"Start!"
Ejen Leon memberi arahan untuk memulakan latihan.
Dia terus berlari mengikuti laluan yang penuh halangan untuk mendapatkan lambang Neuro.
Entah dimana silapnya, dia tersadung.
Walaupun jatuh, dia bangkit kembali dan meneruskan latihan.
Tamat saja latihan, ejen Leon terus memberi kedudukan bagi ejen-ejen yang terlibat dengan latihan itu.
Dia mendapat nombor dua secara keseluruhan.
Dia tersenyum walaupun dia mendapat nombor dua, namun dia bangga kerana sedikit sebanyak kebolehan yang dia ada telah meningkat.
Kedudukannya dapat melintasi kedudukan Rudy.
Rudy hanya berada di tangga ke 3.
Selesai latihan itu dia terus berjalan meninggalkan arena latihan.
Seorang gadis menegurnya dengan sinis.
"Tak payah nak berlagak sangat setakat nombor dua. Aku pun boleh dapatlah nanti tapikan, bukan sepatutnya anak general dapat nombor 1 ke?""Kau ni apahal Zera? Aku tak kacau kau pun kan?"
Alicia bertanya. Nada suaranya sedikit tinggi dari biasa."Kau ingat aku tak tahu ke Alicia? Yang kau nak jadi perhatian mentor mentor akademik ni!"
"suka hati kau lah nak kata apa, tapi aku tetap dengan prinsip aku 'make them proud even you got nothing'. Bye! Aku pergi dulu. Tak ada masa nak gaduh dengan kau."
Baru sahaja Alicia hendak berlalu pergi Zera terus mencengkam tangan Alicia dengan kuat.
Alicia kaku sebentar, sebelum menepis tangan Zera.
"Apahal kau ni, aku tak kacau kau pun. Yang kau sibuk kacau aku ni apahal?"
Alicia menengking."Aku nak kau lawan dengan aku. Aku nak tengok, siapa lagi hebat."
Zera berkata dengan nada sinis.Satu suara menyampuk percakapan dia dan Alicia.
"Kau nak lawan, kau lawan aku. Kau tak payah ganggu Alicia."
"Oh, kau Ali. Boleh ke kau kalahkan aku hah? Budak lembab!"
Zera membentak"Ya ke aku tak boleh lawan kau?"
Ali bertanya.Suaranya menjadi psiko. Dia menilik IRIS yang berada ditangannya.
"Okay, aku akan lawan kau. Tapi, kalau jadi apa-apa kat kau, jangan salahkan aku. Peraturan, jangan main tipu and kalau aku menang, Alicia, kena keluar dari academi ni dan dari MATA."
Zera menjawab.Dia tersenyum apabila nampak Alicia terdiam.
"Okay. Kalau aku kalah, aku dengan Alicia akan keluar dari MATA tapi kalau aku menang, kau jangan ganggu Alicia lagi. Kita jumpa kat arena latihan pukul 5 nanti."
Ali tersenyum. Senyuman tajam yang sengaja dihadiahkan kepada Zera.
Dia menarik tangan Alicia yang dari tadi diam dan menariknya ke bilik perjumpaan mentor-mentor.
"Ali!"
Alicia sedikit menjerit apabila tangan Ali semakin kuat menarik tangannya."Ma... maaf"
Ali tergagap."Kenapa kau setuju cabaran dia? Kau tahu kan, perlawanan begitu antara ejen muda yang lain adalah satu kesalahan!"
Alicia menengking."Oh, kesalahan. Dulu kau lawan sebab nak backup aku sampai kena panggil dengan mentor tu, bukan kesalahan?"
Jawab Ali selamba.Alicia terdiam.
Ali melepaskan pegangannya dan memberi arahan supaya menunggunya di luar.
Ali terus masuk ke dalam bilik perjumpaan itu.
"Wei kau orang rasa kenapa tadi tu? Dengan heret-heret bagai."
Khai berkata, memecah keheningan di ruang akademik itu."Ha'ah kan. Siap heret awek aku lagi."
Jet membuat mimik wajah marah.Roza dan Moon menjeling Jet dengan pandangan meluat.
Zass pula memutarkan bola matanya manakala Rudy dan Bulat masih leka dengan gadjet mereka.
Rudy yang dari tadi fokus menghadap telefonnya yang memaparkan game viral iaitu Mobile Legend atau lebih dikenali sebagai ML, bersuara.
"Kau orang tak nak siasat ke apa yang akan jadi nanti? Aku ada nampak masa Ali bercakap dengan Zera tadi. Dia nampak... psiko"
Matanya yang dari tadi menghadap telefon beralih kepada ejen-ejen muda yang lain.
Ejen-ejen muda Kombat, Neuro, Tekno dan Inviso yang baru tiada disitu kerana mereka perlu melakukan latihan yang diberi ejen Bakar, mentor teras Kombat.
"Tak perasan pun. Bila masa?"
Roza mengerling Rudy dan menjungkitkan keningnya sedikit sambil tangannya sibuk mengelap senjata."Saya pun nampak jugak tadi. Ali senyum macam nak bunuh orang aje."
Iman yang senyap dari awal perbualan berkata.Ejen-ejen muda yang berada di situ diam sekejap mungkin cuba mengimbas kembali rakaman yang diambil menggunakan mata sebagai kamera masing-masing.
"Khai, guna aro untuk rakam dan siasat apa yang diorang buat!"
Moon berkata."Hmm. Bagus jugo tu idea mu."
Budak Kelantan iaitu Chris berbicara dengan loghat Kelantannya yang pekat.Bulat hanya diam sambil tangannya menutup telefon yang dipegang.
Rubix atau magic cube yang berada di atas meja dicapainya pula lalu dia memutarkannya.
Rubix itu meletup sendiri dan membentuk satu tenaga yang tidak dapat dilihat.
Ianya dapat membuat sesiapa yang berada diluar dinding tenaga itu tidak mendengari perbincangan mereka.
"Ya Ali, ada apa kamu ke sini?"
General berkata."Saya ada perkara nak dibincangkan dengan ejen Rizwan, boleh saya bercakap dengan dia sekejap?"
Ali berkata bagi menjawab persoalan General.Rizwan memandang General meminta keizinan.
General mengangguk.
"Baiklah, tapi sekejap sahaja."
General memandang Ali dan Rizwan.Ali segera menarik tangan Rizwan menuju ke luar bilik perjumpaan itu.
Terlihat Alicia yang setia menunggu Ali disitu.
"Kau nak bincang apa dengan aku, Ali? Sampai main tarik-tarik bagai ni. Dah la kau masuk tadi pun main terjah aje, nasib General tak marah."
Rizwan berkata apabila mereka sampai berdekatan Alicia."Aku nak, kau tolong aku."
Ali berkata pandangannya bertukar psiko.Dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Perubahan [EA] [In Editing]
FanfictionPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.