✿ 1

1.1K 65 8
                                    

Aku lap tangan aku dekat kain yang tersidai kat tepi tingkap.

"Yuju!Kau balik dengan sapa?"

Soal Si Pendek tu lebih tepat nama dia Jimin.Sekarang,tinggal kami berdua je dalam cafe ni.Chef kami atau namanya Wooshin,dia balik awal sebab ada emergency katanya.

"Aku balik ngan Yerin ah.Kau balik la dulu.Jangan risau,aku akan kunci kafe ni"

"Hm okay la.Bye!"

Ucap Jimin lalu keluar dari kafe ini atau lebih dikenali sebagai DongDong Cafe.

Bukan bunyi effect seram tu eh.

"Bye!"

Kata aku sambil menyusun kerusi.

Aku,Choi Yuna atau Yuju yang berumur 20 tahun.Bekerja sebagai pelayan dalam kafe ni.Aku bukan anak orang kaya.Gaji aku pun bukan besar mana.

Appa aku telah meninggal dunia sewaktu aku berumur 4 tahun sebab ada kanser hati.Sekarang,aku tinggal dengan omma aku je.Aku kena kerja sebab aku kesian dekat omma aku.Omma aku dah tua,so aku kena tolong omma aku cari duit.

Selesai je susun kerusi dan meja,aku terus capai beg tangan aku kat atas meja kaunter tu.Aku melangkah keluar dari kafe ni lalu mengunci kafe tersebut.

"Pin pin!"

Aku memandang sebuah kereta Volkswagen berwarna merah berhenti di hadapan aku.Cermin tingkap kereta itu meluncur ke bawah dan terpapar seorang yeoja.

"Kau baru habis shift ke?"

"Haah.Jom la."

Aku menuju ke kereta itu lalu masuk ke dalam kereta itu.Kereta merah tu terus pecut meninggalkan kawasan kafe itu.

Di dalam kereta

"Erm wei"

Panggil Yerin tanpa melihat muka Yuju.Sebenarnya,untuk menghilangkan rasa sunyi dalam kereta ni.

"Hm?"

Sahut aku sambil memandang mukanya sekilas.

"Esok kau cuti ke kerja?"

"Cuti.Kenapa?"

"Esok Gfriend ajak kita pergi lepak.Jom?"

"Eoh?Okay je.Pukul berapa?"

"Pukul 10 pagi.Okay?"

"Hm okay"

Balas aku lalu memandang ke luar tingkap.

10 minit yang lalu~

Yerin menarik brek nya apabila sudah sampai di rumah Yuju.Aku capai beg tangan aku.

"Thanks Yerin"

"Most welcome.Jumpa esok"

"Nae"

Aku buka pintu kereta dan tutup semula.Aku sempat melambaikan tangan ke arah Yerin sebelum keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan rumah aku.

Aku naik tangga untuk sampai ke rumah aku.

(Rumah Yuju ni macam rumah dalam drama Fight For My Way+Park Seo Joon dan Kim Jiwon).

Aku masuk ke dalam rumah selepas aku tekan password rumah aku.

Rumah aku sunyi dan gelap.Mungkin omma aku sudah tido.

Kaki aku melangkah menuju ke arah dapur.Tetiba,aku rasa dahaga.Ye la,baru balik dari kerja.

Aku buka peti ais dan nampak ada segelas air oren.Wuish.Ada ais lagi terapung di permukaan air.

"Yuju?"

"OH MAK KAU JATUH LUBANG!"

Alamak.Aku termelatah.Aku pandang orang yang panggil aku.

"Omma" Aku buat muka tahan sabar.

"Omma buat Yuju terkejut je!"

Aku sapu dada aku.Ye la,mana nya aku tak terkejut sebab omma aku terjah panggil aku macam tu je.Dah la dalam rumah ni gelap.

"Sorry.Omma tak sengaja.Omma nak bagitau something ni"

Kata Puan Choi sambil membuka suis lampu disebelah kabinet.Kerusi di meja makan ditariknya lalu duduk.

"Bagitau apa?"

Soal aku hairan sambil meneguk air oren tadi.

"Kawan omma nak datang.Tapi,malam la.Esok,Yuju cutikan?"

"Haah."

"Syukur.Kalau macam tu,malam jangan keluar tau."

Aku hanya mengangguk.

"Omma nak pergi masuk bilik dulu.Selamat malam"

Ucap Puan Choi lalu menuju ke arah biliknya.

"Selamat malam omma"

To be continue•

Author rasa,author nak update awal la.Kesian pulak dekat readers yang setia dengan author🙂❤

Semua ayat dalam fanfic ni author dah perbaiki.Author harap fanfic ni dapat sambutan hangat dari readers semua❤

『C』My Cold Husband◆j.j.kWhere stories live. Discover now