Rancangan..

1.2K 82 3
                                    

1 bulan kemudian,

"Move!"

Seorang gadis bergerak laju ke bilik penyimpanan IRIS. Pengawal? Jejaka yang memberikan arahan tadi sudah memastikan kamera litar tertutup, dihack dan pengawal keselamatan disitu sudah dialihkan perhatian.

IRIS yang terapung diantara cahaya biru, segera digapai oleh tangan bersarung sarung tangan hitam.

Tit! Tit! Tit!

Kuat bunyi siren dibunyikan menandakan barang berharga tersebut tiada ditempatnya. Gadis tersebut dengan cekap melarikan diri bersama jejaka tadi. Mereka menghilang.

__

"Dapat kenal pasti penjenayah?"
Rama selaku general bertanya tegas.

"Tak dapat general. Mereka terlalu licik. CCTV dihack manakala perhatian pengawal dialihkan."
Jelas Leon.

"Hmm. Saya mahu pelaku ditangkap, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Saya pasti, pelaku masih berada di akademi ini kerana tiada sebarang pergerakan asing keluar dilaporkan setakat ini"
Rama menghela nafas.

Siapa yang masih mahu akan IRIS? Uno sudah tiada.
Musuh baru ke?

"General, memandangkan ejen neuro, inviso, tekno dan kombat sudah mencukupi. Jadi, saya nak undur diri"
Kata Rizwan. Merujuk kepada Geetha, Leon, Bakar dan Karya.

"Baiklah jika begitu. Bersurai"

                  

                          ❤

"Aku dengar, MATA kena ceroboh semalam. IRIS kena curi. Betul ke?"
Gadis dengan rambut yang diikat ponytail bertanya. Moon.

"Betul lah tu"
Balas gadis bertudung kuning pula. Gadis itu ialah Iman.

"Criminal?"

"Tak dapat detect. Katanya licik sangat"
Sampuk Rudy.

"Alicia, kau tak tahu apa-apa ke?"
Tanya Moon.

"Aku tak tahu. Lagipun, bukan urusan aku"
Balas Alicia mendatar. Lantas bangun menuju ke bilik Neuro.

"Jangan lambat, kelas 5 minit lagi start"
Nasihatnya sebelum meneruskan langkah.

Mereka kalut melihat jam.

9:55.a.m

Kelas start pukul 10. Habislah!

Lincah mereka mengemas ruang tamu yang bertaburan bantal berbentuk bear.

Dilajukan kaki menuju ke bilik latihan mengikut teras masing-masing.

.
.
.
.
.

"Melalui terowong ni, kita akan masuk ke markas musuh. Saya akan dapatkan pendrive tersebut manakala Roza akan ke bilik security untuk matikan alarm"
Alicia menerangkan rancangan yang dibuat.

Sebagai ejen teras Neuro, mereka diminta membuat satu rancangan berdasarkan situasi yang diberi Leon. Rancangan tersebut akan dibentangkan kepada Leon untuk dinilai.

"Bagus Alicia, Roza gabungan yang sempurna. Baiklah kita akan tamatkan kelas kita pada hari ini. Pukul 5 petang diminta ke bilik latihan utama. Semua ejen akan berada disana"
Kata Leon.

"Ejen Leon"

"Ya Jet? Ada apa?"

"Betul ke IRIS kena curi? Lepastu suspek tak dapat dikesan sebab licik sangat?"

Leon diam seketika. Mencari jawapan yang sesuai.

"Ya. Berkemungkinan suspek masih berada didalam akademi ini kerana tiada identiti asing yang bergerak keluar dari akademi dikesan"
Ujar Leon.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now