Magika

1.4K 67 14
                                    

Rizwan, Bakar dan Alicia menyelinap melalui laluan yang diarahkan Ali.

Mereka berada berdekatan dengan bilik milik musuh mereka dengan nafas masing-masing yang termengah-mengah.

Dah lawan dengan robot besar, drone lagi. Kalau sikit tak apalah. Ni banyak, kau rasa?

Mahu tak letih. Ejen pun manusia juga.

"Kau orang stay back!"
Jeritan Ali buatkan mereka terkejut. Tetapi pergerakan mereka masih pantas berundur dengan melompat ke hadapan.

Bam!

Pintu bilik itu seperti terkena impak yang sangat kuat sehingga tercampak ke arah mereka bertiga. Mujur mereka sudah berundur beberapa langkah ke hadapan.

"Zērô sæf"
Sebutan mantera dari belakang ejen-ejen itu mengejutkan mereka bertiga.

Mereka bertiga berpaling melihat ke belakang.

Kelihatan Ali yang bersuit Tekno memejamkan matanya.

Matanya dibuka. Jelas kelihatan anak matanya yang berwarna merah.

Alicia terkejut.

Reaksi Rizwan dan Bakar pula, mereka tidak terlalu terkejut. Mungkin perlu dikatakan tak terkejut langsung. Malah tersenyum senget.

'I know it'
Serentak hati mereka berdua berdesis.

Bakar dan Rizwan ketepi sedikit memberi laluan kepada Ali. Manakala Alicia pula hanya mengikuti langkah mereka berdua.

Ali melangkah ke hadapan memasuki bilik musuh.

Tanpa mereka bertiga sedar satu medan perlindungan berada disekeliling mereka dalam bentuk halimunan.

Ali pula telah melangkah keluar dari perlindungan halimunan itu.

Dengan yakin dia memasuki bilik itu.

Seperti yang diagaknya, barang barang didalam bilik itu sedia terapung. Bagai sedia menyerangnya. Pengawalnya? Semestinya Teddy yang digelar Ali, Teddy Bear.

Dia berada di penjuru bilik.

"Åttäck!"

Seraya itu, barang barang yang terapung terus sahaja pergi ke arah Ali. Seperti dibaling dengan laju.

Aura Magika milik Ali sebentar tadi, hilang begitu sahaja. Kini dia hanya menggunakan cara combat.

"Masuk, tolong aku lawan si Teddy bear ni"
Arah Ali sambil tersengih.

Kelakar pula rasanya. Muka kasar panggil Teddy bear? Rasa nak tergolek kejap dekat sini.

Manakala ketiga-ketiga ejen yang berada di luar bilik tersebut segera menerjah masuk.

Barang yang dibaling dari atas dengan mudah dielak mereka berempat. Kadang-kadang ada juga yang sempat ditangkap dan dibaling kembali kepada tuan punya kuasa.

Bam!

Bam!

Barang yang terhentak lantai dan dinding menghasilkan bunyi yang kuat.

"Lïght Bâll!"

"Dãrk Bâll!"

Serentak Ali dan Teddy menghasilkan bebola ditangan mereka.

Bebola tersebut ialah, kuasa Magika mereka yang terkumpul. Yang berbeza hanyalah kuasa ditangan mereka.

Kuasa ditangan Ali adalah bebola berwarna putih cerah manakala ditangan Teddy adalah bebola berwarna hitam gelap.

Teddy mengangakan mulutnya. Dari situ keluar serangga terbang berbentuk naga bersaiz kecil menuju ke arah Alicia, Rizwan dan Bakar.

"Trouble coming"
Ujar Alicia.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now