16 | Psiko

2.1K 108 1
                                    

"Kau... kau dah gila ke Ali?"
Rizwan menengking Ali apabila Ali memberitahunya yang dia ingin berlawan dengan Zera.

Benda tu gila.

Sebab apa?

sebab ia boleh melanggar peraturan MATA dan boleh menyebabkan kematian.

"Ali, ingat sikit kau tu ejen muda terhebat MATA, takkan kau nak lawan dengan budak yang tak sama taraf dengan kau? Dan mungkin nama kau sebagai ejen muda terhebat MATA akan tercemar."
Rizwan mengeluh.

Alicia yang dari tadi senyap berkata.

"Dengar je la cakap ejen Rizwan tu, Ali. Kau sanggup ke ambik risiko semata mata demi aku?"

Ali terdiam. Cuba menghadam bait bait perkataan dari Rizwan dan Alicia.

"Aku sanggup. Asalkan dia tak ganggu kau lagi, Licia. Aku tahu tindakan aku salah."
Ali menjawab matanya tidak lepas memandang Rizwan dan Alicia.

"Okay, kalau kau nak lawan juga. Aku dengan Alicia akan tentukan siapa menang dan siapa kalah, tapi ingat, kalau kau hilang kawalan, aku... terpaksa buat cara aku."
Rizwan melihat Alicia dan Ali tanda persetujuan.

Mereka berdua hanya mengangguk setuju.

"Okay lah, aku pergi dulu. Kau orang berdua pergi lah siapkan apa yang patut."
Rizwan berkata lantas kembali memasuki bilik perjumpaan itu.








Tamat sahaja perjumpaan , Rizwan terus ke arena latihan bagi memerhatikan Ali.

Sampai sahaja di arena itu, dia terus meng'hack' CCTV yang ada di kawasan tersebut bagi mengelakkan ejen-ejen lain melihat perlawanan itu.

5.05 p.m
-Arena Latihan

"Hiargh!"
Ali membaling yoyo blastnya mengenai tangan Zera yang waktu itu ingin menumbuk Ali.

Tangan Zera tidak akan tercedera kerana ia mempunyai hand protective, kadar bagi kecederaan di tangannya sangat rendah atau ia takkan mencederakan tangannya walau sedikit.

Zera kembali menyerang Ali menggunakan skill Taekwondonya. Dia pernah ditawarkan untuk memasuki peringkat antarabangsa bagi perlawanan Taekwondo namun dia enggan kerana ingin fokus kepada pelajaran.

Maklum lah dia kan baru memasuki peringkat awal sekolah menengah iaitu tingkatan 1.

Dia juga mempunyai black belt bagi Taekwondo.

Dia melawan, manakala Ali melindungi dirinya mengunakan yoyo blast.

Stamina Zera masih bersisa namun dia berhenti menyerang Ali.

Dia ingin menarik nafas seketika.

Ali mula menyerang dengan menggunakan aero boots miliknya, Zera yang ketika itu tidak fokus terus terpelanting mengenai dinding arena latihan itu.

Tendangan Ali hampir saja mencederakannya.

Ali menarik nafas seketika lalu dia menghayunkan yoyo blastnya dan mengikat Zera yang baru hendak berdiri dari jatuh tadi.

Tali yoyo blast yang mengikat Zera terus melempar Zera ke dinding arena dan lantai arena beberapa kali.

Rizwan yang berada di situ sibuk memanggil Ali untuk hentikan perlakuannya yang lebih kepada melawan 'musuh'.

"Ali! Cukup! Dia dah kalah."

Namun jeritan Rizwan tidak diendahkan malah dia membaling Zera dengan semakin kuat.

Zera sudah letih.

Dia hanya mampu melihat dirinya diperlakukan begitu tanpa pertahanan darinya.

Kalau pada mulanya dia yang banyak menyerang namun sekarang baru dia perasan Ali tidak menyerangnya pada awal tadi kerana untuk menghabiskan staminanya dahulu.

Rizwan yang memerhati mereka mengambil sesuatu dari poketnya. Ianya bom. Bom khas. Untuk Ali.

"Ejen Rizwan... saya mahu, ejen Rizwan pengsankan Ali menggunakan bom ni, jika Ali berada di luar kawalan"
Ejen muda Neuro itu berkata matanya setia menatap ejen Inviso dihadapannya.

"Hmm. Alicia. Kamu... tak ikut saya ke?"
Rizwan bertanya.

"Ikut? Ikut pergi mana ejen Rizwan?"
Alicia menjongket kening kirinya.

"Tengok Ali berlawan dengan Zera pukul 5 nanti?"

"tak kot ejen Rizwan. Saya... masih perlu berlatih untuk tingkatkan skill berlawan saya."
Alicia berkata.

Dia menipu sebenarnya.

Dia tidak mahu melihat perlawanan Ali dan Zera nanti kerana dia tahu.

Zera pasti hampir mati jika dia tidak pandai menyimpan tenaganya untuk berlawan waktu Ali menyerangnya nanti.

Rizwan mengangguk, dia tidak mahu berfikir bukan-bukan tentang ketidakhadiran Alicia ke perlawanan itu. Namun, hatinya mengatakan bahawa Alicia menipu. Kata hatinya bagai angin lalu sahaja.

Rizwan menekan button yang ada di atas bom.

Bom itu berupa seperti bom tangan namun saiznya lebih kecil berbanding bom tangan.

Dia melemparkan Bom itu kepada Ali tapi Ali sempat mengelak.

Bom yang diberi Alicia hanya satu sahaja nampaknya dia terpaksa campur tangan.

Ali melepaskan Zera kelantai arena. Zera nampak begitu lemah belum sempat Ali ingin mendekati Zera.

Seseorang menyerangnya dari belakang menggunakan sarung tangan titik tekanan.

Hanya seorang sahaja yang mempunyai senjata itu di dalam MATA, iaitu Rizwan.

Rizwan terus menerus menyerang Ali.

Serangannya hanya mengena beberapa kali.

Ali sudah lali dengan corak serangan Rizwan, jadi dengan mudah dia mengelak.

Rizwan pula, sudah termengah-mengah.

Aku kena minta bantuan Alicia, pasti dia tahu macam mana nak buat Ali mengalah.
Bisik hati Rizwan.

Dia berhenti menyerang bila ternampak Ali juga termengah mengah.

Dia mengambil masa ini untuk menghubungi Alicia.

"Hello. Alicia datang ke arena latihan sekarang. Ali hilang kawalan. Aku dah  tak boleh buat dia mengalah!"
Rizwan bercakap sedikit berbisik.

Tanpa menunggu Alicia membalas, dia terus menutup panggilan.

Mata Ali bertukar merah dia membuka IRISnya dan melempar IRIS itu bersama yoyo blastnya.

IRIS dan yoyo blastnya tercampak di tepi dinding akademi. 

Dia mengeluarkan pisau dari poketnya.

Pisau itu sudah dilumur menggunakan racun yang boleh membuat seseorang yang mengenainya di jantung akan tinggal nyawa nyawa ikan sahaja.

Pisau itu sentiasa berada dipoket Ali cuma orang disekeliling sahaja tidak perasan.

Mungkin.

Rizwan membulat mata apabila mata Ali bertukar merah.

Dia cuba menekup mulut Ali bagi memengsankannya tapi ia sia-sia.

Ali menendangnya dua kali ganda lebih kuat dari biasa membuatkan dia tersembam disudut arena.

Perubahan [EA] [In Editing]Where stories live. Discover now