"This voice message is from MATA AGENT Agency. I repeat, this voice message is from MATA AGENT Agency. This investigation mission will change to arrest of suspect mission. I repeat, this investigation mission will change to arrest of suspect mission Thank you" Suara dari earphone tanpa wayar kedengaran di gegendang telinga ke empat-empat orang ejen tersebut.
Masing masing bereaksi terkejut. Like .. REALLY?!
Dari tempat persembunyian, mereka mula berkumpul di suatu tempat yang sedikit jauh dari markas mafia tersebut atas arahan Rizwan.
"Ali akan check security mereka sama ada dari luar dan dalam and macam tadi, kau dengan Alicia satu group. Matikan alarm dan serang kuncu-kuncu mereka secara senyap"
"Aku dengan Bakar akan selamatkan orang yang dia culik and tangkap ketua dia. Faham?"
Terang Rizwan.
Ali, Alicia dan Bakar mengangguk faham.
Tugas mereka kedengaran begitu mudah tapi ..mungkin lebih susah dari yang mereka sedia maklum.
❤
"Licia. Licia!"
"Ish! Apahal kau ni?!"
Kosentrasi Alicia untuk mematikan penggera terganggu oleh panggilan Ali.
Walaupun suaranya sedikit kuat namun ia masih didalam kategori terkawal iaitu tidak mengejutkan musuh.
"CCTV ni"
Ali berkata perlahan seraya meneguk liur.
Gulp!
Macam mana dalam bilik penggera kecemasan ni Ali boleh tahu keadaan CCTV?
Kerana ..
Penggera kecemasan tersebut bersambung dengan beberapa camera CCTV yang berdekatan namun untuk mengambil alih sistem CCTV atau meng'hack'nya, mereka perlu ke bilik CCTV.
"A la mak"
Mereka berdua sama-sama terkejut. Habislah!
Ali berlari dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang bunyi untuk menuju ke bilik CCTV.
Sementara Alicia, menarik nafas panjang. Dia sedaya upaya cuba menahan perasaan panik yang tiba-tiba melanda dirinya.
Mungkin kerana terkejut.
Tangannya sama ada sebelah kiri mahupun kanan kembali cekap mematikan penggera kecemasan yang terdapat dimana-mana di bilik rehat mahupun di halaman markas.
__
"Ish!"
Ali mengigit bibir menahan geram.
'Eii! 'Teddybear' ni kenapa lah dekat luar pun dia letak CCTV?!'
Bisik hatinya.
Jujur, dia langsung tak perasan ada CCTV dekat luar markas mafia itu. IRIS? Yang ini pun dia pelik! IRIS langsung tak dapat detect sebarang ancaman atau kawalan CCTV sewaktu masuk. CCTV dia boleh menyamar kut. Atau dia yang tak peka dengan persekitaran disekitarnya?
Skrin memaparkan beberapa tempat yang diletakkan CCTV terpadam satu demi satu, kesan daripada kecekapan Ali menghack CCTV. Dah macam hackers je.
Setelah kerjanya siap, Ali memulakan langkah perlahan ingin ke bilik bagi penggera kecemasan..
!
Tiba-tiba, IRIS yang dipakai Ali muncul tanda seru yang berwarna merah menandakan bahawa musuhnya berada tidak jauh dihadapannya.
Tik!
Ali memetik jarinya. Dalam sekelip mata sut Tekno bertukar menjadi sut Inviso.
Jari dipetik sekali lagi.
Small Flying Camera Recode (SFCR) terpisah dari gelang yang dibuat khas untuk Ali dan terbang ke arah musuh iaitu beberapa robot yang berteknologi tinggi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Perubahan [EA] [In Editing]
FanfictionPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.
![Perubahan [EA] [In Editing]](https://img.wattpad.com/cover/144199219-64-k369289.jpg)