Ketenteraman pagi diganggu oleh tangisan sang bayi iaitu ejen I.R.I.S nampaknya nama itu akan bertukar kepada nama ejen junior lah.
"Alamak dia menangis lagi!"
Suara general Rama iaitu bapa kepada Alicia mula berkumandang."Maaf general , biar saya tolong"
Geetha berkata bagi menjernihkan suasana."Geetha kamu tolong jagakan bayi itu sekejap ya? Saya nak ambik penawar itu kejap"
General Rama berkata seraya berlalu keluar dari bilik."O ok general. Alololo janganlah nangis~ nk apa sayang? Nk susu ea? Nah nah"
Geetha berkata sambil memberikannya botol yang berisi susu. Ali sudah pandai memegang botol susu tersebut jadi tiada masalah untuknya bagi membiarkan Ali minum dengan sendiri."Haih Ali Ali bila laa kamu nak sembuh? Jaga Ali junior niii lagi susah tau tak."
Geetha mengomel sendirian.Bayi yang berada didalam dukunganya diletakkan di atas katil rawatan disebelahnya. Dia membelai Ali lembut sebelum Ali dibuai memori indahnya. Wajah bayi itu ditenung Geetha. Lama. Wajahnya tidak seperti Ali sewaktu kematian ejen Zain. Waktu itu wajahnya kusut, serabut. Wajahnya dingin sentiasa tapi wajah bayi ini sentiasa tenang tanpa sebarang masalah, seperti tidak mengetahui apa yang akan dilaluinya atau apa yang dilaluinya sebelum ini.
Sungguh , dia tenang melihat Ali tanpa sebarang masalah.Selang beberapa minit kemudian , general Rama memasuki bilik itu bersama Leon. Mereka membawa beberapa biji tabung uji yang berisi cecair kimia dan beberapa jarum suntikan.
"Geetha "
Leon berkata. Cuba mengejutkan Geetha yang lena tidur ditepi katil sewaktu menemani Ali untuk tidur.Kelopak mata dibuka. Cahaya menerjah masuk ke dalam bebola matanya membuatkannya menutup separuh matanya.
"Leon?"
"Apa yang kamu buat disini?"
Geetha bertanya sambil badannya bangun dari posisi duduk ke posisi berdiri."Saya akan tolong general untuk menyembuhkan Ali"
Leon berkata dan tersenyum."Baiklah. Geetha, boleh kamu keluar sekejap? Saya dan Leon akan memulakan rawatan ini"
General Rama menyampuk perbualan antara Leon dan Geetha bagi menghabis perbualan mereka.Geetha hanya mengangguk seraya berjalan keluar dari bilik itu.
"Boleh kita mulakan?"
Leon bersuara apabila Geetha sudah keluar dari bilik itu.General mengangguk.
Mereka mula memasukkan cecair kimia ke dalam beberapa biji jarum suntikan.
Selepas semuanya selesai, ubat tidur disuntik dahulu kedalam tubuh si kecil bagi mengelakkannya kesakitan. Rengekan kecil kedengaran tapi hanya sementara sebelum bunyi cecair kimia disuntik ke dalam badan bayi itu kedengaran.Geetha duduk di kerusi yang berada di luar bilik khas itu sambil melakukan tugasan yang diberi pihak M.A.T.A kepadanya.
Bunyi rengekan atau suntikan tidak akan kedengaran di luar bilik itu kerana bilik tersebut dibina kedap bunyi.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mulutnya tidak berhenti mengunyah bagaikan tidak pernah letih mengenyangkan perutnya. Tangan pula mencapai burger Mcdonald satu demi satu. Dari set pertama hingga terakhir.
Selepas perutnya berhenti menerima sebarang makanan , air minuman pula diteguk sehingga habis.
"Bakar!"
Satu suara memanggilnya."Haa kau ni Rizwan ada apa?"
Bakar berkata."Kau kata ada apa?! Hari ni kan
general suruh kita pergi M.A.T.A tgk Ali"
Rizwan berkata."A'ah laaaaa. Nasib baik kau bagitau . Aq baru ingat nk beli burger untuk makan malam nanti tapi makan kat M.A.T.A je lahhh"
Bakar membalas"Dah laa. Jom"
Rizwan mengajak.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Macam mana general? Dia ok? Boleh saya tengok dia?"
Geetha memberi soalan bertalu-talu setelah general Rama dan Leon melangkah keluar dari bilik khas itu.General memandang Geetha sebelum berkata.
"Rawatan itu berjalan lancar . Dia ok cuma biar lah dia berehat buat seketika lagipun badan dia sedang beransur pulih kepada keadaan asal. Kalau kamu mahu tengok dia , saya benarkan tapi jangan lama sangat"
General berkata seraya tersenyum mesra.Geetha menghembus nafas lega lalu tersenyum.
"Terima kasih general"Selepas mengucapkan terima kasih , Geetha terus meluru masuk ke dalam bilik khas itu.
Leon yang melihat telatahnya tersenyum kecil."Saya minta diri dulu ye general?"
Leon meminta sopan."Baiklah kalau begitu."
General tersenyum.××××××××××××××××××××××××××××
Sorryy lama xupdate and i don't have any ideaaa... Soooooo
Just like that.
Tq reader!❤
YOU ARE READING
Perubahan [EA] [In Editing]
FanfictionPandangan beku diberi kepada orang sekeliling. "Stop lying them, Ali" Permainan emosi. Watak pinjaman dari WauStudios. P/s: Bab-bab dalam cerita ini sedang diedit satu demi satu untuk memperbetulkan penulisan tatabahasa dan jalan cerita.