"Tapi .. memori kamu?"
"It's ok. Ni pun untuk keselamatan MATA."
Berkerut wajah general Rama. Dia risau akan Ali yang berada dihadapannya.
Ali hanya senyum. Nipis.
Semua tu bukan mudah. MATA sebenarnya tak ada pun alat untuk pisahkan IRIS dengan pemakainya tapi Ali mencadangkan untuk menggunakan alat ciptaan Aaron. Walaupun ditegah general kerana bahaya namun Ali berkeras. Degil.
"General, saya minta rahsiakan perkara ni daripada orang lain. Biar saya dengan general saja tahu."
Ali berkata tegas."Tapi Rizwan dan Alicia bagaimana? Pasti mereka terkilan dengan tindakan kamu"
General memandang Ali. Ragu-ragu."Takpe. Untuk MATA"
Tegas Ali menjawab."Jadi bila kamu mahu mulakan?"
"Pukul 12pagi nanti?"
"Baiklah kalau begitu. Kita berjumpa disini pada pukul 12pagi nanti"
Sayang sungguh general Rama kepada Ali. Manakan tidak, Ali merupakan ejen paling hebat MATA. Jika ketua teras tahu tentang ini pasti mereka tidak sesekali akan memberikan kebenaran untuk memisahkan IRIS dari Ali.
__
"Ali!"
Ali berpaling ke belakang lantas tersenyum.
"Khai"
"Ehh general cakap apa kat kau???"
Khai bertanya curiga."A .. Aku .. Aku cuai masa buat misi haritu. Tu sebab kena panggil tu"
Ali tergagap-gagap menjawab."Ouh. Eh aku cari kau sebab nak bagitahu yang ejen Geetha cari kau sebab kelas dah nak mula ni"
Khai memberitahu."Erm. Kau boleh tolong bagitahu ejen Geetha yang aku ada hal nak kena urus tak?"
Ali berkata. Fikirannya memikirkan alasan.Dia ingin mengambil pakaiannya yang berada dirumah Rizwan. Nanti lepas dia pisahkan IRIS takdelah Rizwan susah-susah nak hantarkan pakaian dia.
"Ok?"
Khai berkata perlahan."Aku pergi dulu lah Khai"
Kata Ali lantas terus berlalu. Sebelum Khai bertanya banyak soalan padanya, baik dia lari dulu.__
Vroom! Vroom!
Superbike Ali bergerak laju menuju ke rumah Rizwan. Dia ada lesen jadi tak perlulah dia risau kena saman ke apa.
Dalam masa lebih kurang 30 minit dia sampai ke rumah Rizwan. Jarak antara rumahnya dengan rumah Rizwan bukannya dekat.Pintu dibuka perlahan sebelum kakinya melangkah ke biliknya yang berada di tingkat 2.
Beg berwarna maroon diambil dari bawah almari. Beg itulah yang dibawa Bakar bersama pakaiannya dahulu. Sememangnya itu lah satu-satunya beg kesayangannya.
Pakaian dilipat satu persatu dan dimasukkan ke dalam beg tadi.Setelah semua pakaiannya dimasukkan kemas ke dalam beg , dia bergerak keluar dari bilik dan menutup rapat pintu bilik.
Kakinya melangkah ke arah lift berdekatan untuk turun ke tingkat 1.__
"Thank you Licia"
Ali berterima kasih dan tersenyum mesra.Ali memberikan kunci rumah Rizwan kepada Alicia. Dia tidak mahu berhadapan dengan Rizwan buat masa ni. Biar lah kunci itu dia kirim kepada Alicia untuk diberi kepada Rizwan. Alicia ada bertanya kenapa awal sangat dia balik padahal cuti masih berbaki 3 hari namun dia menjawab tenang bahawa dia ada urusan yang hendak diselesaikan. Nasibnya baik kerana Alicia tidak banyak bertanya.
Lalu terus sahaja dia menuju ke tempatnya berjumpa dengan general Rama sebentar tadi.
__
"Duduk Ali"
General Rama mengarah.General Rama sekarang berada di hadapan kerusi yang berada di hadapan skrin.
Dia yang kena uruskan segalanya tanpa bantuan ejen lain kerana ianya rahsia antara dia dan Ali.Ali berjalan menuju ke kerusi itu. Meja dihadapannya telah diturunkan menjadi lantai.
"Kamu sedia?"
General bertanya.Ali mengangguk tanda dia bersedia.
Lincah sahaja tangan general meletakkan alat pemisah IRIS di kepala Ali. Setelah memastikan Ali memakainya dengan betul, dia menekan button merah yang ada pada sisi alat tersebut. Perlahan-lahan ia mula berfungi.
Gigi diketap kuat. Peluh menitis di pipi.
"Erghh"
Ali mengerang perlahan.Bagaikan separuh dari jiwanya ditarik bersama IRIS.
Setelah beberapa minit, mata Ali bagaikan tidak dapat terbuka. Matanya terasa berat. Perlahan-lahan dia terkulai di atas kerusi itu.
IRIS jatuh ke atas ribanya.
__"Ali Ali bangun lah. Dah pagi ni"
Ghazali mengejutkan Ali yang masih lena dibuai mimpi.Semalam, selepas dia balik dia ternampak Ali tidur di atas sofa lalu dia angkat Ali ke biliknya yang berada di tingkat atas. Dia berpendapat bahawa Ali ingin pulang awal dari rumah kawannya kerana ingin menyiapkan persiapan bagi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
Tapi sangkaannya salah ..
General Rama sendiri yang turun padang bagi menghantar Ali ke rumahnya.
"Siapa uncle ni?"
Ali bertanya dengan matanya yang terkebil-kebil.Bagaikan dunianya terhenti bagi Ghazali.
"Ali? Kamu demam ke? Saya ayah kamu la"
Ghazali bertanya lagi seraya belakang telapak tangannya diletakkan pada dahi Ali."Ayah?"
Ali bertanya sekali lagi. Yang pasti dia tak dapat ingat apa-apa."Kejap"
Ghazali mengambil telefonnya lalu membuka aplikasi wasap. Dia ingin meminta sahabat baiknya iaitu Dr. Azwan untuk ke rumah nya bagi memeriksa Ali.
Tak sampai setengah jam, Dr. Azwan sudah pun sampai. Ghazali mempelawanya untuk naik ke tingkat atas.
.
.
.
."Macam mana Azwan?"
"Ali ni dia bukan hilang ingatan atau amnesia tapi dia memang tak ingat apa-apa. Saya dapati tiada sebarang memori pun yang dia ingat"
Dr. Azwan menerangkan panjang.Ghazali terkejut. Bibir yang ingin bertanya lebih lanjut tak dapat mengungkapkan sebarang perkataan. Bagaikan sudah di zip dan dikunci rapat menggunakan mangga yang berkualiti tinggi supaya tidak terbuka.
Sebelum Dr. Azwan memetik jarinya dihadapan Ghazali. Menyentakkan lamunan Ghazali."Kau ok? Aku tak tahu lah macam mana Ali boleh tak ingat apa-apa. Tapi yang pasti memang dia takkan dapat ingat apa-apa dan kau kena mulakan semuanya dari awal. Aku nasihatkan kau cuba buka buku baru dengan anak kau"
Kata Dr. Azwan panjang × lebar.
Sambil itu, tangan kanannya menepuk bahu Ghazali.Panggilan 'saya' tadi bertukar kepada 'kau-aku' kerana Dr. Azwin akan cuba bersikap profesional dengan waris pesakit walaupun kawannya sendiri. Nasihat yang diberikannya tadi adalah nasihat sebagai rakan.
"Aku .. Ok?"
Ghazali menjawab walaupun kedengaran bagai soalan.Ting!
Telefon Dr. Azwan berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia menjenguk seketika sebelum memandang Ghazali.
"Aku pergi dulu lah Ghazali. Aku ada hal lain ni"
Ghazali hanya mengangguk lantas mengiringi Dr. Azwan ke bawah.
Ali sudah tertidur akibat ubat tidur yang diberikan Dr. Azwan.
.
.
.
.
.
.
.
."So .. I will introduce myself to you. Nama saya Ghazali iaitu ayah kamu and nama kamu ialah Ali ....."
Selepas sahaja sesi suai kenal, Ali cuba bermesra dalam kejanggalan.
××××××××××××××××××××××××××××
No ideas!
YOU ARE READING
Perubahan [EA] [In Editing]
FanfictionPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.