"Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew"
🐰
Rose yang tengah berjalan beriringan dengan Iskandar sangat-sangatla takut apabila muka Iskandar dah berubah 100% dengan muka dingin dan bengis.Sejak dari dalam kelas lagi dia dah buat muka macam tu.Masih lagi terkesan akibat pertengkaran yang tidak disangka-sangka.
Mulut Rose terkumat-kamit.Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi takut untuk menegur Iskandar.
Iskandar yang sedar Rose dari tadi tunduk dan mulut terkumat-kamit terus bercakap."kau dah kenapa ?"nada nya tegas dan dingin sahaja.
Rose terus mengangkat muka memandang Iskandar."ermm..kita kena pegi bilik disiplin selepas balik nie..se..se..sebab ada fail ya..yang kita kena check"
'adumak apasal aku tetiba gagap pula nie ?'desis Rose dalam hati.
"ok"itu sahaja yang terkeluar dari mulut ketua pengawas itu.
Iskandar yang nampak Rose kembali tunduk dan bermain dengan jari-jemarinya terus tersenyum dalam diam.
comel pula dia nie bila takut.
Ye Iskandar tau yang sekarang nie Rose takut dengannya kerana dia sengaja je buat muka dingin+bengis dia.Nak tengok macam mana reaksi Rose Aryanna bila tengah takut.
"kalau jalan tu tengokla depan.Kalau kau terlanggar tiang ke apa ke siapa yang nk tolong ?"
Mendengar kata-kata itu Rose terus mengangkat muka dan memandang ke hadapan.
Hampir terhambur tawa Iskandar melihat gelagat Rose itu.Baginya apabila Rose takut dia nampak sangat comel.Sedang mereka berjalan beriringan di sekitar koridor blok C iaitu blok tingkatan tiga seseorang memanggil Iskandar.
"wei Is !" terhenti langkah kami berdua.Iskandar berpaling.
"apasal kau ?" tanya Iskandar sambil mata tajam merenung Faris.
"petang nie ada latihan bola sepak.Cikgu Fakri nk kita semua hadir" kata Faris dengan nafas yang tercungap-cungap.
"ok.Kau dah bagitau yang lain ?"
"dah kau orang yang paling last aku bagitau"
"Kita pegi sesama petang nie.Aku amek kau kat rumah" Faris hanya mengangguk.Kami pun berjalan semula meninggalkan Faris di belakang.
Iskandar ialah kapten pasukan bola sepak sekolah.Mereka dilatih oleh Cikgu Fakri.Sekolah nie dah banyak kali menang dalam sukan bola sepak.Dari form 1 lagi Iskandar dah active dalam kokurikulum.Tak tertinggal juga akedemik dia memang power la.Termasuk lagi dengan jawatan pengawas dia.
"kau fikir apa tu ?" tanya Iskandar apabila melihat Rose yang asyik diam seperti orang tengah berfikir atau lebih tepat lagi TERMENUNG.
"eh tk de pape la"
Iskandar hanya mengelengkan kepala.
•••••••••
12.30 tengah hari...
Rose terlebih dahulu berada di bilik disiplin.Dia nak tunggu Iskandar tadi tapi dia kata pegi la dulu.
Rose duduk di sofa yang empuk di bilik itu sambil menguatkan lagi penghawa dingin.
Rose melihat banyak fail-fail yang tersusun agak rapi di atas meja.Dia mengambil beberapa buah fail untuk diperiksa dan kemudian mengkey-in ke dalam laptop.
"haih banyaknya nama pelajar bermasalah kat sekolah nie.Nama je sekolah yang cemerlang tapi pelajar dia KECUNDANG..haih"Rose mengeluh dengan suara yang kuat.
klik
seseorang membuka pintu.Mata Rose terus beralih ke muka pintu.Dalam beberapa saat terjengul muka Iskandar di pintu.
Iskandar yang perasan dirinya sedang diperhati terus berpaling ke arah Rose.
"apasal tengok aku macam tu ?"Iskandar memandang Rose dengan kening terangkat.
"asal kau lambat ?"soalan berbalas soalan.
"aku tanya kau dulu.Jawabla"
"tak de pape"
"Aku terserempak dengan Faris tadi.Kitaorang berbual sekejap sebab tu lambat sikit.Kau dah tunggu lama ke ?"
"dah hampir sejam aku tunggu kau kat sini tau tak ? lambat je kerja kau"Rose kembali melihat laptop dan menyambung kerjanya yang terbantut tadi.
"lambat sikit pun nk marah"Iskandar menyembamkan mukanya dia atas meja bertentang dengan meja yang Rose duduk.
Rose yang mendengar hanya membuat muka seposen.
"Is ?" Rose bersuara selepas beberapa minit bilik itu sunyi.
"hmm"jawapan Iskandar.
"kau dengan Andrea tu ada pape ke ?" Entah kenapa soalan nie tiba-tiba telintas dalam dikiran Rose.
Iskandar mengangkat muka dan memandang kearah Rose."tak"
"oh..erm--"
"kenapa kau tanya ?"Iskandar memotong.
"saja je.Kenapa tak bole ?"
"tak bole.Sebab aku malas nk dengar nama minah tu"Jawab Iskandar dengan nada mendatar.
"apasal pula ? " Haih banyak tanya pula c Rose nie.
"tanya Shuha"
"huh ? oh ok"
Malas nk soal Iskandar.Kalau tanya pun bukannya reti nk jawab.Sepuluh patah orang tanya sepatah je yang dia jawab.Tak ke menyakitkan hati macam tu ?
Bersambung...

ANDA SEDANG MEMBACA
You||
Fiksi RemajaMengisahkan tentang seorang budak perempuan yg baru berpindah ke sekolah baharu. Tengku Rose Aryanna seorang anak jutawan dan mempunyai darah kerabat diraja.Kalau ada org yg cari pasal dgn dia memang akan kena sebijik.Dan dia tk sangka baru first da...