8 | Get ready

2.1K 146 0
                                    


"Kita perlu bersedia untuk hadapi mana-mana ancaman dari musuh, general. Dari dalam atau dari luar."

"Siapa?"

"Saya... masih tak pasti."

"Check CCTV kawasan akademik ni."

"Baik general."

Perbualan bersama general sebentar tadi masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Siapa?

Sebelum ni, dia ada memeriksa CCTV akademik, tetapi CCTV kawasan itu telah di hack. Sekarang, dia harus mencari sendiri siapa dalang yang melakukan semua ini.

"Rizwan?"

Ya. Rizwan, dia perlu menyiasat kes di akademik ini sendiri sementara Ali memeriksa base MATA takut-takut ada sebarang benda yang berunsurkan ancaman.

"Ah, maaf."

"Jadi apa yang kamu nak beritahu?"

"Erm... Boleh kamu berhubung dengan Ali untuk meminta dia datang ke sini?"

"Boleh saja"

"Terima kasih"

Ejen Geetha hanya membalas dengan senyuman nipis. 

Mereka sekarang berada di bilik rawatan untuk memeriksa keadaan ejen-ejen yang terkena letupan itu.

Sementara memeriksa mereka, Rizwan mengambil peluang untuk meminta tolong. Ramai yang beransur pulih setelah kejadian minggu lepas tapi bukan semua. Seperti Rudy, Roza , Alicia , Moon dan Khai mereka cedera parah kerana mereka berada di kawasan yang berdekatan lokasi bom diletakkan tapi dengan kecanggihan teknologi MATA mereka dapat sembuh dalam masa yang singkat.

'Betul ke apa aku buat ni?' 
Monolognya.











Dia termenung seketika sebelum  dia meng'hack' CCTV base MATA.

Dia hanya berseorangan disitu ejen-ejen lain berada di akademik jadi senanglah dia nak buat kerja.

Dia mula di bahagian dalam base MATA.

"Ail. Ali. Kamu disana?"

"Ahh, ya ya ejen Geetha ada apa ?"

"Rizwan minta kamu untuk datang ke akademik sekejap."

"Ok."

Ejen Geetha menghubungi Ali melalui alat perhubungan yang berada di telinganya.

Ali memutarkan bebola mata. Menyampah.

Asal sibuk sangat nak ganggu dia?

Dia masih memerhatikan tempat yang sesuai tanpa robot dan drone milik MATA.

Lalu dia memukarkan CCTV MATA kepada biasa dan dia terus menuju ke akademik. Perkara yang dibuatnya adalah perkara yang menyalahi undang-undang dan boleh dianggap perbuatan jenayah.

Juga boleh membawa kepada kematian ramai orang tapi itu keputusannya tiada siapa boleh mengubah keputusan itu.

Seseorang telah memerhatikan dia tanpa disedarinya.








"Bagaimana dengan mereka?"

"Mereka semakin pulih dan mungkin dapat menjalankan misi dalam beberapa hari lagi."

"Saya harap ini keputusan yang bagus untuk melindungi MATA."

Ketua-ketua teras akhirnya mengakhiri perbincangan mereka dengan general Rama.

Mereka telah merancang sesuatu yang diluar jangkaan tapi mungkin keputusan yang dilakukan itu dapat menjamin keselamatan MATA.






Ali sudah tiba dikawasan akademik. Dia memerhati kawasan yang hancur itu.

'Teruk juga kerja kau ya?' monolognya.

Ianya dituju kepada dirinya sendiri.

Dia tersengih seketika sebelum melangkah untuk ke bilik perjumpaan.

Terdapat enam orang yang berada di bilik itu iaitu ejen Bakar, Leon, Geetha, Karya, Rizwan dan dirinya sendiri. Dia berdiri di tepi Rizwan.

"Seperti yang kamu semua tahu kamu semua mungkin akan hadapi ancaman yang lebih besar dari pihak musuh. Jadi saya harap kamu semua bersedia."

General berkata apabila semua ejen yang dipanggil telah berada di situ. Ejen-ejen lain berpandangan Angara satu sama lain.

"Ali, bagaimana hasil penyiasatan kamu?"

"Tiada sebarang benda yang berbentuk ancaman dikenal pasti. Yang pasti tiada apa apa yang mencurigakan"

"Yang pasti, tiada sebarang kemungkinan untuk ancaman yang general katakan tadi."
Sambungnya lagi.

Dalam diam, dia tersenyum. Sinis.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now