Future

1.1K 55 1
                                    

Author bagi dekat korang extra 2 chapter lps chap ni sebab lama sangat x update.
😂sorry.

_________

Seorang lelaki sedang bersantai di atas sofa sambil tangannya sibuk memotong drone-drone menggunakan laser yang muncul dari jarinya.

"Ehh kau ni, general suruh practise supaya kau tu ada improvement sikit!"
Rizwan menggeleng kepalanya.

"Ahhh! Malas lah aku. Kalau general nak sangat, biar dia aje lah yang berlatih"
Balas Ali. Sempat dia menguap. Mengantuk.

Tik!

Jari Rizwan dipetik. Muncul sekumpulan drone MATA yang entah dari mana.

Ali mendengus geram.

Dah lah ayah dia duduk dekat hospital tu dia tak boleh nak jaga! Sibuk sangat nak suruh dia berlatih!

Apa? Ingat aku ni lemah sangat?!

Geram lah!

Laser di jarinya pantas menghancurkan setiap satu daripada drone tersebut. Langkah kakinya dituju ke arah pintu keluar.

Keluhan lemah dilepaskan Rizwan.

Jarang Ali malas kalau bab bab training ni. Apa kena dengan Ali hari ni?

"Ali, kamu dari mana ni?"
Ghazali bertanya. Dia musykil, dari selepas waktu sekolah tadi sepatutnya Ali melawatnya bukan petang.

"Sorry yah, Ali ada study group dengan kawan-kawan Ali, tu yang tak boleh lawat ayah awal"

"Ye lah. Ah ni, doktor bagitahu tadi. Hari ni dah boleh discharge dah. Nanti Ali gun-"

"Tak apa lah ayah, nanti Ali bayar."

Ghazali hanya mengangguk.

One!

Two!

Three!

Ali pantas melakukan back flip.

"Again"
Ali berkata seraya kawasan disekelilingnya bertukar seperti tadi.

Iaitu, terdapat beberapa tangan teknikal yang memegang papan kayu jenis tebal. Ada kayu yang berada rendah,tinggi daripada Ali Dan lebih tinggi pun ada. Ia dijadikan satu bulatan besar.

Latar belakang pula, berlatarkan warna putih.

Ali mengambil langkah sedikit ke belakang.

One!

Two!

Three!

Dia sekali lagi mengira lalu memulakan langkahnya kehadapan dengan pantas.

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Pam!

Bunyi papan kayu tebal dipatahkan kepada dua menghiasi bilik tersebut.

Nafas dihembus.

Tik!

Pakaian biasa tadi terus bertukar kepada suit ejennya berteraskan Tekno.

Kawasan sekelilingnya kini bertukar. Dari tangan teknikal yang memegang papan kayu kepada droid-droid MATA.

Ali senyum sinis.

READY?

START!

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now