Aku bangun dan melihat keadaan sekeliling.
Dekat mna ni?
Bukan ini... "Erghh sakitnya kepala aku."
____
"Leon, Geetha kata, Ali dah sedar, jom lawat. Nak?"
Bakar bertanya bila melihat Leon hanya diam sedari tadi.Leon mengangguk.
Dia masih cuba memproses apa yang terjadi beberapa jam yang lalu.
Dia termenung tidak menghiraukan Bakar yang berada dihadapan.
"Leon?"
Leon tersentak apabila namanya dipanggil."Y... Ya"
Leon tergagap menjawab."Pergi lawat Ali, jom?"
Bakar mengulangi perbuatannya.Leon sekadar mengangguk. Matanya melihat ejen-ejen muda yang sedang rancak berbual sesama sendiri.
Dia terdengar Jet berkata-kata kepada Rudy dan Roza.
"Weh, kau ada dengar tak yang si Ali tu, psiko?"
Jet berkata selamba."Psiko?"
Roza bertanya keliru."Ha'ah, memang dia psiko, sebab aku dengar mentor-mentor bercakap yang masa diorang lawan dengan si Ali tu, mata Ali merah and then ada pisau kat tangan dia. IRIS dengan yoyo dia, semua campak tepi."
Rudy berkata sedikit kuat. Seolah ingin ejen Leon yang berada berhampiran mendengar."Jom?"
Bakar sekali lagi mengajak Leon yang merenung Rudy.Mereka tiba dibilik rawatan setelah beberapa minit berjalan.
Bakar dan Leon menegur Ali mesra tapi malang sekali kerana Ali...
"Siapa kamu berdua ni? Saya kenal ke? Sebelum tu saya deat mana ni?"
hilang ingatan...
"Bakar, kau pergi tanya Geetha jap, apa dah jadi."
Leon berkata selepas beberapa saat dia terkaku.Bakar tersentak lantas mengangguk sahaja.
Kakinya laju berjalan menuju ke bilik CCTV.
Yalah, selalunya Geetha ada kat bilik tuu waktu waktu macam ni tengah memeriksa CCTV.
Dia masuk ke bilik itu dan... Geetha ada.
Tepat tekaannya tentang keberadaan Geetha disitu.
Geetha menoleh ke belakang mencari gerangan yang membuka pintu.
Dia ternampak Bakar.
"Oh, kamu Bakar, ada apa kamu ke sini?"
"Geetha, apa jadi kat Ali sampai dia boleh tak ingat apa apa."
"Hilang ingatan ke?"
"Ha'ah"
"Entahlah saya sendiri baru tahu tentang ini dari kamu. Apa kata kita pergi tengok keadaan dia dulu?"
Geetha menjengkitkan sedikit keningnya ke atas.Bakar hanya diam dan mengangguk lantas berjalan ke luar dari bilik tersebut.
Mereka hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.
Setibanya di bilik rawatan Geetha terus sahaja memeriksa keadaan Ali.
"Leon, Bakar, mari keluar sekejap."
Sebaik mereka berada di luar bilik Geetha terus memberitahu keadaan Ali.
"Pada pemeriksaan saya, tekanan yang tinggi pada fikiran Ali membuatkan dia mengalami amnesia tapi kamu berdua jangan risau. Dia mungkin akan sembuh dalam masa 1 atau 2 bulan, jika kamu membantu Ali untuk mengingati apa apa yang berlaku sebelum dia kena amnesia"
Geetha menerangkannya dengan jelas dan panjang lebar sampai dia sendiri tak cukup nafas."Kejadian waktu dalam kelas dia patut ke kita bagitau?"
Leon bertanya."Sya rasa tak perlu kot. Jangan ingatkan dia pada kejadian yang negatif seperti apa yang kamu sebut tadi dan ejen Zain.."
Senyuman Geetha mulai pudar sedikit apabila dia menyebut nama itu."Baiklah kami faham terima kasih itu saja."
Bakar pantas memotong apabila melihat senyuman pudar itu.Leon dan Bakar kembali ke bilik rawatan untuk memerhatikan Ali manakala Geetha pula menuju ke base MATA untuk melaporkan perkara itu kepada general.
"Baiklah buka muka surat 21 dan buat latihan nombor 5&6, faham?"
Puan Julia berkata sambil tangannya sibuk menulis angka yang disebutnya tadi pada papan putih.Alicia melihat tempat duduk Ali yang kosong, dia mengeluh perlahan.
Jika begini pasti kedudukan Ali didalam kelas kembali corot.
Hatinya berkata.Itu sudah pasti, kerana Ali selalu sahaja tidak hadir kesekolah akibat ingatan silamnya.
Dia pasti tidak dapat mengejar pembelajaran akibat terlalu banyak cuti.
Alicia termenung berfikir tentang si ejen IRIS itu.
Pembelajaran dia sendiri pun sudah banyak terabai akibat kerisauannya terhadap Ali semenjak kebelakangan ini.
"Alicia?"
Puan Julia menegur perlahan bila melihat Alicia termenung.Latihan yang terpapar pada tablet dihiraukan.
"Y... Ya."
Tergagap Alicia menjawab."Kenapa kamu termenung? Buatlah latihan tu."
Puan Julia menegur.Alicia pantas mengangguk dan mengalihkan pandangan pada tabletnya padahal fikirannya sudah melayang jauh.
Pada pagi tadi, dia sudah dimaklumkan oleh general tentang kejadian yang tidak dijangka itu.
Ini menyebabkan kerisauannya bertambah.
"Ali , kau ada ingat benda lain ke selain nama kau?"
Bakar bertanya lagi.Memang sejak dari tadi dia dan Leon cuba mengingatkan Ali tentang peristiwa peristiwa lalu selepas berkenalan semula.
"Err... itu je lah uncle sya tahu"
Ali memandang mereka berdua hairan.Bakar menjauhi sedikit katil Ali dan menarik Leon sekali.
"Em... nampaknya, aku rasa kita patut rahsiakan perkara ini dari Rizwan lah."
Bakar berkata dengan nada berbisik."Kenapa?"
Leon bertanya kekeliruan."kau tak perasan ke Leon? Rizwan tu sekarang ni, fikiran dia macam tak menentu. Dia senang naik angin sampai ejen muda yang jalankan misi dengan dia pun kena belasah teruk sebab tersilap langkah. Lagipun, Rizwan tu belum sembuh sepenuhnya kan?"
Panjang lebar Bakar berkata."Em, betul juga kata kamu. Baiklah, saya akan beritahu Geetha dan General untuk rahsiakan perkara ini."
Leon berkata. Dia segera pergi untuk mencari general.Manakala Bakar kembali ke katil Ali yang masih terpinga-pinga.
"Ali, kau nak pergi jalan-jalan sekitar akademik ni? Pergi lah. Kalau nak apa-apa call je uncle"
Dia berkata sambil mengenyit sebelah matanya.Ali mengangguk.
Dia segera turun dari katil dan berlalu keluar dari bilik itu.
Tempat pertama yang ditujunya ialah... bilik latihan.
YOU ARE READING
Perubahan [EA] [In Editing]
FanfictionPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.