayah makan ya?"

Ali menegur lelaki itu iaitu ayah kepada Ali.

Dia sudah lali dengan perangai ayahnya yang selalu tertidur disofa waktu membuat kerja.

"Huarghh!"

Ayahnya menguap sebelum berkata.
"Ya, terima kasih, Ali. Belajar elok-elok."







Sesampainya disekolah, dia melihat seseorang yang berdiri dan dalam masa yang sama bersandar di pondok pengawal sedang memerhatikannya dengan gaya rambut yang serabai dan memakai kaca mata hitam serta memegang sebuah buku.

Gayanya seperti seorang yang tidak terurus.

Itu gurunya sewaktu sekolah rendahnya.

Guru itu dipindahkan kesitu atas sebab ingin memerhatikannya sebagai ejen.

Ali mengukir senyuman sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam sekolah.

Pada tahun ini Ali sudah berumur 13 tahun. Dia bersekolah di SMT Cyberaya iaitu sekolah menengah aliran SRT Cyberaya dia kini berada di kelas 1A kelas pertama bagi tingkatan 1.

Alicia juga bersekolah di situ dia mendapat 6A dalam peperiksaan tahun enam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) ujian penting bagi sekolah rendah, dia banyak mendapat tawaran untuk memasuki sekolah sekolah yang mempunyai pelajar yang sama taraf kepandaian dengannya namun dia terpaksa menolak kerana ingin menjalankan misi.

Ali pula hanya mendapat 4A 2B dalam ujian tersebut. Dia tidaklah sepandai Alicia namun dia juga mendapat tawaran dari sekolah sekolah yang lebih pandai namun alasannya tetap sama seperti Alicia , dia ingin menjalankan misi.

Apabila ditanya ayahnya dia hanya menjawab bahawa dia lebih suka bersekolah di sekolah menengah biasa dari sekolah menengah yang mempunyai pelajar pelajar nerd, ayahnya hanya akur dengan jawapan itu.

Viktor?

Dia juga mendapat keputusan sama seperti Alicia sewaktu mendapat markah UPSRnya tapi dia tetap mahu bersekolah disitu juga.

Katanya, dia ingin setia berkawan dengan Ali kerana apabila dia disekolah lain dia mungkin sudah tidak rapat dengan Ali.

Rakan rakan yang sekelas dengan Ali dulu juga ada yang bersekolah disini cuma kelas mereka berlainan.

Ali hanya pelajar biasa tiada gelaran pengawas atau ketua pengawas manakala Alicia pula seorang penolong ketua tingkatan dia diambil sebagai penolong ketua tingkatan berdasarkan markah UPSRnya.

Sekolah itu akan mula memilih calon untuk dijadikan pengawas pada tingkatan dua.

Ali duduk ditempat duduknya yang berada di tepi kanan barisan tengah di  belakangnya Viktor dan di hadapan tengah Alicia.
Dia sampai awal hari ini jadi pelajar dikelasnya masih ramai yang belum hadir.

Dia mengambil masa ini untuk menelaah mata pelajaran Sains.

Waktu pagi yang sunyi menyebabkan dia senang fokus dan terleka dengan subjek itu.

Beberapa minit selepas itu ramai pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing masing mungkin telah lewat?

Ali masih fokus membaca melalui iPad yang dikhaskan untuk sekolahnya.

Walaupun suasana bertukar kepada sedikit bising dia masih boleh memberi tumpuan kepada bahan bacaan yang dibaca.

Alicia juga sedang menelaah bahan bacaan namun apa yang berbeza hanyalah subjek yang dibaca.

"Hi Ali! Tengah baca apa tu?"

Dia tersentak seraya menoleh kearah suara itu.

"Aku tengah baca Sains ni Bab kitaran haid ada yang aku tak faham. Ha Viktor, kau... boleh ajar aku?"

Viktor mengerling jam ditangan kirinya masih berbaki 15minit sebelum pembelajaran dimulakan. Jadi dia masih boleh mengajar Ali.

"Boleh saja maa, lagipun cikgu pun masih lambat mahu masuk."

Ali hanya tersengih. Viktor mula mengambil kerusi dimejanya dan diletakkan dimeja Ali.

IPad dikeluarkan.

Dia mula mengajar Ali a.k.a sahabat baiknya. Perlahan lahan Ali mulai memahami tentang bab tersebut.

Puan Julia a.k.a guru Matematik memasuki kelas 1A waktu ini adalah subjek Matematik.

"Selamat pagi, cikgu!"

Najmi selaku ketua kelas 1A mengarahkan pelajar pelajar kelas itu bangun lantas mengucapkan selamat pagi pada puan Julia.

"Baiklah selamat pagi kamu semua boleh duduk. Kamu akan mengulangkaji sendiri beberapa bab kerana pada bulan hadapan kamu semua akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Sila catat Bab-bab yang akan masuk didalam ujian kali ini."

Pelajar-pelajar yang berada disitu hanya bereaksi biasa lalu mereka mengeluarkan iPad masing masing untuk mencatat.

Sememangnya mereka sudah terbiasa mengenai ujian mengejut seperti ini.

"Ok bab yang akan masuk untuk ujian kali ini ialah bab 1, 2, 3, 4, 5 dan sedikit bab 6 memandangkan kita telah belajar sehingga bab 7 saya pasti kamu semua dapat mengulangkaji dengan lebih mudah. Kamu boleh mula."

Suasana didalam kelas bertukar menjadi sunyi apabila pelajar pelajar mula mengulangkaji pelajaran.

Tok! Tok! Tok!

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now