BBQ...

1.5K 96 6
                                        

Langit yang cerah ditelan kegelapan malam hanya disinari sinaran bulan yang tidak secerah matahari.

Ejen ejen muda M.A.T.A mulai memenuhi perkarangan rumah Rizwan.

"Assalamu'alaikum!"

Serentak salam diberi ejen ejen muda itu.
Jet menekan loceng(?).

Selepas beberapa saat. Seorang pemuda berbaju kemeja maroon dan berseluar jeans merah membuka pintu.

Ejen ejen muda yang lain terpaku seketika melihat ke'macho'an ejen terhebat M.A.T.A itu.

Pap!

Rudy menepuk tangan.
"Kau orang ni apahal? Macam xpenah nmpk org je aq tgk"

Bulat tersengih menampakkan gigi yang putih serta pipi yang gebu bagaikan diisi pau.

"Alaaa kitorang 'terkesima' je melihat seorang ejen Inviso terhebat M.A.T.A yang kacak lagikan tampan memakai baju kasual yang telah menambahkan ketampanan dimata patik"

Moon berkata serta berpuitis seraya tangan kanannya diletakkan didada kirinya dan dia menundukkan dirinya sedikit sebagai penambah rasa bagi kata kata pujiannya yang tinggi bak gunung Kinabalu itu.

Zass menjeling menyampah. 'Aq pun ejen Inviso jugak xde pun dia nak puji aq' hatinya berbisik menyatakan sedikit dengki. Bibirnya yang berwarna merah jambu itu dimuncungkan sesikit. Wajah yang tadinya ceria berubah masam.

"Wehh kau ye pun nak bersajak, berpuisi, berpuitis tgk laa tepi kau tuu dulu. Kan dah masam muka ejen Inviso kesayangan kau tu"
Khai menegur dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah Zass.
Zass pula masih diawang-awangan dengan sifat dengkinya yang masih belum pudar.

"Zassssss~ ohhh Zasss~"
Moon mendayu-dayukan suaranya untuk memanggil Zass. Takut juga cinta hatinya itu terasa hati dengan sikapnya sebentar tadi.

"Woiii!"
Apabila suaranya yang merdu tidak dilayan Zass , mulalah suaranya yang garang bak puan Munah itu muncul.
Zass yang tidak menyedari panggilan mendayu dayu dari sang puteri Moon tadi terkejut apabila disergah dengan suara garang yang sangat dikenali. Matanya membulat lalu dengan tangkas kepalanya dipusingkan menghadap empunya suara.
Dia tersengih. Moon pula sudah bermasam muka.

"Dia buat salah lelaki juga yang kena"
Khai mengomel

Ejen-ejen lain hanya melihat drama tidak berbayar itu sehinggalah ejen terbaik M.A.T.A a.k.a Rizwan menegur mereka untuk masuk berbual didalam sebelum bunyi merdu burung hantu mula memunculkan diri.

"Ermmm ejen Rizwan"
Suara Alicia menghentikan lamunan Rizwan yang sedang memotong daging yang besar kepada hirisan kecil.

"Ye Alicia? Ada apa?"
Kerjanya dihentikan dahulu bagi memberi tumpuan kepada anak general Rama itu.

"Ejen Rizwan xada kerja ke nak bagi kitorang? Kitorang bosan laa. Lagipun papa kata xelok duduk rumah orang tanpa tolong apa-apa"
Alicia berkata tujuannya dan juga memberitahu kata-kata papanya sewaktu dia ingin ke rumah Rizwan petang tadi.

"Baiknya kamu semua. Baiklah kalau kamu semua kata bosaaaan sangat, meh sini aq bagi kerja"

Ejen-ejen muda yang tadinya sibuk makan snek dan menonton siaran televisyen yang bertajuk 'Maral: En Guzel Hikayem' terus sahaja berpaling menghadap Rizwan dengan sepenuh fokus dan berjalan menuju ke arah Rizwan yang sedikit jauh dari sofa yang mereka duduki.

"Kerja apa ejen Rizwan?"
Roza yang dari tadi senyap membisu mula berbicara.

"Sapa pandai buat sos BBQ angkat tangan"
Majoriti kaum hawa yang berada disitu mengangkat tangan. Hanya Zera seorang sahaja yang tidak mengangkat tangan.

"Baiklah kalau macam tu , perempuan buat sos BBQ dan perap bahan mentah. Memandangkan Zera tak pandai , kau boleh tolong aq buat salad mayonis. Lelaki sediakan bahan untuk memanggang"

"Bahan?"
Rudy bertanya.

"Korang cari laa kat dapur semua yang korang nak dah ada kat atas meja dapur pandai pandai lah korang buat. Bahagian memanggang tu korang panggang kat halaman depan rumah aq, ok? Ada soalan?"

"Baik ejen Rizwan!"
Semua ejen muda kecuali Rudy dan Zera berkata hampir serentak.

Ejen ejen baru iaitu Hana, Bler, Zera dan Wees juga turut membantu tanpa rasa kekok.

Setelah hampir sejam setengah melakukan persediaan akhirnya bahan bahan mentah seperti ayam, daging , sotong , ikan dan udang galah sedia untuk dibakar. Pemanggang juga telah sedia.

Bahan pertama yang dibakar ialah udang galah memandangkan majoriti ejen menggemari udang.
Selepas setengah jam semua bahan mentah yang tadinya diperap sudah menghasilkan aroma yang lazat menandakan bahan bahan tersebut telah sedia untuk dimakan.

"Korang makan lah dulu, aq nk ambik salad mayonis ngan air jap"
Rizwan berkata.

"Jap , bila masa ejen Rizwan buat air??"
Wees berkata seraya memandang pelik ejen dihadapannya itu.

"Aq xbuat lagi air. Aq baru nak buat ni"
Rizwan berkata selamba.

"Oh kalau macamtu, saya dan Bler blh tlg ejen Rizwan"
Wees menawarkan pertolongan.

"Baiklah jika begitu, mari"
Rizwan memperlawa.

Ejen ejen muda yang lain mengambil hidangan yang terhidang.
Bermula dari ayam hinggalah udang galah semua jenis hidangan diambil Bulat entah habis entah tidak. Rakan-rakannya tidak mahu menegur takut juga jikalau kata-kata mereka menyinggung perasaan rakan mereka yang satu itu.

Sementara didapur,

"Ok siap!"

"Jom kita bawa ke halaman rumah"
Rizwan berbicara.

"Baik ejen Rizwan!"
Serentak Bler dan Wees menjawab.

Hidangan sihat itu berserta air istimewa iaitu teh hijau dan juice orange dibawa kehadapan.

"Korang~ air dah sampai"
Wees berkata seraya menunjukkan air yang berada didulang.
"Wehh bawak sini weii"
Hana berkata sedikit menjerit.

"Haa ok ok. Bawak bertenang ye wahai rakan-rakan ku"
Bicara Wees meletus kan tawa ejen-ejen muda.

Suapan demi suapan oleh mereka semua kepada mulut sendiri. Sambil-sambil mereka makan makanan yang terhidang waktu itu juga keluarnya cerita cerita yang membuatkan hati digeletek rasa lucu.

Perbualan demi perbualan menambahkan senyuman tawar dibibir Rizwan.
Dia teringatkan seseorang

Ali.

'Pasti lebih seronok jika dia berada di sini'
Senyuman pahit terus menerus diukir bagi mengaburi mata ejen-ejen muda. Tidak mahu ejen-ejen muda mengetahui tentang perkara itu.

Sungguh suatu kehidupan mempunyai banyak cabaran atau halangan yang berliku-liku seperti batuan dan pergunungan yang berada dipermukaan bumi ini.

××××××××××××××××××××××××××××

Comments and vote!
Sorry late update_

Perubahan [EA] [In Editing]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang