"be patient with yourself & your heart. stop trying to rush & make yourself get over someone overnight if they played a huge role in your life. it’s ok to be mad, sad, to miss them & reminisce about the good times. take the time to understand your emotions so you can properly heal"
🐰
Rose pulang ke rumah dengan perasaan yang ingin tahu.Entah sejak bila dia terasa ingin tahu pasal Iskandar.
Begitu banyak persoalan yang bermain di benak fikiran Rose.Malam nie dia kena minta kepastian daripada Shuha.Lantakla Shuha nk fikir pape pun.
"Rose Aryanna ?! come here right now !"laung bonda dari tingkat bawah.Aku mengatur langkah yang malas menuju ke tingkat bawah.Terbatal terus niatnya untuk bertanyakan tentang Iskandar dekat Shuha.
"yes bonda ?"jawabku malas.
"pegi siap"
"huh ? where are we going ?" alaa malas la nk jalan.Nak tidur ! penat tau tak T.T
"kita beli barang jap.Barang basah kita kat dapur makin kurang"
"yelah" Rose hanya akur.Malas nk melawan cakap bonda.Kang tak pasal-pasal kena tengking dan tak berbaik.Naya je.
••••••••
09.30Pada waktu rehat Rose seperti biasa pegi bertugas bersama Iskandar.Entah kenapa Rose rasa pening kepala sejak dua menjak nie.Rasa kepala berat sangat.
Dalam kelas tadi pun dia tak fokus dan kepala asyik diletakkan atas meja saja.
Iskandar yang perasan terhadap perubahan Rose itu terus menegurnya.
"kau okey ke ?"tanya Iskandar risau.
"okey je"jawab Rose pendek dan perlahan.
"kenapa aku tengok kau dari tadi macam lain ? kau sakit ke ?"Tanya Iskandar lagi.
haih dia nie banyak tanya la pulak.
"takde pape la.Aku tak sakit pun.Aku okey"dingin sahaja nada suara Rose.
Iskandar merengus.'orang risau pasal dia nk marah pula'desisnya.
Sesampainya di satu lokasi.Kepala Rose terasa berat sangat dan berpinar-pinar.Lama kelamaan pandagannya menjadi kabur dan kemudiannya menjadi gelap.
Rose pengsan di situ juga.Iskandar terus panik.Dan tanpa melengahkan masa dan membiarkan Rose terbaring di situ.Dia tiada pilihan selain mengangkat Rose.Memandangkan tidak ada orang lain yang berada di kawasan itu selain dia.
•••••••
Rose membuka matanya.Matanya tertumpu pada seorang perempuan yang agak berusia di sebelah katilnya.
Bonda ? aku kat mana nie ?
Rose cuba untuk bangun dari pembaringan tetapi badannya tak bagi kerjasama.Badannya tak mahu nak bergerak.
Dia perlahan-lahan membaringkan semula badannya.Terasa masih berdenyut-denyut bahagian kepalanya tika ini.
Dia merenung ke atas syiling bilik itu.Sekarang ini sel-sel otak nya kini berfungsi.Ya dia sekarang ini berada di wad hospital.
Tiba-tiba bonda terbangun dari lenanya.Matanya kini tertumpu pada anak gadisnya.
"Rose ?"
"erm yes bonda ? "
"are you okey ? bonda dengan ayahanda risau sangat pasal keadaan Rose.Kenapa bole jadi macam ni ? tell me Rose" Kata bonda penuh berharap.
Dia bukan tak kenal dengan anak gadisnya yang sorang ini.Selalu berahsia denganya.Tak suka beritahu pasal diri dia.Dia okey ke tidak sakit ke dia semuanya nk dirahsiakan.
"erm sebenarnya.."tergantung ayat Rose.
"sebenar nya apa Rose ? "
heshh patut ke aku bagitau yang aku rendahkan suhu aircond semalam sampai sejuk tahap beku ek ? haih asal la aku buat camtu semalam.Dah gila agaknya.
"Rose ?" tersentak Rose dibuatnya.
Ahh lantakla aku kena bagitau juga.
"okey macam nie...."Rose ceritakan perihal aircond itu dari A-Z kepada bonda.
Bonda tergelak kecil sewaktu Rose menceritakan perihal itu.
Isk bonda nie gelak pula.
"Laa sebab stress belajar addmath rupanya ! Rose rasa panas sangat sampai turunkan suhu aircond ? patutla.Rose...Rose"bonda tergelak kecil sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Ada-ada je la Rose nie.
"hmm itula yang terjadi sebenarnya bonda."kini Rose terasa pipinya membahang.Aduu malunya dengan bonda !
"dah dah tak payah nk pegang pipi tu sangat.Tula lain kali belajar tu biar elok-elok sikit.Jangan cepat sangat nk stress .Belajar nie tak bole nak stress sangat nanti bla bla bla"bonda dah mula membebel.Terpaksala Rose dengarkan aje.
Mahu bernanah telinga kena ceramah lagi panjang kalau tak dengar.Fuhh seksa 😂
klik
Kini ayahanda memasuki wad Rose."ha Rose dah okey ? Rose ni buat bonda dengan ayahanda risau je la.Kenapa bole jadi macam nie ?"soal ayahanda tegas.
"its okey dear I will explain to you everything.So bila Rose bole discharge ?"kata bonda.
oh bonda sungguh memahami keadaan ku.I love you bonda.
"tengah hari nie dah bole discharge."kata ayahanda kemudian duduk di sofa sambil bermain dengan phonenya.
"okey.Rose tidur la dulu rest kan kepala tu.Masih berdenyut-denyut kan ? " Tanya bonda prihatin.
"ha'ah masih lagi"kata Rose perlahan.
"oh ye masa Rose belum sedar kan diri tu Shuha ada datang sini tengok Rose.Tapi sekejap je"
"oh.Dia dengan siapa bonda ?"
"erm..kalau bonda tak silap dengan seorang lelaki.Tapi bonda tak ingat nama dia"
Aku hanya meng'oh'kan sahaja sebelum menutup semula mataku.Dan akhirnya terlelap...
Bersambung...
YOU ARE READING
You||
Teen FictionMengisahkan tentang seorang budak perempuan yg baru berpindah ke sekolah baharu. Tengku Rose Aryanna seorang anak jutawan dan mempunyai darah kerabat diraja.Kalau ada org yg cari pasal dgn dia memang akan kena sebijik.Dan dia tk sangka baru first da...